25/11/2014

Ekspo MAHA 2014 di MAEPS, Serdang

Since 2010, I tak pernah lagi terlepas untuk berkunjung ke Ekspo MAHA. So tahun ni biarpun busy dengan kenduri dan kerja, ahad lepas tetap heret En. Barney ke sini juga. Hari kejadian, pukul 6.30 pagi Iolls dah bangun. Sebab pagi tu, En. Barney kerja pulak. Nasib baik di Hospital Kajang je. Tak jauh dengan Serdang. So ambik kesempatan ikut En. Barney ke Hospital Kajang dulu. Rare sangat tempat dating. Dulu tetiap minggu dating di bengkel kereta. Kali ini En. Barney ajak Iolls dating di hospital pulak. Weekend depan hospital mana pulak awak? 

Lepas dua jam lebih tunggu pakcik tu selesai dengan kerja dia. Baru lah gerak ke MAEPS. Guna Kajang Silk dari Kajang untuk ke tempat kejadian memang mengimbau memori masa praktikal dulu sebab MAEPS ni berjiran je dengan tempat I praktikal dulu. Cepat je rasa masa berlalu.  Oh ya, kalau uolls guna Kajang Silk, I rasa better uolls keluar exit Hospital Serdang instead of exit MARDI ataupun UPM. Situ lagi dekat dan mudah I rasa. Biasalah kalau ada Ekspo MAHA ni kan agak jammed sikit, takut yang bawa anak-anak kecil jauh pulak nak park kereta. Masuk parking yang sekali masuk RM5. Kelmarin sampai pukul 2 petang jugak. Tengok parking dah hampir penuh. Masa balik tu tengok ramai betul yang park di luar. Alahai gigihnya nak berjalan. 




Masa tengah tunggu tram. Abang ni memang sangat membantu. Compare dengan MAHA 2012, kali ini lebih tersusun sikit. Dulu macam blur nak pergi mana. Kali ini uolls cari je yang pakai baju merah tertulis "Volunteer MAHA" di belakang. Nak tanya apa-apa tu tanya lah. 

I kalau berkunjung ke MAHA, tempat wajib lawat adalah Rumah-rumah Negeri. Sebab bagi I yang tak ada fokus utama dan tak sebab yang kukuh untuk merayau ke mana-mana, di sini complete. Boleh tengok hasil-hasil keluaran negeri. Ada juga persembahan kebudayaan. Contoh macam Dikir Barat, Tarian Zapin dan macam-macam lagi lah. Demonstrasi Acuan Tembaga pun ada. 






Madu lebah Acacia. Ini madu dimakan itu ye, bukan drama slot Akasia TV3 tu. 


Pavilion Negeri Sembilan


Persembahan dari Kombo Briged Seni Melaka di Pavilion Negeri Melaka


Persembahan Dikir Barat bertempat di Pavilion Negeri Kelantan. Tapi tak nampak lah pulak orangnya. Cuma nampak abang yang baju biru tu je. 


I suka Rumah Perlis ni. Sebab ada haiwan favourite Iolls. Oh bukan kucing ye rakan-rakan tapi ini....


I actually sangat suka dengan Ular Sawa Burma, Sebab cantik sangat! Memang ada hajat nak bela seekor tapi En. Barney dah awal-awal lagi tak bagi. Oh ya, kalau uolls nak bergambar dengan ular sawa yang besar dan cecomel boleh lah berkunjung di Pavilion Negeri Perlis. Bayaran hanya RM5 sahaja untuk bergambar dengan haiwan cantik tu. 


I'm home!
Tak boleh pijak bumi Sarawak, acah-acah balik pun jadi lah. Motif homesick tetiba dah kenapa?


Makan Mee Kolok sambil dengar lagu Zee Avi, "Mee Kolok Sigek" pun best jugak.

Sebab utama I ke sini adalah untuk makan. Mana nak cari makanan favourite Iolls di semenanjung? Mana nak cari Mee Kolok, mana nak cari Laksa Sarawak, kat mana nak cari Umai? Kalau ada pun rasanya takkan sama. En. Barney baru dua hari di Sarawak, macam cacing kepanasan makan itu ini tak kena dengan tekak dia. Itu tak sedap, ini tak sedap. Tak pedas langsung katanya. Wahai En. Barney, cuba bayangkan apa yang I rasa. Lebih 5 tahun, harus adapt dengan makanan di sini. Tak kena dengan tekak pun nak tak nak telan jugak. Kalau I cerewet bagai nak mati tak nak makan itu ini tu faham-faham lah. Itu salah satu tanda I is homesick. 


