31/03/2012

Tom and Jerry dan Cik TengTeng


Tau kartun Tom and Jerry? Mesti tau kan? Takkan la tak kenal. Kartun tu punya la famous dan punya la lama. Even semua tau pun pasal Tom and Jerry, tetap nak tepek jugak muka kucing dan tikus famous tu kat sini.


Kitorang satu family memang minat tengok kartun Tom and Jerry. Dari mak dan bapa Chipmunk sampai la ke adik-adik Chipmunk. Kalau time nak berbuka puasa tu, mau terlupa nak sediakan juadah berbuka. Sekarang, ada lagi yang terkena tempias penangan Tom and Jerry ni. Nak tau siapa? Scroll down dan tengok gambar di bawah ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
Siapa lagi kalau bukan kucing over ni, Cik TengTeng.

30/03/2012

Bonsai, Rumah dan Seni?


Tau apa itu bonsai? Kalau tak tau tu boleh la klik SINI untuk keterangan lanjut ye. Chipmunk sebenarnya memang suka bonsai. Tak tau kenapa. Bagi Chipmunk bonsai tu sangat unik dan setiap pohon tu ada seninya yang tersendiri. Tapi hanya mampu tengok je la, kalau nak memiliki tu memang tak mampu la ye. 
 
Tapi lain pulak bagi seorang artist Jepun ni, Takanori Aiba. Pohon bonsai yang memang sedia cantik, beliau cantik kan lagi dengan hasil tangan beliau. Nak tau apa yang Chipmunk maksudkan? Tengok gambar-gambar dibawah.











Entah berapa lama masa yang beliau gunakan untuk siapkan satu ni kan? Boleh pulak terfikir nak buat rumah pokok mini daripada bonsai.


29/03/2012

Spontaneous Thursday : Simple!


Hidup ini simple,
Kita hormat orang lain, orang lain mesti akan hormat kita balik

 gambar hiasan

28/03/2012

Wordless Wednesday : Siapa suka angkat tangan!



p/s: dengar-dengar nak datang Malaysia April ni. Entah betul entah tak.

26/03/2012

Pekan Teater Universiti : Anak Kerbau Mati Emak

Perhatian :
Ini adalah entry melekat sehingga hari pertandingan
Sila scroll down untuk entry terbaru.

Salam semua. En. Barney dan juga chipmunk memang join aktiviti kebudayaan kolej setiap tahun. Tahun ini sempena Pekan Teater Universiti (PTU), kolej kitorang akan mempersembah sebuah teater bertajuk 'Anak Kerbau Mati Emak'.

Poster 'Anak Kerbau Mati Emak'


Anak Kerbau Mati Emak ini adalah sebuah karya Malina Manja dan teater ini pernah dipentaskan di Istana Budaya. Skrip ini adalah dari zaman tahun 70-an. Kali ini kelab Prasada, Kolej Tun Hussien Onn akan mempersembahkan teater ini pada :


Tarikh : 26 March 2012

Tempat : Panggung Seni, UKM

Masa : Pukul 5.00 petang


Jadi, sesiapa pun yang duduk di area Bangi mahupun Kajang, anda dijemput hadir ke Panggung Seni, UKM. PTU ini berlangsung selama lima hari bermula 26-30 March 2012. Ini bermakna kelab teater Prasada adalah persembahan pertama sempena PTU ini.

Sebanyak 10 kolej akan menyertai PTU ini. Banyak juga persembahan yang korang boleh tengok selain dari Prasada ini. Harap sesiapa yang berpeluang datang tu, datang je. Juri-juri teater nie bukan calang-calang orang juga taw.

Blogger-blogger seperti Aran Serabut, Ayap, Hanis Manis, Joe Hassan dan Iznul juga terlibat dalam pertandingan ini juga. Diorang nie ahli Prasada. Peace! ^^


Joe Hassan dan Iznul

Joe Hassan tengah menghayati watak

Ahli Prasada yang tengah berehat lepas training

Pernah tak?


