31/05/2015

Part II : Cik TengTeng dan Abang E'el Bergaduh?

Beberapa hari lepas, ada satu entri kekononnya teaser kepada cerita sebenar. Ha, ini lah cerita sebenarnya. Bukan main siap teaser segala bagai. Padahal sebenarnya tak sempat nak taip panjang-panjang. 


Jangan kata manusia je ada sifat hasad dengki. Kucing pun ada jugak tau! Alkisahnya bermula begini. 


Gara-gara box warna oren diatas, kucing dua ekor ni bergaduh bercakaran. Asalnya Cik TengTeng yang duduk atas box tersebut. Bila Abang E'el tengok Cik TengTeng macam best je bersantai, dia pun nak naik jugak. Tapi taknak kongsi pulak. Sudahnya bila Abang E'el lompat, terus tolak Cik TengTeng ke bawah!

Muka tak puas hati

Muka gangster lah tu kononnya

Bila yang seekor tu tak puas hati. Mula lah, nak rebut balik takhta. Yang seekor pulak tak nak mengalah. Bercakaran lah sudahnya. 

Nak meleraikan perebutan kuasa dua ekor kucing ni, terpaksa lah Mak I cari lagi satu box yang hampir sama tinggi. Kekononnya sama level lah tu. 


Biarpun tak lah setinggi Abang E'el, terpaksa lah Cik TengTeng beralah. Alah, best jugak box yang baru tu. Ruang yang besar lagi selesa. Memang sesuai untuk Cik TengTeng yang debab lagi gemuk.


Case closed. Bila masing-masing dah puas hati. Apa lagi, tidur lah!

p/s : Gaduh siapa lagi tinggi lah tu. Tu yang masing-masing berebut. 

30/05/2015

Pentingnya Auto Publish Entry / Scheduled Post

Target satu hari satu entri. Memang dari dulu-dulu lagi begini. Setakat ni tak ter-missed lagi la up entri sekali sehari biarpun busy macam mana sekali pun. Tetap cuba jugak untuk update blog pada hari tersebut. 

Tapi kadang-kadang sesak jugak. Time tak menyempat dengan sesi taip menaip. Nak draft scheduled post pun tak termampu. 

Scheduled post atau auto publish entri. Memang sangat berguna dalam keadaan-keadaan terdesak begini. Time free draft entri bebanyak, nanti tinggal nak publish aje lagi. Especially time tak menyempat nak menaip entri. Just scheduled je post tersebut ke tarikh sekian-sekian. Dah settle. 

At least blog tak berhabuk. Hidup jugak dengan entri auto publish ni. Tak menyempat nak blogwalking? Itu lain cerita. Bila ada masa terluang nanti, blogwalking lah puas-puas sampai lebam. Tak gitu?

Rasanya ramai yang dah tahu kot bagaimana nak buat Scheduled Post ni kan. Ada yang tidak tahu? Or dah terlupa bagaimana? Tak apalah, boleh refresh balik cara-cara nak buat Auto publish entry / scheduled post ni.

Klik untuk lebih jelas 


Klik "Schedule"


1. Pick your date. Contoh : Nak scheduled post uolls hari esok, just letak pick je lah tarikh esok
2. Klik "Done"


Entri dah siap? Then klik je lah "Publish"

See, dah siap. Mudah je kan. Time idea mencurah-curah plus ada masa terluang boleh lah draft entri bebanyak then scheduled je. Memang sangat berguna lah time mati kutu tak ada idea nak update blog or time busy tak menyempat nak menaip. Tak payah lah bawa penyapu, mop dan vakum once sign in blogger lepas balik bertapa. Hiks

p/s : Selalu jugak lah buat scheduled post ni. Senang. Tapi sekarang nak taip entry auto publish pun tak menyempat. Sobs

29/05/2015

28/05/2015

Kucing Obes!

Makin hari makin gemuk. Makin hari makin bulat. Makin hari makin besar dan makin hari makin mengada. Tak lain tak bukan harus lah Abang E'el. Sado katanya. Tapi abang sado lemak lebih. 




Gambar yang ini perlu selit sekali. Ini bukan abang sado, tapi kakak sado bulus lebih

p/s : Makan tidur makan tidur, punca gemuk. Geram pulak kita. Rasa macam nak lempang pun ada dua ekor ni. Grrr.

