30/07/2015

[Korean Drama] The Time We Were Not In Love

Banyak cerita korea baru yang tak menyempat nak tengok lagi. Biasalah time raya mana nak tengok cerita korea dah. Sakan beraya dengan ketupat, lemang, rendang bagai. Drama korea semua tolak tepi. 

Macam drama The Time We Were Not In Love ni, Iolls start tengok before raya. Time buat kek lapis, sementara tunggu satu lapisan demi satu lapisan masak sempat jugak tengok berapa puluh minit. Biarpun tengok 5 minit - pause - 5 minit - pause. Nasib baik gigih nak klik pause. Buatnya terleka, jadi apa lah agaknya kek lapis dalam oven tu kan. 


(The Time That I Loved You)
Sinopsis The Time We Were Not In Love

Oh Ha-Na (Ha Ji-Won) and Choi Won (Lee Jin-Wook) are both 34-years-old. They have been friends for 17 years. Oh Ha-Na is currently a career woman with an honest and confident personality. Choi Won works as an assistant purser for an airline. He has always helped Oh Ha-Na whenever she got into trouble. Cha Seo-Hoo (Yoon Gyun-Sang) is a pianist with a free spirit and Lee So-Eun (Choo Soo-Hyun) is a cabin attendant for an airline. Will Oh Ha-Na and Choi Won find love?
sumber : asianwiki
Ha Ji Won, salah seorang aktres korea favourite Iolls. Sebab tu lah nak tengok drama yang ini. Kalau tak, besar kemungkinan I takkan tengok lah. Iye lah bila baca sinopsis saja, agak bukan type drama korea yang Iolls tengok lah. 

Choi Won (Lee Jin Wook) & Oh Ha Na (Ha Ji Won)

Ha Ji Won dalam drama yang ini baru nampak ladies sikit compare dengan drama-drama dia yang I tengok sebelum ni. Stunt woman dalam Secret Garden dan military officer dalam King 2 Hearts. Tapi yang blink blink mata tengok drama ni sebabnya banyak kasut cantik-cantik! Oh Ha Na merupakan Marketing Team Leader untuk satu company besar yang jual kasut dan kasut-kasut dalam drama ni mak aih cantik-cantik belaka sampaikan I rasa macam, "Eh, I pun nak shopping kasut lah macam ni!"

Oh Ha Na & Ki Sung Jae (L)

Ha, siapa yang suka tengok L dari kumpulan INFINITE berlakon or yang minat dengan L, boleh lah tengok drama ni. I pun excited jugak nak tahu perkembangan hubungan Ha Na dengan Sung Jae ni. Betul ke setakat supervisor and intern je?

Lee So Eun (Choo Soo Hyun), Choi Won, Oh Ha Na & Yoon Gyun Sang (Cha Seo Hoo)

Drama yang ini I rasa menarik. Nak kata best sangat pun tak jugak lah. Santai aje jalan ceritanya. Jenis yang tak basah mata sebab tak ada lah part yang sedih-sedih pun. Yang happy happy je. Bagi I, boleh lah nak kata yang drama ni ke arah positif kot. Iye lah, nak bergumbira aje dan tak payah fikirkan kesedihan tu lama-lama. Tak ke mana pun. Oh itu setakat ni je lah. Episod yang hujung-hujung Iolls pun tak tengok lagi. Hiks

Tonton Online The Time We Were Not In Love

Sebenarnya drama ni remake untuk sebuah drama Taiwan berjudul "In Time With You". Iolls tak tengok pun drama Taiwan tu rasanya. Siapa yang dah tengok drama yang itu mungkin tahu lah jalan cerita drama ini bagaimana. Kata remake kan.

p/s : Kim Tae Hee ada drama baru lah awal bulan August ni. Yeay.

4 comments

7/30/2015 03:32:00 pm

selalu je nampak...tapi belum rasa nak tgk...tgh kejar nak tgk WGM sbb dah 11 episode terlepas! hahahaha...

serius Kim Tae Hee ada drama baru?? nak tgk!!

err....

L berlakon? hihihi

7/30/2015 09:44:00 pm

bestnyaa laayn drama korea :)

7/31/2015 04:41:00 pm

mcm cute je tgok =D besh ea....

8/03/2015 08:17:00 am

Kim tae hee dgn Joo won. Hehe. 5 Aug start.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...