Chipmunk tau mesti ramai yang minat kucing jugak kan? Jadi bagi sesiapa yang memang gila kucing dan ada bela kucing tu tak kisah la sekor dua, kadang-kadang mesti pening jugak melayan kerenah kucing-kucing ni kan? Macam-macam gaya ada. Contoh macam gambar-gambar di bawah ni. Yang macam ni la selalu jadi kat rumah Chipmunk. Korang pulak macam mana? Pernah tak jadi macam gambar-gambar kat bawah ni?




sumber : catversushuman

25/03/2012

TengTeng Makeover


Dah lama Chipmunk tak post pasal Cik TengTeng si kucing nakal tu kan? Hari ni nak cerita la pasal Cik TengTeng. Before tu, nak tunjuk dulu lah Cik TengTeng ni. Yela, kot-kot korang lupa rupa Cik TengTeng ni macam mana.


Ha, ni nak cerita. Bukan nak ceritalah actually, nak tunjuk gambar je. Gambar-gambar masa makeover Cik TengTeng  hari tu. Tapi sikit la gambarnya ye, kalau nak tengok lebih boleh lah ke FB Page Cik TengTeng ni (klik SINI).




Bijak sangat Cik TengTeng ni kan? Habis tudung mak Chipmunk. Dia boleh buat dress pulak dengan tudung tu. Pantang nampak tudung mak dalam bakul baju. Memang ada je la dia menggedik nak membongkar tudung-tudung dalam bakul tu. Kucing bertuah!

24/03/2012

Review : Ingin Berkasih Lagi oleh Damya Hanna


Hari ni nak buat review novel lagi. Dalam busy-busy dengan Pekan Teater Universiti ni (taklah busy mana pun) sempat lagi nak menghabiskan satu lagi novel yang baru. Novel yang Chipmunk baru je habis baca ni karya seorang novelis yang memang tak asing lagi, Damya Hanna.



Novel ini mengisahkan Isyatul, seorang gadis biasa tapi mempunyai kehidupan yang cukup merumitkan. Cukup rumit sampai Chipmunk pun tak pandai nak ringkaskan macam mana. Dan jugak Amrin, lelaki yang ditolak pinangannya suatu masa dulu dan kini kembali semula dalam hidup Isyatul. Najwan pulak siapa? Dan apa kaitan Najwan ni dengan Isyatul? Hidup Isyatul dirumitkan dengan kes Farhan, abang Isyatul. Dan paling penting ayah Isyatul yang seakan-akan menyimpan suatu rahsia yang besar.



Novel-novel Damya Hanna ni memang semua best-best. Contohnya, Bicara Hati yang telah pun didramakan. Novel beliau yang baru ni pun tidak kurang bestnya jugak. Yang boleh Chipmunk simpulkan penuh konflik dan sangat rumit. Apa-apapun, peminat novel Damya Hanna jangan lupa beli novel beliau yang terbaru ni, iaitu Ingin Berkasih Lagi.

22/03/2012

Review : The Hunger Games - Bersama Nuffnang

Ok. Semalam dah review citer The Vow. Hari ini En. Barney akan review filem The Hunger Games pulak. But, first of all thanks to nuffnang again sebab bagi tiket free kat kitorang. Ramai jugak yang join contest ini. Memang nasib chipmunk baik sebab boleh menang. ^^


Filem nie mengisahkan tentang satu pertandingan survival antara 12 Distric yang dipanggil The Hunger Games. Pertandingan ini diwakili oleh 2 orang bagi setiap daerah. Bermakna The Hunger Games ini disertai seramai 24 orang peserta. Peserta akan dipilih secara rawak. Katniss Evedeen (Jennifer Lawrence) dan Peeta Mellack (Josh Hutcherson) yang mewakili Distric 12 menyertai pertandingan ini.

Mereka perlu mencari sponsor dan ada beberapa konflik yang berlaku sebelum pertandingan tersebut. Ada macam2 perkara yang terjadi semasa pertandingan ini. Kalau nak tahu, tengok lah sendiri. Cerita ini akan ditayangkan pada hari ini 22 March 2012.



