28/07/2011

AIS apa yang paling berKRIM?

Esok kat tempat praktikal, ada jamuan sikit. Kira macam jamuan perpisahan memandangkan Chipmunk dan kawan-kawan dah nak habis praktikal. So, kitorang tiga orang ni dapat tugas untuk prepare air dan aiskrim. AISKRIM ye... ala, aiskrim yang ala-ala aiskrim McD tu la. 

Dalam almari dekat pantry ni adalah beberapa bungkus serbuk aiskrim, yang soft serve mix apa ntah. Dan memang ada machine aiskrim ni sebab dulu dekat tempat praktikal pernah buat research buat aiskim. Nak dijadikan cerita, tiga-tiga kitorang ni mana lah pandai nak buat aiskrim macam tu. Kira hari ni, aiskrim yang kitorang buat tu macam trial version, so tak ada la esok kelam kabut aiskrim tak jadi whatsoever la. Dah ada serbuk aiskrim ni, mana lah tau kot-kot ada tambah ingredients lain ke. Last-last dapat info dari our so-called even manager, campur serbuk tu dengan air ataupun susu.

Tapi...
Before kitorang dapat tau nak buat apa dengan serbuk aiskrim tu, kitorang try la Google sikit. Kot-kot la ada tutorial ke? Dan, dalam masa tengah mencari tu terjumpa la something about ice cream yang Chipmunk rasa macam nak share kat sini. Beberapa fakta mengenai aiskrim ni la.

1. Perisa aiskrim paling popular adalah perisa vanilla.

 

2. Perisa vanilla sebenarnya berasal dari orkid vanilla. Chipmunk pernah cerita pasal orkid vanilla ni kat SINI. Biasanya orkid vanilla ni ditanam di Madagascar, Mexico, dan juga area Tahiti. Dan sebenarnya, ekstrak vanilla dari kawasan-kawasan berlainan ni tak sama, adalah ciri-ciri yang berbeza tu. Maybe dari segi rasa ataupun tekstur ke. Tak sure jugak.


3. Topping ice cream yang paling popular adalah Chocolate Syrup.


4.  Ice cream sundae yang paling besar adalah setinggi 12 kaki dan diperbuat daripada 4667 gelen aiskrim di California tahun 1985. 

5. Elvis Presley pun suka aiskrim jugak. Dan favourite beliau adalah chocolate milkshake dan peach ice cream. 

 

Ada banyak lagi fakta tentang ice cream. Asalkan rajin mencari je. Semua ni Chipmunk baca dan ambik dari www.ice-cream-recipes.com. Kalau nak tengok resepi atau gambar atau sejarah aiskrim etc ni boleh la tengok kat website tu. Ada macam-macam. Gambar-gambar atas dan bawah ni macam biasa lah, pakcik Google je. 



Blueberry Ice Cream

Butter Pecan Ice Cream

Chocolate Chip  Ice Cream

Mint Chocolate Chip Ice Cream

27/07/2011

Second Giveaway Hajar Azman

Memandangkan hari ni xda kerja sangat plus supervisor bercuti, jadi ambik masa jap nak buat entry baru. Ni pun lepas Cik Fya Pelangi tag untuk join GA ni. Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut ye. 


1. Kena follow dulu blog ni.
- yang ni memang dah follow lama dah


2. Buat entry bertajuk Second Giveaway Hajar Azman.
3. Letak banner kat atas tu. 
4. Tag 2 orang
- okay, nak tag mereka-mereka di bawah ini la


5. Tinggalkan link.

Tarikh tutup : 21 August 2011

26/07/2011

SAYA NAK GA DARI KOREA DAN BANDUNG!

Thanks to Mella sebab tag. Semalam tak sempat nak buat, sekarang dalam lab sementara nak tunggu buat kerja ni (Orang selalu tunggu kerja siap, ni nak tunggu buat kerja) ambik kesempatan jap join GA ni. Yela, orang dah tag, join je la kan? Dulu xda nya nak join GA atau contest-contest ni, tapi bila fikir nanti orang yang tag kita ni cakap apa pulak. Sekarang ni, orang dah tag, tak payah nak banyak songeh join je.

