28/03/2015

Family Fun Time #3 : Mee Ketam Vs Mee Udang

Kisah Nilai 3 (SINI) sudah, Muzium Negeri Sembilan (SINI) pun sudah. Sekarang kita sambung balik sesi jalan-jalan bersama keluarga cuti sekolah lepas. Dah puas shopping, dah puas cuci mata, sekarang kita memuaskan perut pulak. Makan time!

Tapi first of all, terima kasih lah Puan Nuriesya sebab introduce tempat ni. Bukan main lagi dia menghasut fikiran Iolls kata Mee Ketam sini sana sinun sedap lah. Sabar aje lah kan. Hiks. 

So hari tu, dah alang-alang ke Nilai 3 jadi marilah kita singgah untuk mengisi perut. Ke mana lagi kalau bukan D'Laila Mee Udang yang terletak di MMA Santai Corner. Gigih set GPS bagai nak ke sini. Ini semua Nurie punya pasal lah. Eh eh. 



En. Barney dan Bapa Iolls pilih Mee Udang Galah biarpun udangnya tak adalah nak galah sangat pun. Dan the rest of us order Mee Ketam. And memang superb lah! Yummyyyyy!

Ketam pun besar cuma kalau nak harap yang fresh tu tak lah. Dan Udang pun I tengok besar-besar jugak. Udang gemuk-gemuk dan chubby buat I rasa macam nak culik je seekor dari mangkuk En. Barney. Tapi bila fikir kesan sampingannya yang melarat itu, tak jadi lah. Tak kuasa lah Iolls orang hantar ke hospital lepas makan sedap-sedap. 


Sedap sangat lah tu sampai speechless. Bukan main dengan penuh perasaan Bapa I meratah ketam dan udang. Oh ketam tu haruslah bapa culik dari mangkuk mak Iolls. So bab culik-menculik ni bukanlah satu yang baru tapi turun temurun. Eh.


Seda sangat la kot sampai I pun terkejut jugak bila diri sendiri mampu untuk melicinkan mangkuk sehingga sedemikian rupa. En. Barney tak payah cakap lah. Awal-awal lagi dah licin. Pedas memang pedas tapi persetankan lah semua itu. Oh, bagi I pedas lah sebab I tak makan pedas dan tak tahan pedas. Tapi En. Barney boleh makan pejam mata je means tak pedas lah tu. 

Petang tu kemain melantak, malam pulak perut meragam. Panas je rasa. Itu lah, siapa suruh makan pedas-pedas.

p/s : Hari ini En. Barney outstation pergi Seremban. Iolls ni kalau dah namanya weekend sudah semestinya ikut sekali. So balik boleh lah menyinggah makan mee ketam. Hiks

5 comments

3/28/2015 06:37:00 pm

saje kan buat kita terliur. Hahahah

3/28/2015 10:53:00 pm

saya ketam ka, udang ka, stakat boleh makan je la.. hehe..

saya allergic seafood. mmg xmerasa la makan begini. looks tasty tho.

3/30/2015 06:01:00 pm

Femes betul d'laila mee udang ni..teringin nak.try..

3/30/2015 10:03:00 pm

dapnyer mee udanggg...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...