26/05/2015

Zombie Dua Mata yang Mengantuk

Yes. Zombie memang ada mata. Dua mata macam manusia.Eh, betul ke? I bukan zombie makanya I is tak tahu and main petik je lah cakap ada dua mata. Jangan kata jadi zombie, tengok cerita zombie-zombie pun I is tak minat. Itu taste adik Iolls je. Cerita zombie-zombie ni macam tak ada point lain. Macam mana nak survive. Tapi Resident Evil I follow. Itu je lah. Walking Dead segala bagai, adik I kamus bergerak series tersebut. 

Tapi kan, sekarang ni memang ada simptom-simptom ke arah pengzombian. Maksudnya, ke arah menjadi zombie. Penat oh! Dua minggu yang sangat memenatkan. Tak sabar nak tunggu bulan depan, bagi settle semua benda yang perlu diselesaikan. 


Masuk kerja hari isnin. Office hours tak start lagi dah fikir bila nak jumaat ni. Tetiap minggu begitu. Penyakit sungguh. Tapi minggu ini lah minggu paling membebankan. Macam-macam. Cepat lah weekend. 

p/s : Entri semakin lama semakin mengarut tiada input.

25/05/2015

Biar Kekal Hijau Tanpa Noda!

Hujung minggu, gotong royong kemas rumah. Mop, sapu dan berus sana sini. Sental semuanya. Biar putih berkilat biarpun tak ada lah kilat mana pun. Janji spring cleaning konon-konon. Alah dengan habuk, mula lah bersin tak henti-henti. Itu pasal kalau bersih rumah jadi ninja itu harus. Kalau tak esok confirm demam selsema semua datang. 

Bila hidung dah start gatal-gatal, tak nak berlarutan keluar rumah kejap hirup udara segar. Ditemani oleh angin yang agak kuat sikit dari sepoi-sepoi bahasa. Pandang tasik tepi blok rumah. Alahai sayangnya. 


Kalau lah dibangunkan menjadi tempat reakreasi, ada jogging track bagai kan bagus. Paling-paling tidak pun usaha pemuliharaan daripada terbiar begitu je. Tapi tengok ramai aje yang memancing. Dengar-dengar sampai bermalam pun ada, aktiviti memancing punya pasal. Tapi itu lah, sayang pulak. 

Itu nasib baik view rumah boleh nampak permandangan hijau begini. Tak adalah bangunan tinggi-tinggi mencakar langit. Tak pun konkrit semata. Tapi kan pemandangan hijau begini kalau dicemari dengan sampah sarap segala bagai pun menyakitkan mata juga. Persoalannya macam mana nak kekalkan kehijauan alam sekitar kalau masing-masing kurang kesedaran? 

Nota untuk diri sendiri. Mungkin ini benda pertama yang boleh dipraktikkan?


Paling mudah, jangan buang sampah merata-rata. Buang di tempat yang disediakan. Tapi ramai yang berdegil. Entah apa puncanya. Contoh dalam kereta, sampah letak lah dalam kereta dulu. Nampak tong sampah baru kutip dan buang. Jangan simply campak ke luar tingkap. Kalau tidak pun sediakan lah tong sampah kecik dalam kereta. Atau paling-paling beg plastik pun lah. Mudah. 

Itu baru sampah. Ada banyak lagi cara. Kalau membuang sampah ditempat yang betul itu sangat sukar, paling tidak boleh start dengan salah satu cara di bawah. Biar bumi dan alam sekitar terus hijau dan kekal sihat!


Kesian bumi tau. Macam manusia juga lah, makin lama makin tua. Mungkin usaha kita yang sebesar zarah cuma tu membawa impak yang besar di masa akan datang. Siapa tahu kan. 

p/s : Dah kenapa rasa macam mode serius sedang diaktifkan?

24/05/2015

Cik TengTeng dan Abang E'el bergaduh?

Minggu ini minggu tensi yang sangat hectic. Terkejar-kejar dek masa. Itu lah, ini lah. Ish, perempuan ni mengeluh pulak. Tak baik, tak baik. Oh bukan nak mengeluh sebenarnya tapi nak highlightkan betapa tak sempatnya nak taip entri panjang-panjang. Pfft.

By the way, kelmarin dapat gambar bulus-bulus gebus dari Mak. Siap dengan kronologi cerita lagi. Tapi I ni tak menyempat lagi nak bercerita panjang. Bagi teaser dulu lah kononnya. Yang penting bulus dua ekor ni bergaduh bercakaran sebab berebut sesuatu!

