29/02/2012

Tolak ansur itu penting ya murid-murid


warning : Ini entry berbaur kemarahan dan ketidakpuasan hati. (Kalau anda tidak begitu, buat apa nak terasa hati. Tepuk dada tanya selera). 

Hal ini terjadi semalam di area Pasar Malam Seksyen 16, Bandar Baru Bangi. Seperti biasa, lebih kurang 5.45 petang Chipmunk dan En. Barney serta beberapa orang kawan lagi bergerak la menuju ke pasar malam. Bila dah pergi tu mesti la nak balik pulak kan.

Nak dijadikan cerita, masa nak balik tu terpaksa la lalu jalan yang sempit. Tu pun sempit sebab kereta parking kat bahu jalan. Nak senang katanya, tak payah jalan jauh-jauh. Biasalah, kita ni pergi pasar malam memang memborong sampai 10kg barang tu. Tu yang payah sikit nak jalan jauh-jauh ni. Tambah pulak orang Bangi ni semua kaya-kaya. Kereta besar-besar je yang ada. Lagi la bertambah sempit jalan yang sedia ada sempit tu. 

Jujur Chipmunk cakap, even kalau jalan sempit mana pun kalau driver tu masing-masing faham maksud tolak ansur tak apa. Ni tak, harap belajar tinggi-tinggi tapi tolak ansur pun tak paham. Malu la wei, dah besar panjang kot. Budak darjah satu pun paham tau apa itu tolak ansur. Yang dah besar panjang ni pulak yang tak paham. Tak ke malu?

Yang paling buat kitorang panas. Bukan sahaja kitorang ni, kereta belakang pun sama dan even kereta yang bertentangan arah pun sama. Gara-gara satu kereta alza putih dengan driver perempuan plat kereta bernombor WTR 6184. Siapa tak bengang, masa kitorang tengah menyusuri laluan yang sempit tu dengan deretan kereta di belakang. Perempuan ni boleh pulak drive dengan lajunya around 40km/j - 60km/j di jalan yang sempit-sempit tu. Alasan dia, nak suruh kitorang bagi laluan kat dia la tu. Sebab before tu memang dah bagi laluan kat banyak kereta. Tapi kereta bangang ni drive laju-laju pun tak sedar yang kereta dia tu besar, nak lalu pun tak muat. Tadi bukan main laju, sekarang tak boleh jalan. Tak ke bangang namanya tu? Punya la ego taknak reverse balik sebab kat belakang tu memang tak ada kereta langsung! Nak kitorang dengan deretan kereta kat belakang tu jugak yang reverse. Ni la dasar orang fail bahasa melayu, tolak ansur pun tak paham. Dia nak tunggu kereta berderet kat belakang dia baru nak reverse balik. Eh perempuan, kau ingat kereta kau tu boleh terbang ke?


Tengok! Sampai motorsikal pun tak boleh nak lalu tau. Kereta alza putih tu KECIK sangat. Time ni memang dah bengang gila la. Kalau dia reverse masa awal-awal tadi memang tak akan stuck sampai macam ni la. Ni dah la menyusahkan semua orang. Yang lagi buat kitorang panas hati, setiap motorsikal yang lalu di sebelah kereta WTR 6184 ni, dia turunkan cermin tingkap lepas tu cakap apa entah. Tu yang kitorang cakap, ni mesti nak salahkan side kitorang sebab tak bagi dia lalu ni.


Last-last, side kitorang ni jugak yang mengalah. Yang kelakarnya perempuan ni, bila lalu sebelah kitorang boleh pulak buat-buat bercakap dalam phone tapi ekor mata pandang kitorang. Kalau memang yang perempuan tu betul, mesti dia berani nak pandang kitorang balik kan? Tadi bukan main lagi tunjuk-tunjuk, sekarang mengecut pulak. Kitorang memang dah sedia perhatikan perempuan yang tak reti nak bertolak ansur ni. 