Dan sekarang ni, tak payah nak banyak bebel pulak ye.

Hari ni nak join GiveAway dari KOREA dan BANDUNG pulak. Keterangan lanjut sila klik banner di bawah ye. Sekian, terima kasih. Eh?


 Syarat-syarat penyertaan :
1. Beralamat di Malaysia dan mempunyai Blog.
2. Follow blog-blog di bawah


3. Buat entry bertajuk SAYA NAK GA DARI KOREA DAN BANDUNG!
4. Copy banner dan letak dalam entry.
5. Tag at least 2 orang.
6. Dan tinggalkan link.

Lastly, nak tag...


Tarikh Tutup : 15 August 2011

22/07/2011

Alah, abang bujang si Bujang Senang tu

Macam biasa pagi-pagi mesti akan buka Metro sementara tunggu mood untuk bekerja tu datang. Biasalah, macam-macam news kita boleh baca pagi-pagi macam ni. Tapi kan, dalam minggu ni cerita yang menarik minat Chipmunk pasal Abang Bujang ni atau orang kenal sebagai Bujang Senang. Alah, adik-beradik En. Alligator tu. Kenal? Nak senang orang panggil buaya je.

Baca tak news pasal kisah buaya yang mengganas di Daerah Saratok, Sarawak? Tak tau la betul atau tak, baca dalam Metro minggu ni orang-orang kampung cakap buaya tu sebesar Perodua Myvi. Semua orang tau macam mana rupa Perodua Myvi kan? Boleh imagine besar mana buaya tu? Chipmunk baca lagi, 2 bulan lepas ada seorang nelayan kena baham masa tengah tangkap udang. Belum lagi kisah Abang-Abang Bujang ni baham lembu-lembu penduduk kampung. Yang ni, yang Chipmunk baca hari ni. Nelayan beri salam lepas terserempak buaya dan Dua lagi masih diburu. Biasanya orang-orang kampung percaya yang buaya ni pandai berdendam. Betul atau tak Chipmunk tak tau la. Bapa Chipmunk yang selalu cerita, nenek pun ada jugak. 

Cerita pasal si Abang Bujang ni kan, Chipmunk teringat pulak kat kampung. Dah dekat 2 tahun tak balik. Balik rumah pun setahun yang lepas. Balik kampung lagi la jangan harap. 


Klik kalau nak tengok lagi jelas

Kampung bapa di Daerah Simunjan, dalam Bahagian Samarahan. Oh ya, Chipmunk berasal dari Miri. Nak balik kampung Bapa selalu balik naik kereta, dalam 10-12 jam perjalanan. Kalau balik selalu stay kat rumah makcik, kakak kepada bapa. Rumah betul-betul tepi sungai. Kalau tak disebabkan ada Abang Bujang, dah lama kitorang adik beradik terjun mandi sungai. Arrow tulis SARATOK tu lah tempat Abang-abang Bujang ni kena buru. Nampak macam dekat je kan? Tapi agak jauh la jugak. 


Nampak tak feri tu? Kalau nak menyeberang sungai, kena pakai feri. Dalam setengah jam jugak la dari seberang nak ke seberang. Sungai ni namanya Sungai Sadong. Chipmunk pernah baca novel title Bujang Senang, Legenda Sebuah Cinta karya Dr. Idris Boi. Latar tempat novel ni di Sungai Sadong. Nak tau banyak pasal kisah-kisah negeri Sarawak boleh lah cari novel ni.

 Feri tadi dah dekat dah


Chipmunk dengan cousin, Sofea suka lepak sini. Time ni air pasang. Kalau tak takutkan Abang Bujang dah lama letak kaki dalam air. Tapi fikir-fikir balik kalau ada Abang Bujang mau ditariknya terus masuk dalam mulut. 


 Ni la view yang Chipmunk tengok kalau ber'calling-calling' dengan En. Barney. Kat rumah takda line. Terpaksa la bertenggek kat jambatan merentas 'sungai kecik' kat depan rumah ni. 