Jeling marah tak puas hati !

merajuk la konon bagi ekor musang busuk yang tak mandi

Ada banyak lagi gambar punca-punca pergaduhan dan penyelesaian pergaduhan dua ekor bulus ni. Rephrase, ini kan teaser so yang lain-lain tu cerita lain lah.

p/s : Cepat lah settle semua benda seminggu dua ni. Penat oh

23/05/2015

Plant Nanny - Water Reminder with Cute Plants!

I pernah buat entri untuk aplikasi yang ini. Boleh rujuk SINI. Aplikasi khusus untuk manusia macam I yang tak suka minum air masak. Lepas install aplikasi yang ini, alhamdulillah nampak lah jugak effort nak minum air masak tu kan. Kalau tak, nan hado jawabnya. 

Bagi terlepas entri yang terdahulu, Plant Nanny ni sebenarnya satu aplikasi water reminder. Tiap kali minum air, tiap kali tu jugak lah siram pokok bunga sampai lah satu tahap pokok tu membesar dengan jayanya. Orang macam Iolls yang pemalas nak minum air masak ni, jadi excited lah nak minum air. Tiap kali minum air satu gelas, terus siram virtual plant yang ditanam menerusi aplikasi Plant Nanny. Sebabnya I is excited nak tengok pokok tu membesar dengan comel nya!


Setelah setengah bulan berkecimpung dengan aplikasi ini, dah tiga plant yang I dah tanam. Bukan main plant siap ada biji mata bagai. Cuba imagine kalau pokok di halaman rumah uolls begini, terus pengsan agaknya. 



Sekarang dalam proses untuk menanam yang ini pulak

Tanam pokok banyak-banyak boleh kumpul seeds banyak-banyak untuk beli pasu baru atau environment baru. Oh ya kuantiti air yang diminum tu turut memainkan peranan penting untuk menaikkan lagi level plant. Oh m5ana taknya Iolls makin syok pulak minum air masak. Pemangkin kononnya. 

p/s : Tak sabar nak kumpul seeds sebab nak tanam pokok bunga rose. 

22/05/2015

Membodohkan Orang Sesedap Rasa


Tiada manusia yang dilahirkan bodoh, 
Yang ada kurang pandai sebab tak mahu belajar. 

Cikgu Fizik Iolls masa sekolah dulu selalu ulang ayat tersebut. Ulang dan ulang dan ulang lagi dalam kelas. Kata-kata semangat kaedahnya. Supaya semua rajin-rajin buka buku buat ulangkaji. Fizik? Memang langsung bukan makanan I. Tapi nasib baik result okay biarpun mencacatkan sedikit abjad yang cantik terletak. Mungkin sebab Cikgu I balik-balik ulang benda yang sama. Rasa tercabar pulak bila dengar. Er, cantik ke masalahnya abjad tu?

Tapi pernah rasa? Bila uolls baru buka mukasurat pertama tetiba orang bagitau straight depan muka, "Eh bodoh lah kau ni! Semua benda nak tanya. Semua benda tak tahu." Sebenarnya siapa yang mengata siapa di sini? 

Budak baru belajar VS budak dah lama belajar. Confirm lah yang lama lebih tahu. Tapi sebagai orang lama jangan lah kedekut untuk berkongsi ilmu. Lebih-lebih lagi siap merendah-rendahkan pulak. Kita pun pernah juga berada di situasi yang sama. Bermula dari mukasurat yang pertama juga. Jangan bila dah sampai chapter 5, dah mula bangga diri. Orang lain dikatanya bodoh sewenang-wenangnya. 


Ilmu bukan macam emas. Emas bila disimpan takkan hilang, melainkan ada yang mencuri. Ilmu kalau tak dikongsi makin lama makin luput dari ingatan. 

Nak jadi orang kaya ilmu mudah, jangan tamak. 

p/s : Note to self. Malu bertanya sesat jalan tapi jangan jadi orang yang menyekat dan menyesatkan jalan orang lain. 

21/05/2015

Wedding Shoes

Minggu ini minggu suram yang sungguh tensi. Lagi-lagi bila hari rabu dan khamis. So kekononnya nak menenangkan fikiran, connect internet dan start mengoogle. Goole Images, type wedding shoes. Nak cuti mata kaedahnya. Oh dan untuk menyucikan minda agar cas positif dan negatif kembali seimbang. 


