warning : Entri dengan helaian yang panjang. Malas baca boleh tengok gambar tapi jangan pulak uolls tanya soalan yang dah panjang lebar Iolls terang dalam entri. Kesian I tau. Hiks.
Ehem-ehem. Lama nampak tuan tanah bercuti. Cuti raya katakan. Orang lain cuti sempena hari raya, Iolls pun menggedik nak bercuti jugak. Sebenarnya tak sempat nak buka blog, plus menunggu mood tiba itu harus. Tak sempat nak blogwalking lagi jadi Chipmunk tak tau macam mana raya uolls tahun ni. Nanti bila dah datang kerajinan tu Chipmunk singgah eh, jangan lupa hidang kuih raya sekali ye. Iolls datang nak beraya ni.
Hari Pertama
Macam biasa dan tahun-tahun sebelumnya, Iolls pun balik kampung jugak. Raya pertama dan raya kedua memang wajib sambut raya rumah datuk nenek dulu. Berkumpul sekeluarga di sana. Family kami ni kecik je. Datuk dan nenek, cuma mak dan Paksu Chipmunk dan kami sepupu sepapat yang cuma 5 orang plus bapa dan Maksu. Total tak sampai pun sedozen. Sorang lagi adik mak beraya di Bintulu bersama husbandnya, dan suami dan anak-anak arwah adik mak Chipmunk yang number 3 pulak beraya di kampung halaman sendiri. Kira-kira pun tetap tak sampai 20, family kecik je kan?
Bergambar dalam kereta di pagi raya adalah amalan kami tiga beradik. Dalam entri INI, Chipmunk ada bagitau Chipmunk sakit gigi sebab gigi bongsu nak tumbuh. Well, say bye bye lah segala ketupat, rendang, lemang dan yang sewaktu dengannya. Mampu minum air dan makan kek lapis cuma, sadis.
Tak ada gambar family pun, sebab polisinya di sini "Hanya yang lengkap sahaja yang mampu melengkapi lakaran sesebuah potrait". Ada paham? Oh ya, lupa nak bagitau, tudung raya kali ni adalah tajaan daripada Izyanty Collection. Seperti yang diterangkan di dalam entri INI.
Hari Kedua
Kesakitan di pipiku yang comel semakin hari rasanya semakin merobek isi-isi pipi dan gusi. Stress Iolls tak boleh nak makan macam-macam. Tak boleh makan Biskut Makmur favourite hasil tangan Maksu. Bengkak pun makin ketara. Sobs sobs sobs.
Sekiranya kamu mampu melihat apa yang cuba diselindungkan di sebalik semuanya sesungguhnya kamu mempunyai sepasang mata yang cukup hebat.
Raya kedua dihabiskan dengan menziarahi saudara mara sambungan daripada aktiviti di raya yang pertama.
Hari Ketiga
Raya ketiga Iolls di rumah saja. Open House uolls! Tapi kali ni tak ramai yang datang. Faktor cuaca agaknya, cuaca yang tak menentu dengan hujan lebat dan angin kencang lagi. Jadi bagi membunuh masa sambil-sambil menunggu tetamu datang, Chipmunk dan Cik TengTeng pun apa lagi.
Ada lagi gambar lain, tapi kalau nak tengok boleh lah follow Instagram Chipmunk di SINI atau boleh je search aisyaahd.
Hari Keempat
Hari keempat ni happening sikit. Janji dengan kawan-kawan rapat masa di sekolah nak beraya bersama. Rutin kami setiap kali raya. Time ni lah jumpa kawan-kawan untuk tukar-tukar cerita. Kawan-kawan yang Chipmunk kenal seawal umur 7 tahun dan paling lewat pun masa umur Chipmunk 13 tahun.
Big Boss kami hari ini.
Si Ibu bestfriend since primary school. Yang paling nakal, sekarang dah jadi mak orang.
Khusyuk tengok Lin Dan vs Lee Chong Wei
Setiap rumah memang wajib duduk depan tv sebab nak tengok perlawanan final badminton tu hari. Dengan muka tak malu duduk depan tv kat rumah member siap boleh suruh lagi buka channel sports nak tengok badminton.
Culik dari FB Tuan Rumah
Ini kami plus tuan rumah. Kami panggil tuan rumah ni Retis sebab pernah berlakon iklan kemerdekaan Petronas dua atau tiga tahun lepas. Alah, iklan Petronas yang ada kereta ABC/Cendol tu. Siapa mata tajam boleh cari yang mana satu beliau. Oh ya, tudung I hari ini pun tajaan Izyanty Collection jugak. Terima kasih! Ingat artis je ada penaja, Iolls pun ada tau. *berangan*
p/s : Setiap tahun ada pahit manis kenangan raya. Mudahan tahun depan ada lagi untuk kita.
29 comments
meriahnya sambutan raya aisya.. tahun ni akak tak beraya bersama kawan2 pun..
meriahnye. salam aidilfitri ;D
meriah gamba hehe.. selamat hari raya aisya :)
selamat hari raya! hee. memang ada pahit manis time raya. hope masa akan datang makin banyak kenangan dikumpul yerr.:)
Meriahnya...Selamat Hari raya sis.. =D
seronok beraya bersama keluarga...
DIGI satu
beraya sakan..selamat hari raya aisya..:)
kesiannya adik manis sis ni tak dapat menikmati makanan yang best best eh..hehe
meriahnya gambar-gambar ni..haha,tak lengkap,tak boleh bergambar la ye..
skt gigi, x leh la nak enjoy mknn raya.
meriahnya hari raya aisya! seronok yer..
@Mizz Aiza (Dunia Kecil)
kami mmg setiap tahun mcm ni kak.. hehe.. alhamdulillah, tiap kali raya mesti masing2 ada peruntukkan masa utk kami beraya sama2. =)
@TUTTUTOFFICIALSPACE\\
salam aidilfitri juga =)
@huny madu
gambar je meriah. hehe.. selamat hari raya juga =)
@sis efa
insyaAllah.. hehe. selamat hari raya juga =)
@Azwar Syuhada
nmpk je meriah tp orangya sakit gigi.. hehe.. selamat hari raya juga =)
@Noor Mala Shahar
alhamdulillah biarpun keluarga tak la ramai mcm org lain. =)
@Ayie Abas
wslm..
alhamdulillah skrg dah okay.. raya 1-3 tu je yg seksa menahan sakit.. mmg minum air dan makan kek lapis je lah.. yg lain hanya mampu melihat.. sobs sobs..
@Normi Nieza
tak la sakan mana pun. hehe.. selamat hari raya juga
@puteri kasih
takpe la.. mesti sis dah tolong makan utk sy kan? hehe
@IbuNoey
takde gambar keluarga lah jawabnya. =)
@aswadz
mmg pun.. tapi bagus jugak. takde la berat bertambah dengan jayanya. huhu
@azizah :)
tak meriah mana pun kak jijah tp alhamdulillah masih juga dpt sambut raya dgn senang hati.. =)
wah beshnyer raya ...meriah ^^
@Cik Yaya
gambar je yg meriah. hehe
slmt hari raya maaf zahir batin ye aisya.... :) aritu ayut pon lyn gak badminton raya2x..hahahha..
@ayut
ha itu lah.. semua tgk badminton.. setiap rumah yg kita org g beraya tu semua buka channel yg sama. haha
kira meriah la raya aisya.. cikna raya kedua dah macam hari2 biasa. hehe..
@Chic Na
nmpk je meriah, tp tak meriah sbab sakit gigi.. hahaha