 Bapa Chipmunk time tunggu nak sampai seberang

Keluar dari feri nampak signboard ke pekan Simunjan.

p/s : rasa nak menangis je masa tengah taip entry ni. RINDUNYA!

20/07/2011

Dulu dan Sekarang

Siapa kenal Gregor Mendel? Budak-budak Form 5 yang ambik Biologi mesti boleh jawab kan? Tadi buka google chrome tengok google ada image cantik-cantik. Macam ni...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Dan kalau klik kat Google tu pulak dapat macam ni..



It's Gregor Mendel's 189th birthday. Ala, yang buat Mendel's First and Second Law tu. Kalau cari dalam buku teks Biologi Form 5 mesti ada. (Dulu la, sekarang tak tau pulak silibus macam mana. Kot-kot dah bertukar).

Dulu masa Form 5 suka sangat part hukum-hukum Mendel ni. Notes siap colourful lagi. Tambah pulak cikgu Biologi, Mr Lee adalah cikgu favourite satu kelas. Tapi bila beliau masuk kelas semua kecut. Dan muka ni jugak la yang beliau aimed orang bertuah yang pertama untuk jawab soalan-soalan killer beliau. Bila masuk matrik, ada jugak belajar pasal ni. Masih ingat dulu, lecturer Biologi masa tu, Miss Collina buat kuiz pasal Mendel's Law dan yang sewaktu dengannya dapat full mark. Sebab tu bila masuk universiti, ambik course Genetik. Ingatkan banyak la belajar pasal benda-benda ni. Tapi actually tak pun. Ada tu ada tapi tak banyak.

Bila tengok google hari ni. Semua benda lepas-lepas ter-refresh balik. Zaman nakal suka kenakan cikgu sejarah. Masa matrik yang memang tak tau nak describe macam mana. Sampai la masuk universiti, jauh dari family, jauh dari rumah dan jumpa En. Barney. EH?

Tadi kan cakap pasal Mendel. Kenapa boleh melencong pulak ni?

p/s : En. Barney baca ni tak tau la faham tak. Nanti kalau dia tanya tu tau la dia tak faham.

18/07/2011

Dear Harry part 2...

Kat sini Chipmunk ada cerita yang last saturday nak pergi tengok Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 kan. Nasib baik En. Barney minta tolong kawan belikan tiket siap-siap, kalau tak jangan harap la nak tengok time weekend. Ticket memang totally sold out. Semua orang tunggu kot movie HP yang last ni, mana tak sold out. Nak tengok weekdays pun jangan harap memandangkan En. Barney dah balik rumah plus dah start kerja. Anyway, thanks En. Barney sebab susah-susah datang Bangi bukan sehari tapi dua hari berturut-turut. 


Baca novel Harry Potter and the Deathly Hallows tak ingat la tahun berapa. So, bila tengok movie ni dah lupa-lupa ingat pulak cerita macam mana. Tapi bila dah lama sikit tu, refresh balik memory masa baca novel. Actually kan, mengharapkan dapat feel yang sama masa baca novel dengan tengok movie. Tapi a bit disappointed la kat situ. Masa baca novel tak tau la kenapa pulak rasa sedih sangat-sangat sampai mak hairan mata merah macam orang menangis 3 hari 3 malam tak berhenti. Rupa-rupanya sebab air mata tak nak berhenti mengalir baca novel HP. Tapi tengok movie ni tak rasa sedih langsung pun. Puas ingat balik part mana la yang sedih sangat sampai menangis tak ingat dunia tu. Maybe part yang Harry Potter tau pasal Severus Snape tu kot.