Entry ni Chipmunk taip bukan nak menjatuhkan perempuan tu. Tapi sebagai peringatan untuk diri sendiri dan yang lain. Kalau perempuan ni baca pun, maaf la ye sebab terkasar pulak. Tapi sedar-sedar la sikit dan ingat-ingat lah. Kita ni hidup bermasyarakat. Kena saling bertolak ansur sesama sendiri. Tak elok pentingkan diri sendiri. Tak ke mana pun dengan sikap pentingkan diri sendiri tu. Dan bukan rugi apa-apa pun kalau kita bertolak ansur dengan orang lain. Dapat pahala lagi adalah.

28/02/2012

Tercipta hasil daripada cetusan idea yang kreatif


Dua hari ni mood untuk berblogging tu menghilang pulak. Lari mana entah. Tapi, ada tapi jugak! Sempat lagi Chipmunk google gambar-gambar design meja yang menarik yang jarang atau mungkin tidak akan kita jumpa. Nak tengok tak? ada sepuluh gambar semuanya.

Cardboard Table

Periodic Coffee Table
student chemistry boleh la beli meja macam ni ye.

Endless Nile Table

Switch Table
tengok, kerusi pun comel je

Flinstone Table
memang sebijik kereta kartun Flinstone

Jigsaw Table
yang ni style kan? kalau tak guna boleh buka-buka dan simpan.

YinYang Table

Yo Yo Table
macam kerusi pun ada

WIRO Table

Love Me Table
yang ni paling Chipmunk suka. Cuba perhati betul-betul. Cantik kan?

sumber : INI dan INI

25/02/2012

Siapa Minat Main Chess?

Chess ini bagi aku adalah satu permainan yang unik sebab memerlukan strategi yang berlainan sepanjang masa. Kalau otak seseorang tu kreatif dan tahu cara nak kalahkan lawan dia, mesti boleh menang. Selain itu, bagi aku main chess nie macam kita tengah berperang dengan lawan kita. Haha! (terlebih daya imaginasi pulak aku nie) ^^

Apa yang aku nak kongsi kat sini bukanlah sejarah chess atau pun cara pergerakan chess itu sendiri. Sebab kalau korang tak tahu sejarah chess boleh je search kat google. Kalau tak pun, korang boleh klik sini (kalau dah malas sangat).

Aku nak kongsikan dengan korang adalah design2 chess yang pelik-pelik dan unik. Ada yang cantik, ada yang biasa je dan ada yang pelik-pelik. Biasalah manusia kadang-kadang suka buat benda pelik-pelik. Dari aku membebel lama kat sini, baik korang layan gambar-gambar yang kat bawah nie. Lagi best!

























p/s : Teringat dulu aku maen chess kat ukm nie. Macam nak pecah kepala dah. Lawan hebat-hebat. Boleh sakit jiwa aku di buatnya. Masa tu jugak jumpa chipmunk. *blushing*


Gambar : Google Images

24/02/2012

Dah ada FB Page sendiri.


Hari ni dengan rasminya nak mengumumkan blog chipmunkandbarney.blogspot.com ni pun dah ada FB page sendiri. Ceh, macam la ada yang nak like kan. Bukannya blogger famous macam Fatin Liyana, Cik Lyssa, Hanis Zalikha mahupun kak Diana GreenApple.

Apa-apapun kita fikir positif. Tujuan utama nak buat FB page ni sebenarnya nak memudahkan blogger-blogger lain jugak. Siapa yang memang berminat nak like tu lagi la kami berbesar hati menerima. Berbalik pada tujuan tadi kan, ada beberapa sebab jugak kenapa buat FB page ni.


