Pejam celik pejam celik, makin dekat dah oi. Bila orang tanya, nervous tak? Jawabnya tak, sebab I is stress. Tetiba rasa macam tak nak kahwin lah, boleh? Eh eh, sentap pulak En. Barney kalau dia baca. Hiks.
Bila makin dekat ni dah sampai masa nak rujuk dokumen apa yang diperlukan untuk borang kahwin. Tapi setakat ni, En. Barney tak settle lagi borang dia so I pun relaks-relaks je lah. Kalau nak kahwin, pergi settle borang kahwin cepat-cepat. Tak nak kahwin sudah, tak payah isi dan hantar. Tapi kejap lagi kalau last minute dia settle kan segala bagai tu memang mengundang betul lah. Jangan menyusahkan I di kemudian hari sudah. Yang itu memang mengundang kehanginan double triple lah jawabnya.
Dalam masa menunggu En. Barney, buat lah checklist untuk dokumen lampiran dulu. Prepare siap-siap, nanti boleh terus proceed je.
I difahamkan dokumen lampiran adalah berbeza mengikut negeri. Betul kan? Kalau I pulak, harus lah refer permohonan nikah bagi negeri Sarawak.
- Gambar ukuran pasport (1 keping lelaki dan 1 keping perempuan)
- MyKad Pemohon Lelaki
- MyKad Pemohon Perempuan
- Lain-Lain Dokumen Pengenalan Diri - Kad Pengenalan Lama / Pasport / Tentera / Polis (jika berkaitan)
- MyKad / Pasport Wali
- MyKad Bapa / Ibu / Penjaga Pengantin Lelaki (jika pengantin lelaki adalah bawah umur)
- MyKad Bapa / Ibu / Penjaga Pengantin Perempuan (jika pengantin perempuan adalah bawah umur)
- Surat Asal Perakuan Nikah Ibu Bapa Perempuan (jika masih berkahwin) atau Surat Cerai Ibu Bapa Perempuan (jika bercerai)
- Pengesahan Status Pemohon oleh Ketua Masyarakat- menggunakan alamat rumah sebagai alamat bermastautin (boleh di muat turun dari Portal bahagian Muat turun)
- Pengesahan Status Pemohon oleh Majikan- menggunakan alamat tempat kerja sebagai alamat bermastautin (boleh di muat turun dari Portal bahagian Muat turun)
- Sijil Lahir Wali (jika Wali selain bapa)
- Sijil Kematian Bapa (jika Wali selain bapa)
- Sijil Kursus Pra Perkahwinan ATAU Slip Pernyataan Lulus Temuduga Nikah
- Surat Asal Perakuan Cerai Duda / Janda (Jika berkaitan)
- Sijil Cabutan Kematian suami / isteri (Jika berkaitan)
- Surat Perakuan Memeluk Agama Islam (Jika berkaitan)
- Kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tentera / Polis (Jika berkaitan)
- Surat Asal Kebenaran Berkahwin Warganegara Asing dari Konsulat / Kedutaan Negara luar (Jika berkaitan)
- Borang Permohonan Berkahwin Warganegara Asing dari Jabatan Imigresen Putrajaya (Jika berkaitan)
- Kebenaran Nikah dari pihak berkuasa agama dalam Malaysia selain Sarawak (Jika berkaitan)
- Surat Pengesahan Doktor (Jika wali hilang akal)
- Surat Akuan Bersumpah (Jika berkaitan)
sumber : e-munakahat.sarawak.gov.my
Bila tengok senarai ni, tak ada pulak mention perlu sertakan sekali benda alah HIV Screening tu so I bagitau lah En. Barney sebab tak ada mention pun dalam senarai so tak payah buat lah. Sekali kena bebel pulak dah, suruh buat jugak. I baru nak mengelak dari kena cucuk jarum tau. Sekali bila pergi buat HIV Screening, doktor advice untuk datang lagi. Yang ini entri lain I story sebab apa I kena datang klinik kesihatan lagi sekali lepas buat HIV Screening. Oh by the way, result I negatif okay. Tak ada kaitan dengan HIV test tu pun.
Sekarang senang aje. Semua di hujung jari. Nak kahwin pun isi borang online je. Cuma tak adalah fully online kan sebab still kena datang pejabat agama jugak.
p/s : Dua tiga bulan ni memang terbang ulang-alik KL - Miri lah jawabnya.
6 comments
makin lama makin kuat bau nasi minyak.
banyak betul dia mintak ye..
saat yangberdebar masa nak akad nikah...bila tok kadi kata sah...1 perasaan yang tak reti akak nak cakap....
bnyk nk kne prepare...kann..huu
nak kawen seyes smpai banyak ne kena prepare. Masha Allah T_T ..
panduan utk sy jugak ni..satu hape pun tak prepared lagi..T_T