23/11/2014

[Movie] The Hunger Games : Mockingjay Part I

Dah lama I tunggu Mockingjay Part I ni. Bukan main dengan countdown sekali. Hari rabu lagi I dah beli tiket secara online untuk tayangan pada hari sabtu. Sebabnya takut kalau beli lewat seat tinggal yang depan-depan. Punya lah semangat ketidaksabaran yang nyata dan jelas itu. 
 


Setelah apa yang berlaku semasa perlawanan Quarter Quell, Katniss Everdeen (Jennifer Lawrence) mendapati dirinya berada di District 13. Kini tiada lagi District 12 selepas dimusnahkan. President District 13, Alma Coin (Julianne Moore) berusaha meyakinkan Katniss untuk menjadi simbol pemberontakan yang diperjuangkan selama ini disamping cuba untuk menyelamat Peeta Mellark (Josh Hutcherson) yang berada di dalam tahanan Presiden Snow di Capitol. 

Katniss (Jennifer Lawrence) and Gale (Liam Hemsworth)

Kalau tak kerana tiket free Nuffnang untuk menonton The Hunger Games yang pertama dulu, mungkin I takkan follow movie ini seperti sekarang. Thank you Nuffnang. Dari movie first lagi, I rasa cerita ni menarik. Masa tu tak follow langsung novel Hunger Games. Bila tengok Catching Fire, lagi best dari filem yang pertama. Dan filem yang ketiga ini sememang tidak mengecewakan. 

Plutarch Heavensbee (Phillip Seymour Hoffman) and President Alma Coin (Julianne Moore)

I malas nak compare novel dan filem sebab bagi I ada kekuatan dan kekurangan sendiri. Lagipun medium yang berbeza jadi rasa tidak adil untuk kita compare. Tapi kalau nak dibandingkan dengan filem yang terdahulu, Mockingjay Part 1 lebih tegang, lebih emosional dan sudah semestinya lebih berat. Memfokuskan tentang pemberontakan dan bukan lagi permainan Hunger Games seperti yang terdahulu. Part yang I paling suka, scene Katniss berada di District 8. Apa yang terjadi masa itu, lebih baik uolls tengok sendiri. 

Peeta Mellark  (Josh Hutcherson)

Personal opinion, I lebih terkesan dengan novelnya. Siap terbawa-bawa dalam mimpi lagi tu. Movie pula lebih kepada memuaskan deria penglihatan, Tapi imagination I tentang  District 13 tu, hampir tepat. Macam itu lah yang I gambarkan masa Mockingjay dulu. Cuma filem ini seperti yang sebelum-sebelumnya, tak boleh lah kalau uolls nak expect movie sebijik macam novel. Pasti ada juga perubahan di sana dan sini. Apa yang lain dari novel, itu uolls kena try cari.

Movie ni best atau tidak? Sudah semestinya best tapi dengan syarat uolls jangan lupa tengok filem pertama dan kedua dulu sebab kisahnya memang bersangkut paut. I bagi 8.1 untuk The Hunger Games : Mockingjay Part 1. En. Barney kata movie ni action best jugak, tak bosan tapi yang tak bestnya sebab kena tunggu setahun lagi untuk sambungan kisah Katniss. 

p/s : Boleh tak rasa macam nak tengok lagi lah pulak. 

10 comments:

  1. tak sabar gila nak tgkk :D

    ReplyDelete
  2. bru tgk malam semalam.. memang best !! nampak alatan tentera district 13 lg hebat. katniss mcm lebih sygkan peeta dr gale :(

    ReplyDelete
  3. klu sis tgk mesti x faham sbb tak tgk movie 1 n 2 ...

    ReplyDelete
  4. wah..best,best..IbuNoey pun ada tengok citer Hunger Games ni, yang pertama punya..dan serius,citer mmg best..

    ReplyDelete
  5. yaya pon follow movie ni..
    besh jgk la THG:MJ part 1 ni.tp mmg agk shock saat akhir tu..peter jadi ganas semacam tetibe serang katniss tu..sadis pulak tgok bila org yg kita syg dah xkenal kita..nak bunuh kita pula..huhu >,<

    *kene tgu setahun lagi utk part 2..ngeeeeee*

    ReplyDelete
  6. dah tengok.. ramai yg cakap boring.. mmg la, sbb action x banyak.. tapi sapa yg minat cerita ni, dapat feeling storyline, x de la boring sangat..

    ReplyDelete
  7. ader orang cakap citer dier macam slow. Orang la cakap :P

    tapi nak p tengok gak macam mane. Thanks for the review :D

    ReplyDelete
  8. qila belanje tahun depan boleh?
    hahahaahaha.

    Kak aisya best gila kan ish
    Qila reread balik tau mockingjay.
    Ya allah melalak lalak qila baca untuk sambungan part two ish


    Seriously tak sabar lah tunggu tahun dpn!!!
    tup tup dh tahun dpn dh nanti hehe.


    Kesian peeeta :(((((((((((((

    ReplyDelete
  9. and yes....
    Novel best
    Movie best.
    Walaupun lain sikit

    Both tetap besttttt muahahaahaha

    ReplyDelete