  • Sebarang pertanyaan, tak kisah la berkenaan dengan apa sekalipun boleh la tanya terus di sini. Kalau kat shoutbox mungkin akan terlepas pandang ataupun lambat reply. Komen pun sama jugak macam tu. 
  • Mana-mana blogger yang nak promote entry, nak promote blog tu sangat-sangat dipersilakan. Tapi ada syaratnya jugak tau, jangan promote benda yang bukan-bukan dan merapu. 
  • Senang sikit nak share info kat sini. Kalau buat entry kat blog banyak-banyak dalam satu hari mesti ada entry yang akan terlepas pandang.
  • Yang paling penting, dapat berhubung dengan blogger-blogger lain bukan kat blog je. Kalau nak bagi add FB, FB chipmunk ni memang susah sikit nak cakap. En. Barney pulak jarang-jarang buka FB. Jadi ada page ni senang je la kan. 
  • Tak nak kalah dengan Cik TengTeng. Cik TengTeng pun ada page sendiri, Chipmunk pun nak jugak. (Okay, ini dah sangat merapu).
Macam menjawab paper Bahasa Melayu dah ni. Ni la akibatnya kalau jadi anak Cikgu BM. Setiap ayat itu haruslah puitis dan gramatis bak kata bapa.


Chipmunk ada letak kat sidebar, siapa-siapa yang nak like tu terima kasih sangat-sangat la. Jangan lupa kalau nak promote latest entry pun boleh jugak tau. Nak tanya apa-apa pun, tanya je la. Chipmunk dan En. Barney dua-dua makan nasi. Tak makan orang pun. Cuma sekarang ni la dalam proses diet, taknak makan nasi. Ataupun boleh klik


p/s: kalau nak follow twitter Chipmunk boleh klik sini dan twitter En. Barney boleh klik sini.

23/02/2012

Hasil Seni Cik TengTeng


Malam tadi bapa Chipmunk bising-bising mencari charger phone beliau. Memandangkan phone beliau dah memang tak boleh diselamatkan lagi keadaan baterinya. Chipmunk senyap je la kat ruang tamu sambil blogwalking sebab memang tak pakai charger yang macam tu pun. Sekali Chipmunk dengar bapa membebel. Chipmunk pelik, apa lah yang bapa bebelkan tu. Rupanya membebel tengok keadaan charger phone dia yang dah macam ni.. (sorry, gambar tak berkualiti. Kamera phone je pun).



Nampak yang dalam bulatan merah tu? Tu la hasil gigitan Cik TengTeng. Hampir putus dah. Dahsyat betul. Memang tak boleh pakai langsung lah. Cik TengTeng ni memang pantang tengok wayar-wayar macam ni. Mesti gigit. Adik Chipmunk dah 3 kali earphone beliau musnah. Ada yang putus 2-3 Cik TengTeng kerjakan. Tapi Cik TengTeng ni selamba je tido dengan muka yang tak bersalah beliau.


Berani la marah. Ni Cik TengTeng besarkan mata. Sila takut!

22/02/2012

Art of Paper Quilling


Suatu ketika dulu ketika Chipmunk tengah melompat dari satu blog ke satu blog (suatu ketika dulu lah sangat, baru beberapa hari lepas), Chipmunk tersinggah kat satu blog ni (nak tengok boleh klik SINI). Dan pada saat itu lah Chipmunk terjatuh hati dengan paper quilling. Ayat tak payah la nak berbunga sangat. Eh, kata orang seni. Haruslah berbunga kan (Eh, orang seni ke?). Orang seni la kot, mantan penari kolej dan juga merupakan ahli kelab teater kolej suatu ketika dulu. Boleh la tu kan jadi orang seni. Ok, stop merapu.

Tau tak apa itu paper quilling? Kalau dalam bahasa melayu tak tau la orang panggil apa. Sebenarnya paper quilling ni suatu seni atau kraf yang menggunakan jalur-jalur kertas. Tak kisah lah digulung dan dibentuk macam mana pun. Macam susah je nak buat benda ni, macam leceh je tengok. Tapi hasil dia, sangat cantik! Chipmunk ada google beberapa gambar, nak tunjuk apa paper quilling ni.






