04/01/2015

New Year Giveaway with Eversoft Skinz Youth Recall by AJ

Beberapa hari lepas, Kak AJ whatsapp kat group bagitau dia ada buat GA. Sempat jengah kejap. Memandangkan internet sekarang tengah menyiput, habis quota kaedahnya so hold dulu. Nak tunggu time internet okay sikit. Sekali bila tengok balik, alamak tarikh tamat hari ini lah. Okay, sepantas kilat perah otak fikir nak jawab soalan macam mana. Nanti merajuk pulak blogger retis ni kata tak ada orang nak join GA dia. Hiks.


Mengapa anda harus memenangi rangkaian produk Eversoft Skinz Youth Recall?

Kalau dah namanya perempuan, mana mungkin boleh pejam mata bila buka cerita tentang bab-bab kecantikan. Kasar macam mana pun perempuan tu, soal penampilan tetap perlu dijaga juga. Lagi-lagi tentang kulit. Okay, nak spesifik lagi kulit muka. Makanya kalau dah ada barang kecantikan free begini, you tell me ada sesiapa yang berani tolak? Kalau I memang takkan lah I nak say no. Kan? 

Eversoft Skinz menjadi pilihan untuk kekal cantik di Tahun Baru 2015 kerana....

Iolls nak kahwin tahun ni, gila tak nak cantik di hari bahagia? Nak nampak cantik di hari perkahwinan nanti perlu lah mula dari sekarang. Bukannya esok majlis, hari ini nak tepek itu ini kan. I percaya produk Eversoft Skinz mampu menyerlahkan kejelitaan si pengantin. Selaras dengan fungsinya untuk membersih, melembap, mencerah dan melindungi kulit agar tampil mulus. Baru nampak flawless gitu di hari bahagia kan?

Ehem, haruslah perlu nampak cantik berseri-seri. Nanti sejuk mata suami tengok. Eh eh. 

Tarikh Tamat : 4 Januari 2015 10 Januari 2015 (11.59 pm)

p/s : Fuh nasib baik sempat. Kak AJ jangan merajuk-merajuk ye. Kita pun dah join jugak. 

13 comments

1/04/2015 11:38:00 am

good luck :D

1/04/2015 12:21:00 pm

all the best dear :) skinsoft ni rasanya macam femes jugak kan

Anonymous
1/04/2015 12:41:00 pm

Goodluck ;D

1/04/2015 03:41:00 pm

Good luck aisya :)

1/04/2015 03:46:00 pm

Terima kasih kerana sudi menyokong dan menyertai Giveaway AJ...
Untuk maklumat, tarikh tutup penyertaan dilanjutkan kepada 10 Januari 2015...
Sila semak senarai peserta di :
http://www.ayuejean.com/2015/01/senarai-peserta-new-year-giveaway.html

1/04/2015 04:10:00 pm

semoga berjaya :)

1/04/2015 04:15:00 pm

nk kne mjwb sokln tu yg wt jd cam berat nk join skli..huhu
apepun gud luck cik aisya... =D

1/04/2015 09:03:00 pm

good luck ye :)

1/05/2015 10:52:00 pm

good luck aisya!walaupun kita rasa kulit aisya dah cukup flawless (nampak dalam gambar)

1/06/2015 09:20:00 am

sya tak guna produk brand ni..hehehe..tp tgk iklannya rasa mcm nak guna ja..goodluck ya kak..

1/06/2015 10:12:00 pm

shad singgah dari segmen sama,
http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/2015/01/new-year-giveaway-with-eversoft-skinz.html

1/06/2015 11:22:00 pm

salam...singgah cn
http://mummysupplementshop.blogspot.com/2015/01/new-year-giveaway-with-eversoft-skinz.html

1/09/2015 09:05:00 pm

gudluck!

menyinggah dr segmen yg sama :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...