Cerita ini adalah cerita action + drama. Jadi jalan cerita dia tak mendatar sebab ada konflik dan pembunuhan yang berlaku. Tak lupa jugak, komedi pun diselitkan. Sampai 1 wayang tu dok tergelak. The Hunger Games nie secara keseluruhannya ok. Citer dah best sebab kadang2 tu ada perkara yang tak disangka jadi.. Cume kadang2 pening sikit dengan kamera dia. kadang2 tu macam serabut pun ada. Jadi sebenarnya tak rugi pun tengok citer nie. Best! Overall rating aku bagi 7.0 la.

Mentor Katniss dan Peeta



'kepala' The Hunger Games




21/03/2012

Tayangan The Vow bersama Nuffnang


First of all, Chipmunk nak ucapkan banyak-banyak terima kasih untuk pihak Nuffnang sebab bagi peluang Chipmunk dan En. Barney tengok premiere screening movie-movie baru. The Adventure of Tin Tin dan Puss In Boots tahun lepas, The Vow semalam dan jugak The Hunger Games pada hari ni.


Jadi malas nak lengahkan masa dah, hari ni Chipmunk nak buat review tentang movie The Vow yang Chipmunk dan En. Barney tengok semalam dengan En. Nuffnang. Bagi siapa yang minat movie yang ala-ala A Walk To Remember, P.S. I Love You dan yang sewaktu dengannya Chipmunk syorkan pergilah tengok movie ni.


Movie ni mengenai sepasang husband and wife yang sangat-sangat sweet, Leo (Channing Tatum) dan Paige (Rachel McAdams). Tapi satu hari diorang ni kemalangan yang menyebabkan Paige koma dan mengalami severe memory loss. Sayangnya, Paige lupa semua memori bersama Leo dan hanya ingat perkara-perkara before tercetusnya konflik antara family Paige yang menyebabkan beliau berpindah. Itu before Paige bertemu dengan Leo. Nak tak nak, Leo terpaksa buat Paige jatuh cinta semula kat Leo. Yang merumitkan keadaan, bila family Paige campur tangan.

Movie ni agak sedih jugak lah bagi Chipmunk walaupun jalan ceritanya agak mendatar dan jugak ending yang tak memberi impak yang kuat. Chipmunk serius rasa nak nangis masa diorang kahwin tu. Lupa nak bagitau, yang movie The Vow ni sebenarnya based on true story. Kalau korang nak tau apa sebenarnya konflik yang dialami oleh family Paige dan jugak macam mana Leo nak tawan hati Paige ni balik dan sama ada Paige dapat semula ingatan beliau, boleh pergi ke cinema yang berdekataan mulai 22 March ini dan tengok movie The Vow ni.

Part diorang kahwin ni memang sweet sangat. Chipmunk yang nak menitis air mata time ni.

Paige tengah susun gambar. Nak bagi gambaran tentang memori beliau yang dah hilang

Nampak Pen Merah dan Cik Nisa Kay datang Screening The Vow ni. Terfikir nak tegur, tapi sebab takut salah orang diam-diam je lah. Mata Chipmunk ni bukan boleh percaya sangat. 

p/s: Tunggu review movie esok pulak ye

20/03/2012

Fly with Air Asia? Bagaimana?


Chipmunk perasan yang mesti ramai tak tau dan tak sure prosedur nak check-in dan sebagainya dengan Air Asia kan? Sebab bila Chipmunk bukak En. Nuffnang nak tengok keyword, mesti ada yang search mengenai Air Asia. Macam mana nak check in, boarding pass kena print atau kena gunting semua-semua. So, Chipmunk rasa better juka Chipmunk terang satu-satu sebab prosedur Air Asia ni lain daripada yang lain dan agak samar-samar. Chipmunk first time kaedah ni bertukar pun Chipmunk google jugak cara-cara dan keadah nak check-in ni.

