14/04/2017

Si Penjual Ikan

Adakah dengan menjadi Si Penjual Ikan baru hidup boleh maju ke hadapan?

Oh itu soalan yang berkemungkinan tidak relevan dengan konteks untuk tajuk di atas.


Kejadian semalam.

Isu double park.

Nak balik kerja after office hours.

Ye saya tahu awak mungkin nak menjemput family member awak. Tapi kalau dah double park tu buat lah cara macam double park.

Manners.

Dengan cara sopannya saya masukkan gear reverse dan mengharapkan awak mengundurkan sedikit kereta ke belakang bila nampak lampu reverse menyala.

Sedikit je. Tak minta banyak pun.

Dia boleh buat bodoh aje. Hon sekali pun dia pekakkan telinga.

Tengok sikit, ada sticker OKU ke. Mungkin pekak atau buta.

Tiada.

Bukan berseorangan. Tapi satu family. Seorang ibu dan ayah berserta tiga lagi anak kecik berumur lima hingga sepuluh tahun.

Attitude yang sebegitu agaknya yang dia mahu tunjukkan kepada anak anak.

Satu minit.

Lima minit.

Tujuh minit.

Mungkin kurang dari sepuluh minit itu hanya sepintas lalu bagi individu mulia seperti itu.

Tapi untuk seorang ibu yang ingin mengambil anaknya tujuh minit itu tersangat berharga.

Lambat tujuh minit boleh stuck dalam jammed yang tak dapat dicerna dengan akal.

Lambat ambil anak, taska kira OT pula. Yuran taska pun dah seberapa tambah OT lagi.

Rakyat zaman milenium, hidup pun mengais. Bajet lari, oh lagi lah sadis.

Mungkin dia orang ada ada, orang atas atas.

Dia peduli apa kesusahan orang lain. Janji hidup dia senang lenang.

Tapi encik. Still, manners please.

At least depan anak anak.

p/s: Tak diketuk cermin tingkap dengan harapan dia ada nilai common sense. Rupanya kelaut. Oh stress.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...