24/01/2015

Pernah Renew Road Tax dan Insurance Melalui MyEG?

Actually sekarang ni masih lagi menahan kesabaran supaya tidak melimpah melebihi paras takungan. Sekarang ni Iolls tengah dalam misi untuk renew road tax dan insurance Si Merah. Due awal bulan depan. Daripada cara convensional yang quite hassle dan time costing sikit, tahun ini apa kata kita bergerak seiring dengan arus kemodenan di zaman semua di hujung jari, makanya online sahaja. 

Buat yang tak tahu, uolls boleh renew road tax and insurance melalui MyEG. Bukan itu sahaja, driving license pun boleh renew online. So kononnya convenient, I tahun ni buat lah segala renewal untuk Si Merah melalui MyEG. Tapi since malam tadi masa nak buat insurance renewal, sangkut bab payment! 


Disebabkan I bayar melalui CIMB Clicks so kena pilih FPX payment method. Bila dah select bank and then click agree, I perlu tunggu at least 20 minit. Pandang kosong page di atas, Transaction Is In Progress. 20 minit okay at least. 

20 minit kemudian...

Ini memang ayam percik sungguh lah. Lama kot tunggu

Bukan sekali dua. Tapi everytime macam ni, Kenapa eh? Sebab Iolls pun first timer nak renew apa-apa melalui MyEG ni. Mungkin ada yang I tak tahu. Sebab bank offline ke? Tak ada pulak state offline masa select bank tu. Cuma kalau tengah malam tu I tahu la rata-rata tak boleh nak buat online transaction due to system maintenance. Atau mungkin sebab internet connection lembab? Nak kata I block pop up, I dah tukar setting siap-siap dah sebelum payment. 

End up I tak boleh nak renew apa-apa, proceed to payment segala. Musykil, kenapa eh I tak boleh proceed dengan payment? 

p /s :Please click [PAY] to try again. Tahu tak betapa gigihnya I klik PAY dari malam tadi?

6 comments

1/24/2015 04:00:00 pm

tak pernah ..lebih mudah lalu bank..:-))

1/24/2015 07:29:00 pm

Alamak.. kesiannya.. Sya x.pernah guna myeg..so,x tau..

1/25/2015 02:32:00 am

kesiannya kak aisya T_T
gigih oi tunggu 20 minutes for nothing like nothing................

1/26/2015 12:08:00 am

huhu..xtau pula..lum pernh wt online lagi..bnyk problm ke tu? line xok kot..

1/27/2015 09:19:00 am

xpernah buat..smua urusan tu selalu abg2 atau abah yg buat. T__T
urus smua benda scra online bkan setiap masa kita 'bertuah'

1/30/2015 03:28:00 pm

Salam, hahaha gigih~ aku xpernah so aku xtau! :p

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...