After raya, perkara biasa bila dengar sana sini complain "Alamak, berat dah bertambah!", "OMG, pipi dah makin bulat" dan semua yang seerti dan semaksud dengannya. Pandang cermin, kemudian tampar-tampar pipi yang nampak bulat biar makin mengecik. Kalau lah semudah itu. Pasti pipi Iolls dah macam Taylor Swift dan bukan seperti di kala malam bulan mengambang. Well, biasalah. Tak raya lah kalau tak melantak macam seribu tahun tak makan dengan berbekalkan alasan "Alah, raya setahun sekali je". Betul tak? Lemang, ketupat, rendang, kari, dan segala macam yang boleh disumbat ke dalam mulut lantas mengenyangkan perut. Bila dah mula "meng-ular sawa-kan" diri baru nak ingat, patutnya berhenti sebelum kenyang. Ha, kan dah menyesal. Mula lah buat temu janji dengan Pakcik Google, search sana sini tips untuk kurus. Heh, membebel pulak perempuan ni kan?
By the way, kita lupakan perenggan di atas dan anggap ianya adalah sebuah iklan yang tak berbayar. Point utama yang I nak highlightkan kat sini adalah "Healthy Living" especially after raya ni. Tapi tak lah bermaksud lepas raya je kita kena amalkan gaya hidup yang sihat. Setiap masa, di mana jua anda berada. Second point. Betul tak? Bila cakap tentang gaya hidup sihat ni kan, why not kita mulakan dengan breakfast. Gantikan nescafe, coffee, ataupun teh biasa di awal pagi dengan Teh Hijau pula. I know, ramai yang cakap teh hijau tak sedap, tak kena dengan tekak, bla bla bla. Belum cuba belum tau, sama lah macam tak kenal maka tak cinta. Lidah tak rasa, minda tak tafsir macam mana hati nak suka?
Kenapa I buka cerita tentang teh hijau yang orang putih panggil green tea tu? Kenapa tak benda lain? FYI, Iolls ni suka sangat minum teh hijau kalau nak compare dengan teh biasa tu. Lagi-lagi, teh hijau Sushi King. Macam tengah minum teh hijau kat negara matahari terbit je. Kalau sebelum ni, Iolls beli teh hijau BOH tu je. Tapi sebab tak puas hati punya pasal, Iolls masuk lah mana-mana forum yang I jumpa dan baca brand teh hijau mana yang ramai orang rekomen.
Japanese Green Tea brand OSK. Rasanya serius sama macam green tea kat Sushi King tu. Sebenarnya dah berbulan juga cari brand teh hijau yang ni. Baru sekarang jumpa. I baca ada dijual di Jusco, Tesco, Giant dan pasaraya-pasaraya yang sewaktu dengannya. Orang-orang Miri boleh cari OSK Green Tea ni di E-mart. Giant atau Boulevard atau tempat-tempat lain tak sure pulak ada atau tak.
Jadi apa kaitannya teh hijau dengan gaya hidup sihat dan apa bezanya dengan teh biasa tu. Ni baru Iolls nak story mory kat uolls apa sebenarnya kebaikan teh hijau ni.
- Membantu dalam mengurangkan berat badan. Teh hijau meningkatkan kadar metabolisme. Polyphenol yang terkandung di dalam teh hijau bertindak untuk meningkatkan tahap pengoksidaan lemak dan juga kadar tubuh anda menukarkan makanan kepada kalori.
- Melindungi daripada penyakit diabetes. Teh hijau membantu mengawal paras glukosa dengan melambatkan peningkatan gula dalam darah selepas makan. Ini mengelakkan paras insulin yang tinggi yang menyebabkan penyimpanan lemak.
- Melindungi daripada penyakit jantung. Kajian saintis menunjukkan bahawa teh hijau bertindak ke atas lapisan salur darah dan memastikan ia kekal tenang dan mempunyai daya tahan yang lebih tinggi terhadap sebarang perubahan pada tekanan darah. Teh hijau juga melindungi daripada pembentukan darah beku yang menjadi punca utama serangan jantung.
- Melindungi daripada kanser. Ada bukti yang menyatakan bahawa teh hijau mengandungi bahan yang membantu dalam melawan kanser. Sebatian yang dikenali sebagai epigallocatechin-3-gallate (EGCG), membantu menghalang pertumbuhan salur darah.
- Mengawal kolesterol. Teh hijau mengurangkan Low-density lipoprotein (LDL) atau kolesterol 'tidak baik' dalam darah dan meningkatkan nisbah High-density lipoprotein (HDL) atau kolesterol yang 'baik' kepada LDL.
- Melindungi daripada penyakit Alzhemeir dan Parkinson. Teh hijau dikatakan melambatkan kemerosotan yang disebabkan oleh kedua penyakit tersebut. Kajian terhadap tikus makmal menunjukkan bahawa teh hijau melindungi sel otak daripada mati serta memulihkan sel-sel otak yang rosak.
- Mengelakkan kerosakan gigi. Kajian menunjukkan bahawa antioksidan catechin dalam teh boleh memusnahkan bakteria dan virus yang menyebabkan jangkitan tekak dan kerosakan gigi.
- Mengawal tekanan darah. Pengambilan teh hijau secara berterusan oleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.
- Mengelakkan kemurungan (depression). Asid amino semula jadi iaitu theanine dianggap memberikan kesan yang santai dan menenangkan.
