02/08/2013

Kek Lapis Masam Manis

Seperti yang dah Chipmunk janjikan (rujuk entri INI), ni Chipmunk nak kongsikan resipi kek lapis yang Chipmunk buat pagi semalam. 


Kek Lapis Masam Manis

Bahan-bahan
10 biji telur
1 cawan gula halus
450 gm mentega
1 cawan biskut marie (dikisar)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 tin susu pekat manis
2 bungkus biskut deduit @ hawflakes
2 cawan tepung gandum
Pewarna Hijau dan Kuning

Cara membuatnya 
1. Pukul gula dengan mentega sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu per satu dan pukul hingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum, susu pekat manis, baking powder dan esen vanila. Kacau sehingga adunan sebati.
4. Masukkan biskut marie yang telah dikisar tadi.
5. Setelah adunan sebati, bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian warna hijau dan satu lagi bahagian warna kuning.
6. Masukkan warna hijau dulu dan kukus lapisan selama 5 minit.
7. Masukkan warna kuning dan kukus lagi selama 2 minit.
8. Masukkan warna hijau dan kemudian susun biskut deduit di atasnya dan kukus selamat 5 minit lagi.
9. Ulangi langkah 6 hingga 8 sehingga adunan habis. 
10. Kukus setiap lapisan selama 5 minit dan setelah selesai melapis kukus lagi selama 30 minit. 


Buat kek lapis ni seronok sebenarnya, cuma leceh nak melapis tu. Sambil menunggu setiap lapisan tu masak, tu yang Chipmunk baca novel. Bak kata Kak Mieza, sesi bersauna secara semulajadi di dapur. 

p/s : Masa paling best memulakan operasi adalah selepas subuh. Boleh elakkan diri daripada tidur juga.
 

22 comments

8/02/2013 09:46:00 pm

bestnya masak kek..hehe nanti pos gambar yg dah siap tau..hehe :)

8/02/2013 10:15:00 pm

wah!! sedap ni....

8/02/2013 10:33:00 pm

wah..pandey ktk molah kek lapis ow..ng nyaman la gya tok..hihihi..

8/02/2013 10:44:00 pm

dah lama sangat bunda tak buat kek lapis masam manis ni..

8/03/2013 12:13:00 am

Raya tok mak kmk plh agik kek lapis tok klak ;D

8/03/2013 02:17:00 am

assalamualaikum..aisya :)

kek lapis memang produk popular sarawak.. boleh try :)

8/03/2013 09:25:00 am

kuih ni ayut slalu nampak kat online..yg jajan bulat2x tu dulu suka sgt mkn..hihihi

8/03/2013 01:13:00 pm

pandainye .. bole cube ni,, thanks =)

8/04/2013 09:50:00 am

@BlueiceButterfly

ala, yg dah siap takde la plak. sbab kek tu dah sampai di tangan org lain. hehe

8/04/2013 09:50:00 am

@Norhasniza Khalid

sy sendiri pun dah lama tak makan kek ni. hehe

8/04/2013 09:51:00 am

@alia lia

bah dtg la rumah raya tok. boleh merasa. hehe

8/04/2013 09:51:00 am

@BUNDA a.k.a KN

sy pun tak penah buat jgak kek lapis yg ni bunda. =)

8/04/2013 09:51:00 am

@Sally Yatiey

ktk tek x molah kek lapis juak? hehe

8/04/2013 09:57:00 am

@Ayie Abas

itu lah.. sy pun kalau ade orang nak order pun terima jugak cuma skrg ni dah tak sempat dah la. =)

8/04/2013 09:57:00 am

@ayut

kek lama ni. all time fav ramai. hehe

8/04/2013 09:57:00 am

@docHana

nnti dah try bgtau eh.. =)

8/04/2013 02:01:00 pm

teringat mak akak suka buat kek ni ms kecik2 dulu.. tp skrg xde dah dia nak buat.. sedapnya tgk aisya buat.. mcm nak buat..tp malasnya..huhu

8/04/2013 06:51:00 pm

boleh akak cuba buat lepas ni.. terima kasih berkongsi resipi ni aisya.. :D

8/05/2013 10:10:00 am

@azizah :)

mak kak jijah tunggu kak jijah buat lah tu. hehe

8/05/2013 10:10:00 am

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)

sama2. =)

8/05/2013 02:16:00 pm

salam..
da hbs wat ke blum tu..xde pic pon..nk tgok pic da siap punye..hehe
nmpk sedap tuuuu

8/06/2013 09:35:00 am

@Cik Yaya

takde gmbr yg dah siap lah cik yaya. ni pakcik punye. =)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...