Teringin nak belajar buat paper quilling ni. Nanti boleh buat sendiri card guna paper quilling ni. Kad birthday, congratulation atau kad kahwin ke. Eh?

21/02/2012

Jom Main Masak-masak : Penne Carbonara


Semalam adik perempuan Chipmunk, Cik Asy request nak makan spagetti carbonara. Bukan dari semalam lagi sebenarnya tapi beberapa hari before tu. Chipmunk pernah buat sekali dulu tapi beliau tak sempat nak merasa. Jadi semalam baru sempat nak pergi supermarket. Beli bahan-bahan.



Tapi kali ni Chipmunk tak pakai spagetti tapi penne pulak. Nak buat ni senang je. Beli Prego Mushroom Carbonara tu. Tumis bawang besar dan bawang putih, masukkan 1 tin prego mushroom carbonara dan sosej yang dah dipotong nipis. Kemudian baru masukkan penne yang dah direbus sehingga lembut. Dan nak buat penne carbonara ni lagi sedap, Chipmunk tambahkan 125g keju cheddar. Ni dah bagi resipi terus ni. Boleh la try. Simple je. 

yang ni la rupa bentuk penne tu. (google)

ni lah prego mushroom carbonara yang Chipmunk guna. (google)

Kalau nak tukar kan penne tu jadi spagetti atau makaroni atau vermicelli pun boleh. Sama je. Selamat mencuba! 


20/02/2012

Blog Review : Ajim and The Wardrobe

Seperti yang dijanjikan, hari nie aku akan buat review tentang blog seseorang yang telah menjawab 'Teka Gambar' dengan jawapan yang hampir tepat iaitu En. Ajim. Nie first time aku buat review blog orang. Jadi, segala salah silap harap dapat dimaafkan. (En. Barney)

First of all, kita tengok header En. Ajim nie. Header dia simple je menggambarkan sifat lelaki yang sukakan sesuatu yang simple tapi sedap mata memandang. Dia juga ada beritahu yang parent dia berasal dari utara dan selatan.

"Mak aku orang utara while bapak aku orang selatan, so i'm ROJAK lah.
Oh Tuhan sedapnye rojak, kasi tabur kacang sket. Aisehmen!"






En. Ajim kita nie baru saja start berblogging. Teruskan usaha anda dan harap2 dia dapat ramai kenalan lagi. 1 lagi yang menarik, adalah qoute beliau. Aku agak tertarik jugak dengan kata-katanya.


"When people walk away from you, let them go. Your destiny is never tied to anyone who leaves you, and it doesn't mean they are bad people. It just means that their part in your story is over"




Jadi korang boleh lah terjah ramai2 ke blog dia. Ada jugak info yang berguna yang boleh kita baca. Korang boleh pergi ke blog En. Ajim nie di SINI. ^^

19/02/2012

Cik TengTeng ada DUA lah!


Ini adalah post ke 200 blog ni. So, kita lupakan pasal entry semalam (INI). Tapi before tu nak susun jari dulu nak minta maaf kot-kot ada yang terasa. (Eh, terasa ke?). Tapi sebetulnya Chipmunk bukan marah tau, just menyuarakan je. Baca betul-betul yang tu. 
 
Kata nak lupa tapi masih lagi cakap pasal ni kan. Apa lah. Kesian Cik TengTeng. Dah lama tunggu nak catwalk kat red carpet blog ni. Gitu la kan? Since Cik TengTeng ada FB Page ni, jarang Chipmunk update pasal Cik TengTeng. Semua gambar-gambar kucing diva ni Chipmunk upload terus dekat FB Page je. 

Kelmarin la kot, ada kawan baru Cik TengTeng datang melawat. Nama beliau adalah Cik Girl. Cik Girl ni kecik lagi dari Cik TengTeng. Bapa saudara mak yang punya. Bila beliau tengok Cik TengTeng dan Cik Girl ni leka sangat mengukur keluasan rumah Chipmunk ni dari dapur ke bilik mandi sampai la ruang tamu balik, jadi beliau pun benarkan Cik Girl ni bermalam kat rumah Chipmunk.