1. Check-in
Terdapat tiga option macam mana nak check-in. Kalau dulu, kita just pergi counter yang ditetapkan, provide Kad Pengenalan, letak beg, then dapat boarding pass. Dah siap dah, tapi sekarang lain. Semuanya dah berubah. Kita tengok apa tiga option tersebut


  • Web Check-in : Nampak tak anak panah tu tunjuk mana? Boleh klik kat situ dan masukkan. Kalau tak pun nanti Air Asia akan send email. Nanti kita just buka email tu dan klik terus untuk Web Check-in (yang ni yang Chipmunk selalu buat).
  • Mobile Check-in : Yang ni senang kalau phone tersebut adalah smart phone. Bila kita check-in via mobile, ada barcode yang kita kena download (contoh : gambar di bawah). Lepas tu, di airport nanti ada kiosk di mana kita boleh scan barcode tersebut. Chipmunk tak berapa suka cara ni sebab mesti failed je nak scan barcode tu. Kenapa entah. Chipmunk tak berasa sure pulak kalau kita boleh pergi counter untuk scan barcode ni jugak. Dan untuk pengetahuan, ada certain airport je yang dilengkapi dengan barcode scanner ni.
  • Counter Check-in : yang ni yang biasa kita guna sejak dulu-dulu lagi. Tapi sekarang, Air Asia telah mengenakan charge RM10 untuk perkhidmatan counter check-in ni. Dan mesti ramai yang terfikir, kalau kita boleh check-in free melalui web dan mobile check-in, kenapa pulak kita nak kena bayar semata-mata nak check-in?
2. Boarding Pass
Chipmunk selalunya akan dapat email right away after web check-in dan email tu mengandungi boarding pass kita. Boarding pass tu kita kena print tau. Just print sahaja. Tak perlu nak gunting-gunting sebagainya. Macam tu agak leceh. Macam mana yang kita print tu, macam tu lah boarding pass kita. Tapi untuk mobile check-in Chipmunk tak berapa sure. Kalau tak silap Chipmunk, barcode scanner tu dilengkapi dengan perkhidmatan printing boarding pass sekali.

3. Baggage Drop-Off counter
Bila dah check-in dan boarding pass di tangan, beg kita macam mana pulak kan? Yang ni agak confusing sikit. Dan bagi Chipmunk tak berapa sistematik. Yang ni kita boleh pergi mana-mana saja counter yang kita nak, tunjuk IC dan jugak boarding pass, serahkan beg dan settle.

Yang di atas ni untuk penerbangan domestik tau, kalau antarabangsa Chipmunk tak sure. Nak kepastian boleh masuk website airasia.com dan rujuk FAQ atau boleh tanya terus. Chipmunk sebenarnya dah naik bosan turun naik flight nak balik rumah. Yela, hampir 5 tahun belajar kat tempat orang. Dah terbiasa dengan Air Asia ni. Jadi Chipmunk saja nak kongsi apa yang Chipmunk tau. Kalau ada information yang salah atau tak tepat, bagitau lah ye. Boleh lah Chipmunk betulkan.

19/03/2012

Review : Sepupuku Suamiku oleh Lynn Allyna


Dalam entry yang INI, Chipmunk ada bagitau yang Chipmunk ada beli satu lagi novel guna voucher yang Chipmunk dapat. Dan Chipmunk ada cakap yang tunggu Chipmunk buat review mengenai novel tersebut. Sorry sebab Chipmunk sebenarnya terlupa, ingat balik pun sebab kemas-kemas buku semua nampak novel ni and then terus teringat pasal review novel.

Novel yang Chipmunk dah habis baca dan Chipmunk nak review untuk entry kali ni adalah ini....



Sepupuku Suamiku oleh Lynn Allyna

Tengok tajuk dah tau motif utama novel ni kan? Sebenarnya Chipmunk baca online je Sepupuku Suamiku ni dulu dekat penulisan2u. Lepas tu Chipmunk tak ingat kenapa Chipmunk stop baca, maybe sebab busy kot. Bila nak top-up balik chapter yang tertinggal baru lah Chipmunk tau cerita tu nak dibukukan. Dan hari tu baru berkesempatan nak membeli. Tu pun guna voucher sebab ada lagi lebihan RM10 dan novel ni pun diskaun 10% time tu. 

