02/08/2013

Hati Kita Satu - Rania Firdaus

Menaip di kala hujan lebat memang mengundang kemengantukan yang amat. Berusaha jugak supaya mata tu tak tertutup. Lagi-lagi kalau tengah menunggu Kek Lapis ni, memang mencabar mata betul. Macam mana persiapan raya uolls? Biskut-biskut raya, Kek raya semua dah siap? Alah, tak siap lagi pun masih berbaki berapa hari lagi ni. Chipmunk biskut semua settle, sekarang tengah berperang dengan Kek Lapis lagi. Ada satu yang dah siap, nanti malam iolls kongsi ye. Siang-siang begini tak best rasanya kita berbicara soal makanan. 

Jadi sementara menunggu Kek Lapis dan mengelakkan mata dari terpejam dan ketiduran, sesi membedah novel dijalankan. Bahasa mudahnya, membaca lah. Seiring dengan siapnya satu Kek Lapis, sebuah novel telah pun habis dibaca.


Hati Kita Satu
Rania Firdaus

Novel ni mak Chipmunk baru beli. Tapi tak sempat mak baca, Chipmunk dah kebas dulu memandangkan mak masih lagi menilik 'baby baru' Kak Liyana Zahim, Rindu Awak 200%. Seperti biasa, kemalasan menaip sinopsis melanda jadi I ganti dengan gambar saja. 

Klik untuk lebih jelas.

Mungkin kemengantukan ini buat Chipmunk blank dan tak tau nak mulakan macam mana. Sebenarnya Chipmunk rasa, jalan ceritanya agak berat dan serius, especially part anak-anak yang ditinggalkan oleh ayah dan ayahnya pula berkahwin dengan perempuan lain dan punya seorang anak tiri yang busuk hatinya. Tapi rasa agak santai dan lancar je membaca sehingga ke titik penghabisan. Berkisar tentang hidup Sara dan bagaimana penerimaan Sara terhadap lelaki dan ada sebab yang tersendiri kenapa Sara mengambil tindakan yang sedemikan. Tapi dalam benci tu, tetap timbul rasa sayang jugak. Ha, macam mana tu? Malas la iolls nak cerita panjang-panjang. Kalau uolls nak tau, boleh lah cari novel ni di kedai buku yang berdekatan ya. 

p/s : Selongkar punya selongkar cari novel mana yang belum dibaca.

01/08/2013

Hello August!

Seperti biasa bila tibanya bulan baru, maka bloglist pun berubah wajah dengan senarai yang baru. Terima kasih Chipmunk ucapkan buat yang sudi menyinggah dan meninggalkan komen. Dengan entri yang merapu je banyak, kemerepekan I ni tetap uolls layan jugak. Terima kasih sekali lagi.
 
 
Nah ini dia 25 pengomen terbanyak sepanjang bulan lepas. Tengok lah, kot-kot terselit nama uolls di mana-mana.




Kak Jijah selaku pengomen terbanyak bulan lepas. Kalau sedang mencari tips khas buat ibu-ibu yang mengandung boleh lah singgah blog Kak Jijah. Macam-macam ada. Yang single but not available macam I ni pun boleh jugak singgah. Banyak tips yang berguna untuk kegunaan masa depan. Selain tu, uolls boleh jugak singgah 'rumah' blogger-blogger berikut;


Yang tu Top 5 blogger cantik manis yang ringan jari mengomen kat blog kanak-kanak riang yang tak berapa nak kanak-kanak ni. Nak tengok yang selebihnya boleh tengok bloglist yang ada di sidebar tu. 


By the way, kalau uolls nak masuk bloglist macam mereka ni jugak pun boleh cuma kena rajin tinggalkan komen dan make sure uolls tersenarai dalam Top 25 Pengomen Tegar. Senang je, paling-paling tinggal lah 5 komen sekaligus, nasib baik boleh masuk bloglist untuk bulan depan insyaAllah.

p/s : Bulan depan dah September. Tahun ni nak request apa eh kat En. Barney. Hmmm.

Spontaneous Thursday : Surat Cinta


Selesai sudah tugas mengepos surat cinta kepada blogger-blogger bertuah sempena Aidilfitri kali ini.
Dah boleh dah tunggu Abang Posmen depan pagar rumah. 
Hehe.


Dalam entri INI, lebih 10 orang juga yang tinggalkan alamat di ruangan komen dan Chipmunk minta maaf sangat-sangat sebab seperti yang Chipmunk dah maklumkan sebelum ini, Chipmunk mencari 10 yang paling awal je. Ikutkan hati nak je bagi kad raya kat semua tapi apakan daya kad raya ada 10 je lagi. Minta maaf sangat-sangat! Dan 10 blogger yang terpantas adalah seperti berikut :-

p/s : Bagi kad raya handmade ni biarpun simple je tapi bila si penerima happy terima kad raya rasa terharu tu lain macam sikit. Hehe
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...