Actually kan, dah start survey dah pun. Keluar masuk kedai kasut, memang pasrah aje lah pakcik gemok Iolls ikut masuk sekali. Orang kemaruk kasut ni kalau masuk kedai kasut memang lagi kemaruk lah kan. Pakej rambang mata sekali. Sebab tu biar survey aje dulu, beli kemudian. Kalau survey terus beli nescaya sure akan ada belian kedua!

Bila dah survey begini, baru lah terfikir. Nak cari yang macam mana, tinggi berapa inci, style yang bagaimana and whatsoever benda-benda merepek yang kononnya penting tu lah. 


Macam terberkenan pulak dengan yang begini, Simple tapi comel. Tapi kan salah satu tips nak beli kasut especially wedding shoes, pakai biar selesa. Jangan cantik aje tapi kasut makan kaki. Tak syok lah begitu kan. Tapi kalau dah namanya perempuan, memang tak lah nak cari yang selesa je harus lah nak cari yang menepati citarasa jugak. 


Tinggi berapa inci? Aspek yang satu itu pun jangan dipandang remeh. Cari yang style wedges agar lebih stabil. Atau mungkin cari yang dua inci cuma dengan alasan dah terbiasa menggunakan heels yang setinggi itu? Iolls? Haruslah nak cari yang tinggi-tinggi. Dah nama pun orang kurang ketinggian kan.


Nak sesuaikan diri katanya kena lah bawa kasut time fitting kan. Betul ke? Kalau tak agak ketat sikit, pakai stoking supaya kasut tu stretched lebih sikit. 

Lagi satu tips yang Iolls baca, kasut baru biasanya mempunyai tapak yang licin jadi ambik kertas pasir dan gosok tapak kasut tu untuk lebih cengkaman kononnya. Sejauh mana kebenarannya itu I is tak tahu. Ada yang pernah try tips tersebut?

Excited pulak lah nak pergi shopping kasut. Cuma yang I risau, kaki cinderella susah nak cari saiz. Takut nanti lagi stress lah pakcik gemok kalau cari sepasang kasut je dah makan masa berminggu. Eh perasan Cinderella pulak dah. 

p/s : Rasa macam nak pergi shopping kasut lah. Terapi stress? Hiks

19/05/2015

Kucing dan Cermin

Dulu masa Cik TengTeng kecik lagi, I ada habit suka bawa Cik TengTeng depan cermin kekonon nak tunjuk kat Cik TengTeng bagaimana rupa kucing yang sebenarnya. Tiap kali Cik TengTeng tengok reflection sendiri, mata terus bulat besar je. Perhati kucing mana pulak yang ada depan mata ni. Mungkin dalam hati Cik TengTeng puji sendiri cantik lah tu kot. Kucing perasan. 

Itu Cik TengTeng, kalau Abang E'el pulak begini..


Bukan main serius lagi tengok muka sendiri. Agak-agak apa lah yang Abang E'el tengok tu kan. Berangan jadi Snow White agaknya, Konon-konon Prince Charming E'el White. Eh eh. 

Bila tengok kucing perhati reflection sendiri kat depan cermin, terfikir pulak kalau lah kucing-kucing ni boleh bercakap, agak-agak apa lah yang diomelkan depan cermin sendiri-sendiri tu. Mungkin seperti di bawah ini agaknya;






Ada banyak sebenarnya video kelakar kucing dan juga reflection cermin. Tapi kalau dah letak video nanti, I sendiri pun tak boleh nak berhenti tengok. Terapi stress katanya. Sambil gelak-gelak.

p/s : Nasib baik lah Abang E'el dan Cik TengTeng tak buat perangai tak senonoh depan cermin. 

sumber : INI

18/05/2015

[Korean Drama] Ex-Girlfriend Club

Sekarang ni ada banyak drama korea yang Iolls nak tengok. Itu lah ini lah. Tapi tak terkejar sebab banyak pulak benda nak kena settle. Plus tukang download drama korea untuk Iolls pun busy outstation merata. Dari Melaka ke Kedah kemudian Sabah pulak. Tak kisah lah janji ada banyak ole-ole. Eh eh. 

By the way, I tengok drama Ex Girlfriend Club ni gara-gara Song Ji Hyo lah. Lagi pun macam menarik dan kelakar aje kan bila baca sinopsis. 