Novel ni berkisar tentang dua orang sepupu ni, Nana dan Hisyam. Nana ni memang dah lama syok kat Hisyam tu pun. Tapi sayang Hisyam ni dah bertunang dan nak berkahwin. Tapi kemudian bila tarikh perkahwinan semakin hampir, tunang Hisyam memutuskan pertunangan dan Nana kemudiannya terpaksa menjadi galang ganti. Tapi, ada tapi lagi tau bila Nana dan Hisyam bahagia dengan kehidupan mereka sekarang, bekas tunang Hisyam muncul kembali dengan rancangan-rancangan beliau. Apa rancangan-rancangan tu? Dan bagaimana dengan Hisyam dan Nana? Yang tu, Chipmunk tak boleh nak story kat sini lah. Kena baca sendiri. Overall novel ni menarik. Macam mana kehidupan Hisyam dan Nana lepas diorang bercerai dan semua-semua tu lah. Try la baca, best!

18/03/2012

koMik Je #9

Jom layan baca komik. ^^





Aku cukup suka la komik2 karya Miss Morbids nie. Tak tahu la kenapa. Saje share ngan korang. Harap korang suka. Kalau nak baca komik yang lain, sila ke laman web Miss Morbids.

17/03/2012

Baby Yuwais yang Comel!


Entry ini specially dedicated buat seorang kawan baik Chipmunk. First of all, Chipmunk dan En. Barney nak ucapkan tahniah buat Puan Nur Izzati dan jugak Encik Iskandar di atas kelahiran putera sulung mereka. Wei, formal sangat ni dah kenapa? Apa-apapun congrats ye Ezad dan jugak Is. Klik SINI untuk ke blog Ezad.


Ezad ni adalah best friend Chipmunk yang paling awal kahwin. Masa sekolah-sekolah dulu, beliau lah yang paling kuat menegaskan yang beliau akan jadi orang yang paling last sekali berumahtangga. Sekarang, tengok siapa yang kahwin dulu. Ha, adik-adik kat luar sana tu jangan tuding-tuding jari siapa kahwin dulu tau. Nanti jadi macam Kak Ezad ni.

Dulu masa Ezad ni muda-muda, beliau yang selalu ikut Chipmunk pergi mana-mana pun. Rumah pun dekat. Sebab tu bila Ezad ni dah kahwin Chipmunk senang sikit nak lekat kat rumah. Bak kata parents kitorang kaki dah tempang sebelah dah, tak ada geng nak meronggeng dah.

Masa Chipmunk balik Miri hari tu, sempat jumpa sekali je dengan mak buyung ni. Sorry sangat-sangat. Segan nak datang rumah sorang-sorang. I ni kan penyegan orangnya (memang kena bahan aku kalau diorang semua baca). Dan pada 7hb Mac hari tu, Ezad selamat melahirkan seorang baby lelaki yang comel bernama Yuwais Bin Iskandar. Simple je nama kan? Tapi Chipmunk tak sure la pulak apa maksud nama tu, tunggu mak baby Yuwais ni yang jawab. Cerita punya cerita tapi tak tunjuk pun gambar si comel kan? Dah tanya dah, nak culik gambar baby Yuwais nak letak dalam blog untuk korang semua tengok.




Comel kan? Tapi Chipmunk terkilan sangat sebab masa kenduri dulu pun Chipmunk busy tak boleh balik Sarawak. Masa baby Yuwais ni lahir Chipmunk dah balik Bangi pulak. Tak apa lah, asalkan dapat tengok gambar pun jadi lah. Apa-apapun Chipmunk dan En. Barney mendoakan agar baby Yuwais menjadi anak yang soleh, bijak pandai serta menjadi insan yang berjaya dan menjadi kebanggaan ramai bila dah besar nanti.