Okay, sekarang kita ikut En. Barney balik kampung pulak!


Tiba-tiba teringat masa ikut En. Barney balik Sungai Petani dulu. Bukan main lagi excited tengok bendang belakang rumah nenek. 





Penat jalan-jalan, kita berehat sebentar. Siapa tahu ini di rumah negeri mana? Hint ada dalam gambar. 


Kononnya ada kat Cameron Highland lah padahal ada di Pavilion Negeri Pahang je pun. 


Tahun ini bertemakan Istana Kenangan. Pavilion yang paling cantik dan paling sejuk. 


Tak mampu nak tahan gelak time ni. I tak tau lah apa yang I fikir bila tengok benda alah ni. Bila En. Barney tanya ini apa, dengan selamba I jawab, "Compress tu nama dia. Pekasam tu pulak nama bapa dia. Sebab itu lah nama dia Compress Bin Pekasam." Tak ada niat nak loyar buruk tapi itu lah yang I fikir sebelum otak boleh berfungsi dengan lancar. Al-maklum lah cuaca panas. Otak pun mencair. 


Tak ingat pulak gambar ni diambik di Pavilion negeri mana. Kalau tak silap, Johor kot. 

Kalau uolls nak main dengan rabbit pun boleh jugak. Tapi itu lah I tak ingat pulak di rumah negeri mana. Sekali masuk RM3. Ada banyak rabbit cecomel. I malas nak masuk sebabnya takut rabbit tu I lambung-lambung pulak sebab comel sangat. 

Dah kenyang makan dan cuci mata, ajak En. Barney balik sebabnya pakcik tu nak kena balik office siapkan report. Ada banyak lagi tempat yang I tak pergi sebenarnya. Nak tengok haiwan ternakan, ikan, atau bunga-bunga pun boleh. Semuanya ada. Nak senang before uolls naik tram atau bas ke mana-mana tu, uolls capai satu peta Ekspo MAHA. Sebab tapak ekspo ni sangat-sangat besar. Dari satu tempat ke satu tempat, uolls kena naik tram atau bas. Nak jalan kaki boleh, tapi gigih ke nak jalan jauh-jauh tengah panas terik? 


Yang belum berkesempatan untuk terjah ekspo MAHA 2014, jangan risau. Ada masa sampai 30th November untuk uolls serbu MAEPS. Untuk memudahkan uolls, uolls boleh download panduan pengunjung di website MAHA di www.maha.gov.my. Aplikasi MAHA pun ada jugak tau untuk kemudahan pengunjung. Info lanjut sila layari website MAHA seperti diatas. 

p/s : kalau ajak nenek I ke sini, habis hilang semua sakit kaki sakit lutut dia agaknya. 

10 comments

11/25/2014 08:23:00 am

tak berkesempatan lagi nak ke sana :)

11/25/2014 08:38:00 am

seronoknya...

11/25/2014 10:05:00 am

Gigih tau pergi ! Kita yang dekat Putra pun tak pergi. Hehehe.

11/25/2014 01:18:00 pm

wah.menarik gak ye..selama ni IbuNoey just dengar je pasal MAHA ni..tapi xtau apa yang ada kat event tu..hihi..cuti ni boleh ajak AyahMal nih..

11/25/2014 11:11:00 pm

besh jgk melawat rumah2 ngeri tu ye..smpi minggu ni kan.tp kt serdang plaks..cam jao je nk p..;p

11/26/2014 04:25:00 pm

terengganu kot yg dalam gmbr tu..hahaha...rasa macam salah...

alaaa...x dapat nak kemana-mana..busy super duper gila..haaa

11/27/2014 09:15:00 pm

@Sally Samsaiman

hint : ombak2 warna biru. hehehe

11/29/2014 01:30:00 pm

Best bangett wah wah i never been there before hehehehhehhe

Thanks kak aisya for sharing!
Tahun dpn nak gi lah hihuhiiiii

12/02/2014 04:02:00 pm

ramai rupanya blogger ke ekspo MAHA
antaranya kakciknurseroja dan Bin Muhammad

baru baca tentang mereka ke ekspo ini. Untung duduk berdekatan dengan ekspo ini

12/01/2016 01:04:00 pm

wow best nyer.
aida plan nak gi weekend ni MAHA 2016.
tu yg google ni hah.
landing sini...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...