Chipmunk try nak ambik gambar kucing retis ni berdua tapi memang tak boleh. Gambar-gambar di bawah ni je yang termampu. Sebab dua-dua nakal yang amat, sibuk mengukur rumah sampai tak sempat nak duduk bergossip.






Sehari je budak berdua ni dibiarkan, memang tunggang langgang satu rumah. Bila dah lari sana lari sini tu, semua yang menghalang diorang langgar je. Pening kepala nak melarang sekor-sekor. Dan bila tengok balik gambar-gambar ni, Chipmunk pun confuse. Mana satu Cik TengTeng, mana satu Cik Girl

p/s: Kalau berminat nak kenal Cik TengTeng lebih dekat boleh like FB Page Cik TengTeng di SINI.

18/02/2012

Sila baca setiap patah perkataan untuk FAHAM.


warning: ini bukan entry tak puas hati atau menegur. Cuma menyuarakan. Maaf kalau ada yang terasa.

Ini dah masuk tahun keempat Chipmunk berblogging kalau nak diikutkan. Dengan blog lama dulu adalah nak masuk 3 tahun. Tapi tak berapa aktif pun dan kemudian Chipmunk delete blog tersebut atas sebab-sebab tertentu. Hampir setahun jugak Chipmunk stop blogging. Dan kemudian En. Barney ajak Chipmunk buat blog sama-sama. Dah hampir setahun pun blog ni. Tapi macam Chipmunk je yang lebih update blog. Mungkin ramai yang tak perasan kot yang blog ni ada dua owner.

Eh, tak perasan panjang pulak mukadimahnya kan. Straight to the point. Selama bertahun jugak berblogging ni, tak pernah pun Chipmunk post entry tak puas hati tentang blogger lain, atau menegur mana-mana pihak sekali pun. Dan hari ni ada something yang Chipmunk nak suarakan. Sila baca betul-betul, entry ni bukan untuk menegur atau menjatuhkan siapa-siapa tau.

Dunia blogging sekarang kan, kalau kita tengok ramai blogger yang letak butang follower yang macam dalam gambar di bawah ni...


Jujur Chipmunk cakap, Chipmunk tak berapa suka dengan cara macam ni. Nak tau kenapa? Ni Chipmunk cerita pasal hal kelmarin. Bila Chipmunk check shoutbox, ada seorang blogger ni bagitau Chipmunk something.


Mungkin ada yang cakap "budak ni, tu pun nak kecoh ke?". Tapi bagi Chipmunk bagusla macam tu, at least kita tau. Mula-mula Chipmunk hairan. Rasa macam dah follow blog ni tapi never mind just tekan la button follow tu lagi. Bukan susah pun. Lepas tu, Chipmunk suruh la blogger tu check lagi ada tak nama Chipmunk. Dan still beliau cakap tak ada jugak. Tu Chipmunk dah pelik. Masuk balik blog tu dan tekan balik button follow dan Chipmunk masuk page ni balik.


Bukan tadi dah follow ke? Tapi kenapa suruh follow lagi? Tu yang buat Chipmunk jadi tawar hati dan just tekan pangkah. Mood pun dah rosak. Nak follow pun dah tak ada rasa nak follow dah. Sebab tu Chipmunk tak suka cara macam ni. Bukan sahaja menyusahkan tapi merosakkan mood. Lagi suka muncul window yang macam ni.


Just klik follow, lepas tu boleh tengok sama ada kita dah follow atau tak. Senang dan simple. Dan tak ada lah orang anggap yang kita ni nak menipu. Kata dah follow, tapi tak pun.

Jangan ramai pulak yang unfollow aku lepas ni.

p/s: kadang-kadang nak jadi blogger ni, fikiran kena lah matang. tak la tersinggung atau mengecilkan hati mana-mana pihak.