Ini kisah tentang kucing terbiar dan insan-insan yang menyayangi mereka.
Cewah, ayat!
Entri ini adalah kesinambungan untuk entri Wordless Wednesday tempoh hari (Ibu, Si Kucing Kelabu). I actually tak tau nak start dari mana. Macam panjang je kisah kucing yang dipanggil Ibu ni. Kisahnya bermula begini...
Ada tiga ekor kucing semuanya. Seekor ibu kucing berwarna kelabu yang cantik, seekor anak kucing kecik yang berusia mungkin 3 bulan dan kucing yang berumur dalam 6 hingga ke 7 bulan. Merayau-rayau di sekitar bangunan office I. I sendiri tak perasan kemunculan kucing-kucing ni. Tau-tau office I ada tiga ekor kucing. Weolls suspect, ada orang buang di situ. Mungkin tau staff-staff penyayang semuanya. Lebih-lebih lagi company tempat I kerja tu memang beroperasi 7 hari seminggu pun. Jadi mesti kucing-kucing ni tak pernah putus-putus diberikan makanan. Yang mana memang betul pun.
Disebabkan lobby Ground Floor tu kosong, kucing-kucing tu buat macam rumah sendiri. Lagi-lagi bila dimanjakan oleh semua termasuk lah Iolls. Asal lalu lobby, sebelum nak naik lif mesti sangkut dulu depan pintu lobby main-main dengan kucing. Ramai yang mempunyai simptom yang sama. Bukan I je.
Dalam tiga-empat hari kewujudan kucing-kucing tu, kakak tempat kerja Iolls bawa balik yang paling kecik. Kesian katanya. Tapi Si Oyen Junior tu serius memang comel. Kadang-kadang I takut je kalau-kalau dia masuk bawah kereta. Dah la kecik, lincah pulak. Dia ikut tuan baru balik, maka tinggallah lagi dua ekor. Yang warna kelabu, weolls bagi nama Ibu dan seekor lagi Oyen.
Agak lama jugak lah kejadian ni. Mungkin dalam masa sebulan setengah. Oyen dan Ibu tiap hari diberikan makanan. In fact I setiap pagi sebelum naik tangga ke Level 4, stop dulu di lobby bagi Ibu dan Oyen makan. Prodiet paket 500gm memang dah tersedia dalam kereta dalam Ibu dan Oyen. Siap ada yang tinggalkan satu dua balang makanan kucing, baik Prodiet, Whiskas mahupun Friskies untuk Oyen dan Ibu di pintu lobby. Memudahkan orang lain nak bagi makan. At least tak lah kucing-kucing tu lapar. Bekalan makanan sentiasa ada. Oyen dan Ibu, jadi penghuni tetap di lobby office.
Yang paling manja, Oyen. Setiap pagi pujuk Iolls bagi dia makanan. Asal buka pintu kereta, terus lompat masuk dalam. Kalau I nak bawa lari Si Oyen ni memang cukup senang. Dia dengan rela hati masuk kereta Iolls. Selagi dia tak nampak I pegang paket Prodiet, selagi itu lah dia taknak keluar kereta. Kadang-kadang geram jugak bila dia buat hal tak nak keluar.
Tapi suatu hari tu, masing-masing dapat email notification dari HR. Cat feeding is not allowed! Masing-masing dah kesian dengan Oyen dan Ibu. Macam mana nak bagi makan, takkan nak biarkan kucing-kucing ni lapar. Sampai tahap curi-curi bagi kucing-kucing makan sebab kesian.
Dan gara-gara email notification itu, sorang kakak kat office buang Oyen di kawasan food court area office I. Fikirnya, disitu Oyen senang nak dapat makanan. Tapi esok bila dia cari Oyen balik, menyesal sebab buang dan ambik keputusan nak bawa Oyen balik, Oyen dah hilang. Balik office menangis-nangis sampai bengkak mata sebab menyesal buang Oyen.