- Catechin yang terkandung di dalam teh hijau merupakan agen antibakteria dan antivirus yang kuat yang menjadikan mereka berkesan untuk merawat pelbagai penyakit daripada selesema kepada kanser. Beberapa kajian juga menunjukkan teh hijau juga menghalang penyebaran penyakit.
- Membantu dalam penjagaan kulit. Sifat antioxidants dan anti-inflammatory yang ada pada teh hijau membantu melambatkan tanda-tanda penuaan.
- Meningkatkan imuniti. Menurut satu kajian di Jepun, berkumur dengan teh hijau meningkatkan imuniti seseorang terhadap influenza dan selsema. Kajian di Universiti Harvard juga menunjukkan bahawa bahan kimia yang terkandung dalam teh hijau merangsang gammadelta T-cells, yang meningkatkan imuniti terhadap bakteria dan virus.
- Membantu melawan alahan (Allergies). Para penyelidik di Jepun telah mengenalpasti sebatian yang terkandung di dalam teh hijau yang menghalang reseptor sel yang terlibat untuk menghasilkan tindakbalas terhadap alahan.
Satu uncang waktu pagi, satu lagi waktu malam.
Ada banyak lagi sebenarnya, tapi nanti sampai ke sudah tak habis-habis cerita teh hijau. Tak menyempat teh biru, teh oren, teh ungu nak masuk line. Ini sudah ke tahap yang tak boleh pakai. So lepas ni boleh try minum teh hijau pulak waktu breakfast ataupun waktu-waktu lain. Contohnya masa hari hujan, duduk tepi jendela dengar bunyi titisan hujan yang seakan-akan mengetuk cermin tingkap sambil ditemani sebuah novel. Berangan!
sumber : INI dan INI
36 comments
tak pernah try minum teh hijau ni. lepas ni kena belajar minum. banyak khasiatnya kan..
Salam.
Tu diaa..baru promote teh hijau, lum lagi teh purple,teh biru, teh kelabu,erkk,hahaha
Ingat lagi..sebelum ni femes teh halia..skrg mcm2 produk dah ada.. ^_^
Nak cr jugak lah nanti.thanks for info dear.hehehe
minum teh strawberry :D
banyaknya khasiat teh hijau.. :D
saya tak blh minum teh..huhu
@Chic Na
tu la.. mula2 rasa mcm pelik sikit.. dh lama2 nnti okay lah.. =)
@Tinta Lana
hahaha.. tu la pasal.. skrg ni mcm2 jenis teh kita bleh jumpa.. hehe
@Cik Puan Rara
hehe.. sama2.. =)
@syuk shusuke
nak jugak. :P
@Mizz Aiza (Dunia Kecil)
tu la kak.. sy google2 ingatkan tak la byk mcm ni.. hehe
@Normi Nieza
ala ruginye. nape cik nor?
ayut minum teh o lipton..hihihi :p rasanya mesti tawar kan :D bgus utk kesihatan itu yg penting..badan kita sihat baru la minda cerdas..lg2x utk aisya yg tgh lg blaja gitu kan :))
sik pernah minum teh hijau.. nyamannnn? :D
banyak juga khasiatnya teh hijau ni yer berbanding teh yg biasa tu..
Rasa nak beli jgk la..mmg tgh berdiet skrg ni..lepas raya byk sgt makan biskut dan kek smpai naik sekilo!
Hana suka juga teh hijau tapi susah nak jumpa.. brand ni ada berapa sachet dan berapa RM ya Chipmunk? :)
yaya minum jugk teh..kbnykan teh yg jenis ubt @ xde gula..utk kshtan bdan..hehe nti leh jgk try teh hijau yg cik aisya rekemen ni..hehe thanks share..
*teh tanpa gula mmg yg terbaik.. ^o^*
@ayut
nk kata tawar tak jugak.. nk kata manis tak pun.. pahit ada la sikit.. sukar nak digambarkan.. hehe
@Sally Yatiey
mun ktk jenis yg minat dgn rasanya nang nyaman tp mun lidah ktk xpat terima x nyaman la jadinya.. hehe
@azizah :)
itu lah kak.. =)
@Mieza Jhaa K
haha.. mmg standard la raya berat mesti naik.. melantak mcm2.. adoiiii..
@Haruno Hana íë
yg sy beli ni 50 harga rm19.90 kalau tak silap.. =)
@Cik Yaya
teh hijau mmg diminum tanpa gula.. tambah gula jadi pelik rasanya.. tapi kalau nak manis, tambah madu.. =)
Saya beli kat 99speedmart..sekotak 2gx50 harganya rm10.60....JENAMA OSK JAPANESE GREEN TEA yg dlm kotak kaler hijau tu...tulisan jepun je kat bawah kotak..
Hyee tea ni halal tak?
kak, cney ktk meli teh tuk? :D
Tq dear....infomasi yg baek....puas cari ta yg sama ngan sushi king tu....sbb minom tea boh xsama rasa ngan tea tu....pas ni puas plak nak cari tea ni
Thanks for info..sblm ni beli teh boh green tea...tak bole terima tekak...kelat sgt...pastu beli yg chinese green tea...same gak kelat...tak same yg mcm kt sushi king...pasni nk try osk ni pulakk...
Sy beli rm 29.90... napa mahal... huhu
Terbaik
Mane nk cari ni
Speedmart ade. :-)
I beli yang green tea dari yunna..beli dengan seorang mualaf...tea ni betu2 yg ori punya...
Di Lazada boleh dapat harga Murah RM 17 je
Green tea ni halal ke? Haritu saya jumpa takde tanda halal pun. [Mungkin saya tak nampak]