Sinopsis Ex-Girlfriend Club

Soo-Jin (Song Ji-Hyo) is a producer at a film production company. Her company decides to make a film based on a popular webcomic by Myeong-Soo’s (Byun Yo-Han). The webcomic is about Myeong-Soo's ex-girlfriends. It just so happens, Soo-Jin is also an ex-girlfriend of Myeong-Soo. Now, Soo-Jin has to interact with her ex-boyfriend and his 3 ex-girlfriends: Hwa-Young (Lee Yoon-Ji), Ji-A (Jang Ji-Eun) and Ra-Ra (Hwa Young). 
sumber : asianwiki
Baru tengok dua episod. Boleh tahan jugak lah. Episod pertama okay-okay je. Start interesting bila ke semua ex girlfriend Myeong Soo mula berkumpul. Pertemuan pertama katanya, memang haru biru. 


Agak-agak boleh tak Myeong Soo control ke semua wanita-wanita yang masing-masing hebat bercakaran ni? Perempuan biasalah lah kan, adegan tarik-tarik rambut memang pakar. Kalau gaduh dua orang lah. Tapi ini empat orang semuanya. Mahu pening dan pusing jadinya. 


Kelakar dan santai. Iolls pun macam excited pulak nak tahu dan tak sabar nak tengok next episod, boleh ke empat orang ni berbaik? Atau makin rancak main tarik-tarik rambut? 

Sesi kumpul ex-girlfriend Myeong Soo dah selesai tapi movie Soo Jin tu pulak satu hal. Jadi atau tak last-last? Movie tentang ex-girlfriend Myeong Soo. Adakah diorang jugak yang akan berlakon dalam movie tersebut? Bagaimana lah agaknya?

Download Ex-Girlfriend Club

Tonton Online Ex-Girlfriend Club

p/s : Ada lagi beberapa drama yang I nak tengok ni. Tapi hujung bulan ni macam busy lah pulak. 

17/05/2015

[Novel] Jantung Hatiku - Amna Nazia

Bulan April - June, I target untuk baca 6 buah novel dalam masa 3 bulan tersebut. Kalau 3 bulan pertama untuk tahun 2015, I mampu baca 10 buah novel, tapi kali ini rasa macam 6 buah novel pun macam payah pulak nak capai.  Tapi nasib baik sekarang dah masuk novel keempat dan itu pun dah setengah. InsyaAllah boleh kot, 6 buah novel dalam 3 bulan ni. 


Novel melayu kedua untuk tahun 2015. Dan novel ini pun Iolls baca dalam masa sehari. In fact, habiskan dua novel dalam masa 24 jam. Itu bila mood dah sampai, cuba kalau time tak ada mood nak baca novel melayu, bukan main satu novel sebulan. Itu pun kalau lah sebulan. Agaknya I baca sekerat, then baca novel lain pulak. 


Jantung Hatiku
Amna Nazia
Sinopsis Jantung Hatiku

Marissa seorang gadis kacukan Melayu - Jerman dan menguruskan sebuah butik andaman milik keluarganya. Nasib malang menimpa dirinya kerana bertemu dengan lelaki yang hanya tahu mengambil kesempatan. Sudah jatuh ditimpa tangga, adik Marissa iaitu Amirul dan rakan baiknya Haziq pula terlibat dalam kemalangan. Haziq tidak dapat diselamatkan kerana darah beku yang merebak di otaknya. Manakala Amirul memerlukan pemindahan jantung dengan segera. Namun bukan semudah yang disangka, ibu kepada pemilik jantung itu membuah syarat. Sekiranya mahu jantung daripada Haziq, Marissa harus berkahwin dengan anak sulungnya, Zarith. Seorang pemuda yang tidak dikenalinya. 

Dia perancang majlis dan perkahwinan yang tersohor. Ke hulu ke hilir menjual 'minyak' untuk menarik pelanggan mak-mak datin supaya menggunakan khidmatnya yang 'tip-top'. Puan Sri Khaleeda, pelanggan cerewet pun sukakan khidmatnya. Tapi, untuk majlisnya sendiri? Ah, hanya sepasang kebaya lama milik mama yang menjadi persalinan. Kahwin dengan gay? Gila lah! - Marissa

Padan muka kau! Memilih sangat. Apa yang kau cari sebenarnya? Wang? Pangkat? Nama? Aku juga punya semua itu walau tak sehebat dia. Itu karma kau, Marissa. - Fareez Zamri
Jalan cerita novel ni menarik. Cuma kalau diperhaluskan lagi, impaknya mesti lagi wow lah. Twist di pertengahan cerita - misteri siapa Rizal yang mengaku suami Marissa padahal seingat Marissa suaminya bernama Zarith. Kemalangan yang menimpa Amirul dan Haziq pula adalah suatu yang disengajakan dan sasaran sebenarnya bukanlah mereka berdua. Tapi siapa?

