26/05/2011

Haihh~~ Ohh.. Petrol...


(klik untuk besarkan)

PUTRAJAYA 25 Mei - Orang ramai kini boleh menarik nafas lega apabila Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) buat masa sekarang. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat selepas kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan tetap akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi berikutan peningkatan harga bahan bakar itu di pasaran global. "Sebelum keputusan ini dibuat, kerajaan telah mengambil kira semua sudut termasuk keluhan rakyat supaya tidak menaikkan harga minyak.

"Namun, jangka masa berapa lama harga ini akan dikekalkan tidak ditetapkan tapi buat masa sekarang keputusan kerajaan ialah mengekalkan pemberian subsidi (sebanyak RM18 bilion) terhadap bahan bakar ini," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. "Pengekalan harga bahan bakar itu tiada kena mengena dengan desakan pembangkang ataupun bagi menarik sokongan rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

"Kerajaan yang ada hari ini ialah kerajaan yang prihatin pada nasib rakyat selaras dengan gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya. Mengulas mengenai pemansuhan pemberian subsidi diesel super kepada beberapa sektor pengangkutan, beliau menjelaskan, pemberian subsidi seharusnya disalurkan kepada golongan yang memerlukan saja dan bukannya untuk semua pihak.

"Sebelum ini lori pengangkut pun kita bagi, tapi lepas ini kita hanya beri kepada yang memerlukan sahaja seperti kenderaan awam, bot-bot kecil dan teksi. "Hasil daripada penarikan balik subsidi ini, kita berjaya buat penjimatan sebanyak RM700 juta iaitu untuk lori dan bot," katanya.

(klik untuk besarkan)

Ok. Petrol Ron 95 kekal. Aku dengar berita nie pepagi buta kat HOT FM. Memang sangat bagus la sebab aku tahu memang ramai pengguna Petrol Ron 95 kat Malaysia nie. Tapi macam mana pula dengan Petrol Ron 97?? Takkan harganya nak naik je. Ye. Aku memang pengguna Petrol Ron 97 nie. Bukan aku nak bising sangat pasal Petrol Ron 97 nie selalu naik ke tak. Masalahnya kalau naik harga pun, bukan nak main SENYAP! Lepas dah naik dekat seminggu baru nak bagitahu rakyat.

Sebelum nak naik tu, bagitahu la awal2. Nie tak, naik harga senyap2 je. Siapa tak bengang kalau camni. Macam hari nie, petrol Ron 95 tak naik harga, bukan main cepat lagi diorang bagitahu kat rakyat. Haihh~~ Kalau macam nie la, aku rasa nak tukar pakai petrol Ron 95 la. Beza Ron 95 dan Ron 97 dah RM1.

(klik untuk besarkan)


(klik untuk besarkan)


p/s : aku cakap pasal hal nie bukan untuk menyebelahi mana2 pihak. Termasuk parti politik. Aku cakap nie untuk kongsi pengetahuan dengan korang je dan untuk diri sendiri. Peace! ^^


Sumber asal : Utusan Online

13 comments

5/26/2011 10:08:00 am

jum bli lmbu bnyk2.. p skolah nek lmbu yay!

5/26/2011 12:04:00 pm

saye gune 95 je :) 97 mahal amat.

5/26/2011 03:26:00 pm

Nasib baik, kalau tak lepas ni boleh la saya ganti minyak dengan air. Hahaha!

5/26/2011 06:20:00 pm

@Liyana Zahim

sambil tu kurgkan pollution jugak.. hehehe

5/26/2011 06:20:00 pm

@Cik Biby

same la kite.. hehe..
en. barney yg pakai 97 ni.. =)

5/26/2011 06:20:00 pm

@Rafidah Farhana

kalau lah boleh ganti dgn air.. mmg x lekat kat umah la jwbnye.. hehe

5/26/2011 08:53:00 pm

kite tgk jer laa betul ke xnaik lg harge tu.. :)

5/26/2011 10:42:00 pm

@Suria

huhuhu

5/27/2011 12:26:00 am

@menusuk hati

ala.. klau petrol trun blk pun, bkn harga brg trun jgk.. alsan je sume tu..

5/27/2011 02:07:00 pm

sekarang x naik.. tapi bila2 masa je kerajaan boleh umum untuk naikkan balik kan.. hai.. saya tag awk satu contest.. jom tgk n join..

http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

5/27/2011 02:16:00 pm

@nazira

tau xpe.. huhu..

insyaallah.. =)

Anonymous
5/28/2011 01:48:00 pm

pakai minyak rambut je la

5/28/2011 05:56:00 pm

@ibnubaba_04


haha.. klau bleh pkai xpe la jugak..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...