19/01/2014

Pelakon Korea Cantik

Hari tu dah pernah buat entri untuk Pelakon Korea Handsome (Part I dan Part II). Dah cuci-cuci mata tengok pelakon yang handsome, kita tengok pelakon korea cantik-cantik pulak. Jujur cakap I suka tengok kulit pelakon korea ni. Flawless je. Macam list yang lepas, ini bukan lah Top 10 most beautiful Korean actress ke apa, tapi yang I pick random je. 



Actress Favourite I. Suka sangat tengok beliau berlakon. Plus beliau sangat cantik. First time tengok lakonan Kim Tae Hee, dalam cerita Stairway To Heaven. Watak jahat yang dibawa sangat berkesan. Rasa macam nak lenyek-lenyek dalam lesung batu je. Lepas tu mostly drama beliau I tengok. Love Story in Harvard, Forbidden Love, IRIS, My Princess dan juga Jang Ok Jung. Bila agaknya Kim Tae Hee dan Rain nak kahwin ni kan? Alamak, Qila comel jangan jealous ye. 



Yang I pernah tengok drama lakonan beliau, satu je, Yu Hee, The Witch. Lepas tu, terlepas pulak tengok  drama The Moon Embracing The Sun. Nak tengok sekarang drama tersebut memang tak lah. 



Pernah tengok sikit drama beliau Alone In Love dulu. Tapi tak ingat pulak kenapa tak tengok sampai habis. Berlakon dalam drama Personal Taste dan yang terbaru drama Shark



Gianna Jun tak banyak sangat berlakon drama. Mostly movie. Yang paling top sekali, movie My Sassy Girl. Untuk drama pulak, drama beliau yang latest adalah antara drama yang top sekarang, You Who Came From the Stars



Banyak jugak drama-drama Song Hye Kyo yang I dah tengok. Autumn In My Heart sudah semestinya. Selain tu,  Hotelier, All In, Full House dan That Winter, The Wind Blows



Seorang lagi pelakon korea favourite I. Berlakon dalam drama favourite, King 2 Hearts. Sebelum tu I pernah tengok lakonan Ha Ji Won dalam Secret Garden. Lupa pulak, movie 100 Days with Mr. Arrogant jugak. Cuma drama terbaru Ha Ji Won, Empress Ki belum tengok lagi sebab I rasa macam dah banyak sangat pulak drama korea yang I tengok sekarang. 



Satu je drama Han Hyo Joo yang I pernah tengok iaitu Spring Waltz cuma tak habis sebab time tu I tengah busy. Last-last tengok sampai situ je. Cuma teringin nak tengok movie Cold Eyes. Dari hari tu nak download tapi sampai sekarang tak download lagi. 



Marry Him If You Dare, Lie To Me dan Princess Hours. Semua I dah tengok. Kalau uolls tengok Running Man tapi tak tengok drama-drama Korea, ini lah aktres cantik yang selalu dikaitkan dengan Kim Jong Kook. Dah tengok Running Man episod 180? Hiks



Dulu I selalu confused Park Shin Hye dan Yoon Eun Hye. Muka pun macam lebih kurang je. Bermula sebagai pelakon kanak-kanak dalam drama Stairway To Heaven. Menangis-nangis I tengok drama tu. Especially part lepas ayah dia kahwin lagi. Blogger Lana kata, teringin nak tengok Park Shin Hye bawa watak yang pelbagai. Kira macam keluar dari comfort zone beliau. Kita tengok lagi tiga hingga empat tahun. Lagipun beliau muda lagi. Sekarang pun nama Park Shin Hye semakin meningkat naik selepas drama The Heirs. Mesti lebih banyak lagi drama Park Shin Hye lepas ni. 



Ini pun my favourite jugak! I suka tengok Song Ji Hyo sejak tengok filem beliau yang pertama lagi. Filem seram Wishing Stairs. Lepas tu, tengok Song Ji Hyo berlakon dalam drama Princess Hours dan movie Codename : Jackal. Hujung january ni pulak, drama terbaru Song Ji Hyo dan Choi Jin Hyuk (Kim Won dalam The Heirs), Emergency Man and Woman akan ditayangkan. Hopefully dapat lah tengok ni nanti. 

Macam yang I cakap awal-awal tadi, yang ni I pick random je. Ada lagi pelakon korea cantik-cantik yang uolls nak masukkan dalam list ni? 

p/s : entri autopublish

24 comments:

  1. Suka mereka semua..paling suka kim tae hee..dia sangat cantik...^^

    ReplyDelete
  2. kim tae hae ya nang serius kacak. natural beauty. kmk suka nya berlakon, wataknya semua menjadi.

    ReplyDelete
  3. lepas ni letak sally pulak laa...hahahaha :P

    ReplyDelete
  4. kak mia suka Son Ye Jin..... hehehe

    ReplyDelete
  5. minat kita sama, saya pun minat artis2 korea.

    ReplyDelete
  6. Son ye jin dalam Personal taste serabai gile..tapi die memang lawa pon...haha

    ReplyDelete
  7. Kmk tauk & pernah tgk lakonan Gianna Jun, Song Hye Kyo, Ha Ji Won, Yoon Eun Hye, & PSH. So Ji Hyo ya kmk tgk dlm RM jak.. ^_^

    ReplyDelete
  8. suka song ji hyo sebab tanpa make up dalam running man tu masih nampak cantik...hehehe.

    ReplyDelete
  9. Artis korea mne ad xok..semua muka cun jer...mmg dijaga kan...ad yv knal ad yg x..lama dh tinggal zaman korea ni..klu blaja mgkn akn follow jgk kot hihi

    ReplyDelete
  10. part flawless tu sis setuju..diorang memang cantik.

    p/s sis dah kembali :)

    ReplyDelete
  11. Assalam cik Aisya,

    Ku Hye‑sun, Choi Ji‑wo, Han Ji-min, Jang Nara & Kim So-eun.. cantik-2 tu.... Lakonan depa pon hebat-2.. ^^

    ReplyDelete
  12. memang artis korea cantik belaka...
    geram tengok kulit diorang yang licin aje...

    tak sabar nak tengok cite baru song ji hyo...
    dah tengok running man 180... ^_^

    ReplyDelete
  13. semua pun pelakon fav akak..cantik2 lakonan pun mantap..^^

    ReplyDelete
  14. Akk ni hmpir 99% tak kenal dgn smua pelakon korea ni.tp yg berlakon dlm citer stairway to heaven tu akk tau sbb pernah tgk citer tu,best citer tu,versi philipin pun akk tgk.hihi

    ReplyDelete
  15. awek running man lagi cun. okbai. haha

    ReplyDelete
  16. Hana paling suka Han Hyo Joo sbb character dia more to pure dan suka lakonan dia :)

    yg len minat Kim Tae Hee, Han Ga In, Song Ji Hyo ngan Yoon Eun Hye :)

    ReplyDelete
  17. hai aisya..
    ermm kalau akak suka tengok yg n0 3 dari bawah...macam comel gitew :)
    akak jarang tengok drama korea ni hehe..so,akak knew to suggest that any :)

    ReplyDelete
  18. mmg cantik..tp muka lebih kurang sepesen jer..hehe

    ReplyDelete
  19. Kamek suka nangga muka pelakon pemain tenis dalam cite my girl. Kacak da mukanya.

    ReplyDelete