Kadang-kadang, bila dah tau jalan cerita tu macam tak excited sangat la pulak nak tengok movie. Just rasa macam tak lengkap kalau tak tengok movie sekali. Tapi masa part last di platform 9 3/4 tu rasa macam ada kurang pulak. Kalau tak silap, anak Hermione dan Ron ada kenakan anak si Malfoy ni. (Tak boleh nak buat revision sebab novel ada kat rumah). Tapi dalam movie takda la pulak sebab tu yang Chipmunk tunggu-tunggu kalau movie yang ni keluar. Sekali tengok takda la pulak. Macam la tak tau kalau tengok movie mesti ada part yang kena potong. Just untuk movie yang last ni diorang minimize kan. Yela, dah nama pun last. Tak kan nak potong banyak-banyak kot. Yang paling penting, rasa pelik pulak tengok diorang dengan anak masing-masing. Kelakar pun ada. Bukan Chipmunk sorang je. Orang lain pun gelak jugak.

Taip entry rasa macam sambung cerita Harry Potter pulak. Mana la tau boleh inspire J.K. Rowling sambung balik cerita En. Harry ni. Ceh.

15/07/2011

Dear Harry...




Siapa yang tak tau cerita Harry Potter? Tak kisah la either novel atau movie sekalipun. Chipmunk suka baca dan tengok sebab kadang-kadang yang dalam novel takda dalam movie. Dekat rumah pun novel Harry Potter pun siap susun kemas-kemas lagi dalam almari. Sayang tu. 

Movie ni start keluar masa Chipmunk sekolah rendah lagi. Dalam darjah 4-5 kot. Dah lama dah, tak berapa nak ingat sangat. Rasa-rasa macam darjah 5 kot. First sekali, Harry Potter and the Philosopher's stone. Dulu, parents Chipmunk agak strict jugak la. Nak kuar rumah pun susah melainkan nak main petang-petang pukul 5-6 every weekend je. Tu pun kat area sekolah je. Biasalah anak-anak cikgu, tinggal kat kuarters cikgu kan.  (Kat Sarawak pukul 6 lebih dah maghrib, haruslah pukul 6 tu kena masuk rumah). Kalau nak keluar dengan kawan-kawan ke bandar tu jangan harap la. After Form 5 baru dapat pass untuk keluar ke bandar dengan kawan-kawan. Tu pun, parents mesti tau keluar dengan siapa dan before 5 dah kena sampai rumah. (Sekarang pun sama jugak, cuma kepala dah makin keras. Pukul 7-8 adalah waktu standard sampai rumah). Jadi nak keluar tengok wayang dengan kawan-kawan memang takda harapan la jawabnya kan.

Dah tak dapat nak tengok wayang, Chipmunk pun dengan gigih tanya kawan-kawan siapa yang ada DVD Harry Potter kononnya nak pinjam. Dan nasib memang baik lah, jiran sebelah rumah pulak yang ada. Nak tengok pulak satu hal. Bapa memang payah sikit kalau anak-anak beliau pinjam DVD dan yang sewaktu dengannya kat orang lain ni. Kalau buku takpa pulak. (Biasalah, cikgu disiplin katakan). Dah nak sangat tengok En. Harry ni, Chipmunk curi-curi tengok masa parents takda kat rumah dan nasib baik both of my parents mengajar waktu petang dan boleh la tengok senyap-senyap kan? (Punya la determine nak tengok En. Harry and the gang ni). 

Bila ingat balik rasa kelakar pulak kan. Esok nak pergi tengok part last Harry Potter and the Deathly Hallows dengan En. Barney. Rasa macam sayang pulak bila cerita Harry Potter and the gang ni dah habis. Yela, membesar dengan cerita Harry Potter kan. Bila dah habis, rasa macam cepat sangat masa ni berlalu. Rasa sedih pulak, lepas ni takda dah movie Harry Potter yang ditunggu-tunggu. 


Orang yang sama tapi masa je yang berbeza. Lain kan? (^_^)

12/07/2011

Eh, Orkid la!

Quick Update!
Kat kolej tak boleh online dan kat tempat kerja agak busy sampai tak sempat nak log in facebook pun. Nak pinjam broadband En. Barney, En. Barney pulak dah balik rumah tinggalkan Chipmunk sorang-sorang. Eh?

