23/02/2015

[English Novel] The Body in the Library - Agatha Christie

Target 8 buah novel dalam masa 3 bulan dah makin hampir tercapai. Dan novel keenam adalah sebuah novel klasik karya seorang novelis legend, Agatha Christie yang juga dikenali sebagai The Queen of  Mystery. Oh sebelum tu, nak recap novel-novel yang dah dibaca dalam masa dua bulan ni. For record purposes katanya. Iyelah, tak adalah kena perli setepek dengan En. Barney lagi. Hiks. 


Actually, I dah tahu pun kisah The Body In The Library sebenarnya. Tapi saja baca lagi. Lagipun I beli 3 buah novel Agatha Christie plus 1 companion guide dengan harga RM20 je di Big Bad Wolf December lepas. Oh kalau En. Barney baca entri ini, specific lagi perenggan ini confirm Iolls kena bebel. Dah tahu cerita nak beli lagi. 


The Body In The Library
Agatha Christie

Sinopsis The Body In The Library

It's seven in the morning. The Bantrys wake to find the body of young woman in their library. She is wearing an evening dress and heavy makeup, which is now smeared across her cheeks. But who is she? How did she get there? And what is the connection with another dead girl, whose charred remains are later discovered in an abandoned quarry? The respectable Bantrys invite Miss Marple to solve the mystery.. before tongues start to wag.
I suka cerita-cerita begini. Ala-ala TV Series CSI tapi dalam medium bertulis dan bercetak. Macam mana mayat tu boleh berada di situ? Siapa pembunuh dan siapa yang dibunuh. Dan apa kaitan mayat tersebut dengan penemuan satu lagi mayat di kuari tinggal. Adakah pembunuh mereka adalah orang yang sama? Motif pembunuhan? Fuh, banyak betul persoalan kan? Dan persoalan-persoalan tersebut hanya dapat dijawab bila novel The Body in The Library dibaca sehingga ke helaian yang terakhir. 

Ada satu mesej yang disampaikan menerusi novel ini mengingatkan I kepada satu benda. Mulut manusia ni kan, biasalah fungsinya untuk menyampaikan. Tapi bila menyampaikan tu, jangan lah butir-butir kosong tanpa selidik terlebih dahulu. Takut nanti jatuh fitnah pulak. Sama lah macam perkara-perkara yang disampaikan melalui blog dan laman sosial lain. Sebelum share perlu fikir banyak kali, betul tak? Jangan ikut sedap jari klik share, jangan ikut sedap jari terus forward. Macam dalam novel ini lah, perkara sebenarnya mayat yang dijumpai di dalam library keluarga Bantrys memakai evening dress dengan heavy make up pulak. Disebabkan keluarga tersebut merupakan keluarga elit yang dikenali ramai, orang ramai mula lah bercakap-cakap. Dari satu mulut ke satu mulut, cerita berubah sikit demi sikit dan pengakhiran rantai cerita, mulut orang menyampaikan yang mayat perempuan tersebut ditemui di dalam rumah tanpa seutas benang sekali pun. Ha, kan dah berlainan dah ceritanya di situ. 

Peringatan untuk diri sendiri. Penggunaan perkataan, "Dia kata begini, dia bagitau begitu," dan sewaktu dengannya itu, seboleh-bolehnya elak lah. Jangan dibiasakan dengan mulut. Kerana mulut badan binasa. Ingatlah.

p/s : Novel nombor #7 tertinggal dalam kereta En. Barney. Tunggu jumpa dia baru boleh ambik. Terpaksa skip baca novel nombor #8 dulu. 

5 comments:

  1. banyaknyaaa dah dia baca novel. hihi ^^ kita belambak lagi novel yang pending nak baca

    ReplyDelete
  2. salam.

    wah!! best nyer ada target nak baca berapa buku sebulan. kena ikut jugak ni. anyway, kak liney singgah follow. jom singgah teratak akk.

    http://lineyghazali.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. yaya nye buku pon bnyk buku xbce lagi dri thun2 lepas..hehe
    cam menarik novel..tp yaya lau bce tulisn dlm BI ni mmg smpai dalam mimpi laa..haha

    ReplyDelete
  4. memang terbaiklah dapat membaca banyak novel sebegini..


    p/s:Happy blogwalking dari admin blog Hero Borneo

    ReplyDelete
  5. Salam. Hee rajinnya membaca novel.

    ReplyDelete