Taknak benda yang sama berulang. I dan beberapa colleagues lain termasuk lah kakak yang nangis-nangis sebab buang Oyen tu ambik keputusan untuk bawa Ibu pergi Vet. Nak mandulkan. Lebih senang untuk weolls jaga. Kumpul duit seorang RM50 untuk hantar Ibu ke Vet.
Time lunch hour keluar hantar Ibu ke Vet kejap.
Ibu kucing yang baik. Dalam kereta tak meronta langsung pun. Galak tengok kereta kat luar. Leka pulak tu. Dan Ibu ni, I tengok bukan jenis kucing biasa. Senang cerita kucing kampung lah. Bukan, bukan. Tak sure sama ada dia breed yang long hair atau bulu yang sederhana panjang. Sebab tak terurus dan terjaga kan. Tapi tengok ekor jenis yang bulu panjang dan tebal.
Termasuk vaksin dan boarding semua sekali, total dalam RM200+. Nasib baik officemate Iolls memang dah jadi pengunjung tetap Vet ni jadi dapat lah discount. Kalau tak silap total dengan boarding 5 hari dalam RM265 kot. Malas nak tengok balik resit punya pasal.
Shah Alam Veterinary Clinic
Address : 63-G, Jalan Snuker 13/28, Seksyen 13, Tadisma Business Centre, 40000, Shah Alam
Staff agak friendly. Mungkin sebab member-member officemate Iolls jugak menjadi faktor secara tak langsungnya. Tapi masa bawa balik Ibu, Ibu macam seronok je stay di clinic ni. Tak ada tanda-tanda dia tak suka. Atau Ibu sememangnya seekor kucing yang baik.
Oh ya, Ibu ada kat rumah Iolls sekarang. Tengah try pujuk housemate bela Ibu. 5 hari seminggu bagi dia makan, tiap kali lalu lobby office singgah dulu geletek-geletek perut dia. Jadi makin sayang pulak.
13 comments
Kucing terbiar ni tak ada kutu kucing ka?
Bagusla bela kucing. Kucing pula binatang yang manja.
Kesiannya Oyen ! Eeeee apa ingat manusia je ke nak makan , haish. T_T
comel kucing tu...
Bagusnyer uoallls semua. Orang yang sayang binatang dan kasi makan ni, inshaa Allah murah rezeki mereka.
ibu namanye?
=)
Boleh saya tahu vaksin apa yang digunakan?
Kesiannya Oyen hilang entah ke mana. Kakak yang buang tu mesti trauma, tapi bukan salahnya juga.
Kenapalah si HR tu buat peraturan macam tu. Patut biarkan je lah, mana tahu dapat rezeki lebih.
Siapa yang simpan Ibu sekarang?
Boleh pulak HR tak bagi. Kijamnya.. dia tak tahu ke bagi makan kat kucing ni boleh tambah rezeki? Manalah tahu kot2 nanti company makin maju ke makin berdaya saing ke makin dapat banyak sponsor/fund ke.. rugi2..
Soal kotor atau tak itu kena pandai uruskan. Yg penting jangan kedekut dgn makhluk Allah.. hurmm.. entahlah..
Nasib baik ada orang mcm cik Aisya and the gang.. jika tidak, maka kesianlah Oyen dan ibunya.. Huhuhu..
@aRz MoHa
kucing bela tak jaga elok berkutu juga
@Cik Yaya
tak. fasha sandha
@Felis Catus
er kalau tengok record ni Fel-O-Vax..
cuba baca balik perenggan last.
@Aisya A.
Vaksin FVRCP sahaja atau sekali dengan +C?
Ada tulis tak Fel'o'Vax IV atau PCT?
Macam temuduga pulak :)
@Felis Catus
haha. temuduga pun boleh..
ha, ada IV kt belakang.. tertinggal plak. hehehe
@Aisya A.
Okay, terima kasih. Semoga semuanya selamat.