Last saturday masa semua orang tengah kecoh-kecoh dengan you-know-what, En. Barney, Chipmunk dan juga bestfriend Chipmunk, Cik Juju Y.J. dan kawan Cik Juju Y.J. menggedikkan diri untuk keluar ke Floria 2011 even dah kena pesan dengan parents masing-masing jangan pergi mana-mana. Datang-datang je seronok sangat sebab dalam kepala dah fikir, mesti banyak bunga orkid. Geram sangat tengok orkid-orkid cantik sambil fikir kalau bawa balik rumah bagi kat nenek sayang mesti nenek suka. (Even tema Roses Are Forever, bukan orkid).

Malas nak bebel panjang-panjang, tengok gambar lagi bagus. Kan?




















09/07/2011

1st Give Away Lucky Draw d'Sweetchoc

Yang ni pulak Cik Ziela yang tag. Dah coursemate tersayang ni tag, jadi Chipmunk join je la. Nak try nasib jugak. Kot-kot bertuah ke. Lagi-lagi pasal Chocolate. Klik je kat banner di bawah untuk maklumat lanjut.


Chipmunk nak tag

Mispurple yang sangat purple
Cik Yana

Mega Giveway by Yana dan Cik Putih

Alhamdulillah..
After all this time, Chipmunk finally terbuka pintu hati nak join contest-contest bagai ni. Mood elok kot. Thanks to sis Aisyah Abdullah sebab tag Chipmunk.

Okay, cakap pasal contest pulak. First ever contest yang Chipmunk nak join ni is Mega Giveaway by Yana and Cik Putih. (Klik nama kalau nak pergi blog Cik Yana dan Cik Putih ni). Klik je banner kat bawah untuk tau lebih lanjut mengenai GA ni. Simple je dan hadiah pun menarik. (Nak tau hadiah apa, boleh klik SINI)


Follow sudah, like fanpage pun sudah. Tinggal nak tag kawan-kawan dan letak list sponsor pulak!

Senarai sponsor :


Sekarang Chipmunk nak tag tiga orang yang bertuah pulak.

Si Puteh VS Ken & ChaCha

Dah lama nak post yang ni, tapi kat kolej tak boleh online dan ni pun pinjam broadband En. Barney. Actually ada banyak idea nak buat entry baru tapi terbantut sebab tak boleh nak online je.

Now, mari kita tengok gambar dulu.

Si Puteh

Ken & ChaCha


Si Puteh ni kucing yang nakal dan jahat plus suka buli tuan yang dah lama Chipmunk tinggalkan kat rumah. Ken & ChaCha ni pulak Chipmunk baru beli last saturday.  Chipmunk sebenarnya bukan nak cerita pasal si Puteh pemalas lagi kuat makan dan kuat tido. Tapi Ken & ChaCha.

Last saturday kan, atau pun sunday. Tak ingat tapi either dua tu la. Chipmunk try la pujuk En Barney bagi Chipmunk bela kura-kura. (Dulu pernah tanya dan tak dapat approval. Jadi tak boleh la). Try punya try angin En. Barney baik pulak bagi green light. Kitorang pun pergi la cari benda bercangkerang ni dan last-last jumpa benda 2 ekor kat dalam gambar di atas. Nama ChaCha tu Chipmunk yang bagi. (Sebab tak pernah belajar menari chacha dari koreografer kolej, nama kura-kura ChaCha pun jadi la. Ok, TIPU). Dan nama Ken tu En. Barney yang bagi. Jangan tanya Chipmunk why, tanya la En. Barney sendiri. 

Chipmunk dan En. Barney take turn jaga budak 2 ekor ni. Dan En. Barney tersangat lah excited dengan binatang-binatang ni. Tapi kitorang still baru lagi dengan kura-kura ni, jadi banyak jugak la yang kitorang tak tau. If siapa-siapa yang ada bela kura-kura atau pernah bela kura-kura, sudi-sudi kan lah share tips macam mana nak handle benda hijau yang comel ni. 

 Ken si kura-kura jantan

ChaCha si kura-kura betina



En. Barney kalau bagi makan diorang ni cukup suka

p/s : Semalam En. Barney bagi surprise. Nak tau tak apa?

Sayang lebih la macam ni.

02/07/2011