03/11/2014

Jualan Gudang Karangkraf @ Kompleks Media Karangkraf, Shah Alam

I punya satu sebab yang nyata untuk jejak kaki ke Jualan Gudang Karangkraf semalam. Kalau tidak memang tak lah I nak datang. Kot lah, kalau tak terpengaruh dengan godaan-godaan yang menyesatkan. Faktor utama adalah novel terbaru Ramlee Awang Murshid berjudul Raudhah. 

Dah alang-alang datang sini, takkan beli satu novel je kot kan? Harus lah bawa pulang 2-3 novel paling kurang. Untuk mengelakkan dari berlakunya pembaziran yang nyata, perlu apply limitation dari segi wang ringgit. Misi ke Jualan Gudang Karangkraf ada dua. Misi utama dapatkan novel Raudhah yang siap ditandatangani. Misi kedua, I hanya boleh habiskan satu keping not RM50 sahaja. Tak boleh lebih, kurang tak apa. 




Gila tak gila jugak lah tengok lambakan buku di sana dan di sini. Lagi-lagi kalau beli 1 dengan harga RM10, beli 8 buah novel cuma RM50. Haish, godaan. Nasib baik lah I dah tetapkan misi siap-siap. Kalau tak entah banyak mana lah yang I borong. 

Tambah satu lagi koleksi. Yeay!


Terima kasih En. Barney sebab tak pernah merungut dengan kegilaan kita yang satu ini. Sanggup teman Iolls beratur berjam-jam lamanya sebab nak dapatkan autograph je pun! Well, mengeluh sikit tu adalah. Kebiasaannya Puteri Lilin yang seorang ni kena sikit cahaya matahari pun tak boleh tapi semalam, gigih berpanas sebab nak beratur. 

Misi pertama berjaya! 

Actually novel Raudhah memang dah ada dijual di bookstores berhampiran, tapi gedik jugak nak datang ke Jualan Gudang Karangkraf atas dua sebab. Yang pertama, dapat diskaun. Yang kedua, sebab penulisnya pun ada. Ingat I nak lepas peluang ke bertemu dengan novelis thriller nombor 1 Malaysia? Biarpun dah banyak kali jumpa depan-depan. I sendiri pun dah lost count berapa novel yang siap ada sign Ramlee Awang Murshid sekali. En. Barney kata, kumpul lah novel banyak-banyak baru minta sign. Er, tak nak lah. Rasa tak best pulak macam tu. 

Misi kedua pun berjaya!

I berjaya habiskan not more that RM50. Total semua dalam RM44 rasanya. Capai dua novel yang ada diskaun 20% dan 30% dan capai lagi satu novel RM5. Novel The Lost World tu I beli gara-gara baca entri Blogger Lynndamya tempoh hari. Baca sinopsis pun macam menarik. Tapi sekarang bagi I habiskan novel Raudhah dulu baru start baca yang lain.

p/s : Sekarang dah banyak novel bergenre thriller / horror. Good. Mungkin pembacaan akan beralih semula ke novel melayu selepas ini. 

11 comments

11/03/2014 08:35:00 am

bestnya.... bila pulak diorang nak buat tour kat negeri2 lain kan? bestnya dengar...!!!!

11/03/2014 09:01:00 am

suka gak novel-novel camni..kalau nak suruh baca novel jiwang memang tak lah..hehe

11/03/2014 01:25:00 pm

Pergh, banyak buku. Bestnya. Ctok jarang da benda2 kedak ya. Sabar jaklah.

11/03/2014 03:35:00 pm

wah...tumpang seronotlah kita baca.

mantera hitam serunai fakir tu ada sambungan dia.kena beli sambungan dia baru rasa cerita tu best.

11/03/2014 07:51:00 pm

genre novel horror/ thriller ni paling best. bermain2 dgn emosi sendiri. rasa2 seram boleh katup buku terus. silap hari bulan boleh tercampak buku tu kat dinding.. trust me.. i've been through it all.. hehe..

11/03/2014 08:06:00 pm

memang dah tau dah minat aisya yg satu ni.. heheh.. syoknya buku banyakkk.. kalau lah dekat..

11/03/2014 10:03:00 pm

owh cik aisya pergi ye mse jualan gudang krgkraf ni..yaya ingt nak p tp mslh kwangan la..hehe
mayb tgu tahun depan..karnival karangkraf baru p kot ^,^

11/04/2014 04:25:00 am

Memang kalau buat bajet bawah RM 200, boleh borong sampai pengsan ni....bestnyer

11/04/2014 09:14:00 am

Bestnye..dapat borong banyak dgn harga murah..yg lagi best dpt jumpa dgn penulis tu sendiri siap autograph tu.. :)

11/04/2014 03:06:00 pm

Perghhh bestnya dapat jumpa novelis.. :)

11/04/2014 11:09:00 pm

untuk sis takde ke? hehe
Misi no 2 tu memang penting kalau tak balik dengan beberapa beg plastik atau mungkin kotak..hehehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...