Ingat tak entry pasal hajat hati nak pergi bazaar tapi tak kesampaian sebab hujan lebat? Hari ni berjaya jugak pergi bazaar sorang-sorang. Tak kisah dah hujan lebat ke tak tetap nak pergi jugak. Mentang-mentang En. Barney dah belikan payung hari tu sebab tak nak jadi macam hari tu lagi lepas dengar Chipmunk merengek-rengek dalam phone mengadu tak boleh itu dan tak boleh ini. (Sila baca dalam satu nafas sahaja. Harap maklum).
Kalau pergi sorang-sorang ni, selamat sikit. Takkan nak borong banyak-banyak dan lepas tu membazir. Sebab kalau ada kawan ni, start la nak beli tu, nak beli ini dengan alasan kalau tak habis boleh bagi kawan habiskan. Betul tak? Dah tu, takda la habis beringgit-ringgit sebab beli makanan kat bazaar ramadhan lepas tu cakap makanan kat bazaar mahal-mahal. Entah, maybe certain bazaar harga makanan yang dijual tu mahal kot. Tapi alhamdulillah setakat ni ok-ok je. Nak kata tak puas hati tak jugak, nak kata puas hati kalau dapat free baru boleh cakap puas hati. Eh? Maybe sebab setakat ni just beli nasi dan air je kot dan kuih-kuih sikit untuk sahur esok pagi. Maybe sebab tu la ok-ok je. Bagi Chipmunk la, kalau orang lain tak tau la pulak. Yela, lain orang lain pendapat kan?
Tadi masa balik tengok-tengok balik apa juadah yang Chipmunk beli kat bazaar tadi. Baru perasan, semua favourite mak. Rindu mak la tu.
Gambar semua ambik dari Pakcik Google je. Nak ambik gambar yang Chipmunk beli tadi ada jugak yang berbuka 40 minit awal nanti kan. Nasi tomato dan laici kang untuk berbuka petang ni (Google gambar laici kang tak jumpa la pulak) dan karipap sardin untuk sahur esok pagi.
p/s : Masuk kereta je terus mesej En. Barney bagitau tadi beli apa kat bazaar. Bila dah sampai hostel dia boleh pulak hantar mesej tanya tadi beli apa je. Adoyaiii, cik abang siapa la yang blur sangat ni. Haha