Banyak konflik sebenarnya yang terkandung dalam jalan cerita novel ni. Tapi tak rasa terlalu padat pun. Okay-okay je. Cuma bila dimampatkan, jadi kurang stress tapi ringkas pulak Agaknya kalau kupas dengan lebih dalam lagi satu-satu konflik tu mesti lagi best tapi nanti tebal lah pulak novelnya kan. Agaknya penulis nak terbitkan novel sambungan kot. Boleh cerita banyak-banyak lagi. Tak gitu?

I tak suka sebenarnya baca novel yang banyak love story bagai ni. Tapi novel ni okay lah untuk Iolls hadam sebab tak banyak skip pages gara-gara tak nak baca kisah sebegitu rupa. Kan Iolls cakap tadi, banyak konflik. Yang penting, memang best. Kalau tak best memang makin rancak lah Iolls skip-skip mukasurat ni. 

p/s : ada Big Bad Wolf lagi hujung bulan ni. Yippeee!

16/05/2015

10 Makanan Awet Muda

Sekarang ni kan, bukan main lagi lambakan produk-produk kecantikan, supplement or macam-macam lagi lah. Nak memutihkan kulit, mencantikkan kulit wajah supaya sentiasa berseri dan nampak muda senantiasa. Siap glowing-glowing gitu kan. 

Tapi kan orang tua-tua dulu, bak kata orang sarawak "orang zaman mensia marek" tak ada nya guna produk-produk yang macam weolls guna sekarang. Semuanya petua tradisional dengan cara yang konvensional. Petua-petua dan cara orang lama-lama sepatutnya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Tapi biasalah, seiring dengan peredaran zaman faham-faham aje lah kan. 

Actually masih ada cara orang lama yang still digunakan sehingga kini. Sebagai salah satu contoh, elemen pemakanan lagi-lagi untuk kekal awet muda. 


Mengkudu (Morinda citrifolia)

Buah mengkudu masak mengandungi bahan antiseptik yang berfungsi untuk melegakan kesakitan, bahan antioksida, merangsang pengeluaran sel darah putih dan meningkatkan daya ketahanan badan. 



Timun juga menjadi bahan asas kepada pelbagai produk kecantikan. Secara tradisionalnya hirisan timun boleh dijadikan pencuci muka dan membuatkan kulit lembut, licin dan sentiasa lembap; sesuai diamalkan individu yang mengalami masalah kulit berminyak.

Ulam pegaga sedap oh!


Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Malah ia juga dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.


Pisang

Buah pisang dapat menjadi salah satu pilihan makanan ringan yang menyihatkan. Buah ini juga kaya dnegan kalsium yang khasiatnya untuk membantu mengembalikan keseimbangan elektrolit serta bagi menyerap lebihan air yang ada dalam tubuh.


Epal

Salah satu zat antioksidan yang ada di dalam buah epal dapat membantu membunuh virus. Sebolehnya jangan mengupas kulit epal kerana khasiatnya ada di situ. 


Kacang Badam (Prunus dulcis)

Kandungan vitamin E yang tinggi pada badam sangat baik untuk kesihatan kulit, rambut dan kuku. Vitamin E merupakan antioksida yang kuat untuk melindungi sel daripada serangan radikal bebas yang dihasilkan oleh pencemaran udara dan sinaran UV.


Strawberry (Fragaria ananassa)

Antioksidan yang terdapat pada strawberi dapat meningkatkan penghasilan kolagen yang membantu menjaga kulit agar kekal halus dan tegang. Malah, kandungan vitamin C dipercayai mampu menyamarkan garis-garis halus kesan penuaan pada wajah anda. 


Biji Bunga Matahari

Biji bunga matahari sangat kaya dengan khasiat selenium yang mampu merangsang pertumbuhan sel-sel kulit yang muda. 


Teh Hijau

Seseorang yang mengamalkan meminum teh hijau akan kelihatan lebih muda lima tahun daripada usia sebenar berbanding orang yang kerap meminum teh biasa.



Dalam kandungan buah tomato terdapat pigmen merah yang khasiatnya dapat membantu dalam memperlahankan proses penuaan. 

p/s : Lepas ni ramai lah yang restock makanan-makanan di atas kat rumah. Memasing nak nampak awet muda kan. Hiks.  

sumber: google, Info Pemakanan Pesona Pengantin Jan 15