Busy sikit beberapa hari ni. Tak sempat nak blogwalking, tak sempat nak taip entri. Sebab tu semalam suruh En. Barney yang update blog. Plus semalam ada workshop sampai pukul 5.00 petang. Rasa penat bukan main lagi sampai beberapa hari ni, pukul 9.00 malam Iolls dah berbungkus atas katil dengan selimut dan berdengkur. Except, berdengkur tu bukan nature I lah. Ehem. Awal betul tidur, padahal kerja tak banyak sangat pun. Quaterly report, monthly report semua dah settle dan hantar. Penat tak banyak kerja kot agaknya.
Er, dan sememangnya dah nature I suka melencong dulu sebelum ke topik yang utama. Maaf, maaf.
Actually dah lama dah habis baca novel yang ini, tapi tak berkesempatan nak buat entri. Sunan Nanggroe Sang Kembara ini merupakan novel yang terbaru dan novel yang ketujuh bagi siri novel Laksamana Sunan.
Sunan Nanggroe Sang Kembara
Ramlee Awang Murshid
Dek kerana fitnah dan dihukum bapa sendiri, Saifuddin menjadi perantau di bumi Serambi Mekah - Aceh. Banyak ranjau yang terpaksa dilalui sebelum bermukim di situ. Saifuddin diangkat menjadi anak asuhan Wali Sufi. Memilih mendalami agama Islam tetapi pada masa yang sama berminat dalam seni persilatan.
Ajaran Islam banyak
membentuk caranya bertingkah laku. Sentiasa mengiringi Wali Sufi ke mana-mana
dalam menyelesaikan urusan. Hatta, sering menjadi mangsa buli Djailuh dan Sadik
di gelanggan persilatan.
Kemunculan Ratna Sang
Ratu Sulaman menyusup ke Bumi Aceh hanya satu tujuan - membunuh Wali Sufi untuk
menghancurkan keampuhan Aceh dari serangan Kerajaan Pulau Utara. Namun Ratna
gagal melakukannya. Justeru, anak asuhan Maharani itu mensasarkan Saifuddin dalam
perjuangannya. Membunuh Saifuddin dipercayai bakal membunuh semangat juang Wali
Sufi.
Engku Aminah, anak
kerabat Istana Pagar Ruyong yang rupawan mula jatuh kasih pada Saifuddin
biarpun dalam tempoh yang singkat. Malangnya, Ratna menjadi batu penghalang.
Ada sekelumit rasa cemburu membajai jiwanya.
Kisah ini adalah kisah permulaan. Permulaan seorang Laksamana Sunan. Suka duka hidup sang perantau yang banyak likunya. Apa yang menyebabkan dan bagaimana Saifuddin sedikit demi sedikit berubah menjadi Laksamana Sunan, seiring dengan masa. Novel Laksamana Sunan kali ini lain sedikit daripada novel-novel yang terdahulu. Terutamanya dari segi karakter watak Saifuddin itu sendiri. Juga diceritakan mengenai permulaan seorang Ratu Sulaman, pertemuan pertama di antara Ratna dan Saifuddin, dan permulaan kisah Luna dan Saifuddin.
Memang terasa kelainan novel Sunan Nanggroe Sang Kembara ni berbanding novel-novel lepas. Banyak persoalan yang masih tak terjawab lagi dalam novel ini. Kena tunggu sambungan novel yang seterusnya lah. Haish, tak sabar pulak nak tunggu sambungannya.