27/11/2014

[ Korean Drama ] Pride and Prejudice

Bulan November ni weekend memang full memanjang. Kalau tak pergi kenduri sana sini, ada je tempat yang I nak terjah. Kalau dah merayap merata tak lekat kat rumah tu, drama korea pun banyak yang belum sempat nak tengok lagi. Tak apa lah, nanti I apply cuti semata-mata nak habiskan drama korea. Rasa sadis pulak, I punya annual leave memang dihabiskan untuk drama korea je pun. 

Anyway, latest drama yang I baru start tengok. Tak ada lah baru start tengok sangat pun, dah dalam 6-7 episod jugak lah I iaitu Pride and Prejudice. Ada beberapa stok drama baru yang En. Barney a.k.a supplier bagi. Tapi tengok yang ini dululah. Yang lain later I story mory. 



Sinopsis Pride and Prejudice

Lima tahun yang lalu, satu insiden telah membawa kepada pertemuan di antara Han Yeol Moo (Baek Jin Hee) dan Koo Dong Chi (Choi Jin Hyuk). Koo Dong Chi yang telah jatuh cinta pandang pertama pada masa itu menetapkan syarat bahawa Yeol Moo perlu berjumpa dengannya sebanyak 10 kali sebelum Yeol Moo membuat keputusan untuk meneruskan hubungan mereka atau tidak. Akan tetapi, pada pertemuan yang ke-10 Han Yeol Moo tiba-tiba menghilang begitu sahaja. Kini selepas lima tahun, mereka bertemu semula apabila Han Yeol Moo, seorang pelatih pendakwa raya ditugaskan dibawah seliaan Koo Dong Chi. Walaubagaimanapun, mereka tetap bekerja sebagai satu pasukan dalam menentang ketidakadilan dan penindasan khususnya yang menimpa golongan-golongan yang lemah dan kurang berkemampuan. 

Mula-mula tengok tajuk drama ni, I automatic teringat Pride and Prejudice karya Jane Austen. Even dalam drama ini pun, novel tersebut ada digunakan sebagai props. Scene di pejabat Koo Dong Chi, selepas work station nya di selongkar oleh Han Yeol Moo. 

Drama ni bagi I sebenarnya so-so je. Nak kata best, tak adalah best mana pun. Tapi I still jugak klik next episod non stop. Sebenarnya eager nak tahu kisah antara Han Yeol Moo, Koo Dong Chi dan perkaitan mereka dengan pembunuhan adik Han Yeol Moo. Setakat ini, kisah itu tak ditekankan sangat pun. Mungkin last-last nanti adalah sangkut paut dimana-mana. Biasalah, drama. Kes-kes yang dikendalikan oleh team pendakwa raya Koo Dong Chi pun jenis yang biasa-biasa je. Tak bombastic macam dalam drama I Can Hear Your Voice. Tapi okay lah kalau nak tengok saja-saja pun cuma tak adalah best mana pun. 



I sebenarnya jatuh hati dengan budak ni dalam drama Pride and Prejudice. So cute and adorable. Kalau ada depan mata ni memang dah peluk cium terus. Comel sangat alahai. Lakonan dia pun memikat hati juga walaupun dalam drama ini, Kim Kang Hoon memang watak sebagai Chan. Kanak-kanak comel yang tidak bercakap. Er, tak sure pulak kalau memang Chan adalah kanak-kanak yang bisu. Macam tak ada pulak mention dalam drama kata watak tu memang bisu. Tapi peduli lah, jadi kanak-kanak tak reti bercakap pun cuteness overload jugak. 

Tonton Online Pride and Prejudice 

p/s : Dah macam trend pulak drama korea ni, berpisah bertahun kemudian jumpa balik. Takkan nak follow cerita melayu balik-balik kahwin paksa kot. 

7 comments

11/27/2014 03:53:00 pm

Alaaa janganlah macam ni ! Banyak lagi korean drama tak abes layan. Hahaha.

11/27/2014 04:22:00 pm

comel budak tu, menarik ni...

11/27/2014 10:44:00 pm

besh ke tak citer ni cik aisya?
review cam ok x ok je..hehe
;p

11/28/2014 10:08:00 am

Layan kowea ek?Akak layan my lovely girl, tapi macam slow sgt citer tuh..asyik menguap jeh..

11/29/2014 01:14:00 pm

uiahh uiusshhh dah laah qiila terrtengok the heirs haritu hahahahhah
Oh tidak i cant resist hahahhahha

11/29/2014 01:15:00 pm

Btw betul.
Cerita melayu tak habis sama je senua hahahahaha.

12/02/2014 03:59:00 pm

Crita korea susah sungguh nak tengok tak tahu kenapa

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...