06/08/2014

Thanks Mr. Nuffnang : CPUV oh CPUV

Kalau ikutkan nak story pasal benda lain tapi alkisahnya sebab Iolls malas. Pening, migrain dan segala cucu datuk neneknya menyerang maka tangguhkan lah lagi. Baru tak masuk office seminggu, tapi nak bernafas pun rasa macam tak sempat. Masuk office sejam awal, balik setengah jam lewat, lunch hour pun tak keluar. Duduk mengadap PC dari 7.30 pagi sampai 6.30 petang non stop dua hari berturut pun tak mampu nak mengurangkan lambakan kerja yang ada. Bukan main merungut kan? Cuba kalau tengok drama korea 16 hours straight non stop mampu pulak? Manusia, manusia.

Dalam lambakan kerja yang menggunung, Alhamdulillah dalam masa yang sama dapat lambakan CPUV dari Mr. Nuffnang. Sayang lebih lah macam ni. Semalam check Nuffnang, ada lagi CPUV baru. Syukur Alhamdulillah. Duit raya dari Nuffnang tu. Wink wink!



Sekali empat CPUV Mr. Nuffnang bagi. Terima kasih Nuffnang dan terima kasih semua! Dengan rasa tak malu dan tanpa perasaan segannya, bagi lah CPUV banyak-banyak lagi ye Mr. Nuffnang. Bukan I seorang je, tapi rakan-rakan lain juga. Semoga uolls pun semakin murah rezeki dapat CPUV banyak-banyak. Yela, after raya sana sini dengar orang complaint sengkek sikit bulan ni. Hasil CPUV boleh simpan biar sampai menggunung pulak. Ha, itu lah bagusnya gaji masuk seminggu lepas raya. Bila gaji tak masuk lagi tak boleh lah bershopping sebelum raya sampai lupa daratan dan lautan. Lepas raya senang sikit, tak perlu makan maggie tiap-tiap hari dua kali sehari. Ehem. 

p/s : Ber'BFF' sekejap dengan Minyak Cap Kapak. Kalau apply cuti lagi menimbun lah email nak kena attend.

05/08/2014

Review Step Up : All In

Ahad yang lalu, selepas lepak dengan blogger Sally makan makanan korea di Ampang Point, aku dengan chipmunk terus bergegas pergi KL Festival City sebab nak tengok cerita ini. Mana tak nya, takut ramai orang kan masa hujung minggu ini.

Kali ini aku nak review sikit pasal cerita Step Up : All In. Posternya ada di bawah.


Kisah Step Up : All In kali ini mengisahkan Sean (Ryan Guzman) yang sangat terdesak mencari duit untuk hidup di LA. Sehinggakan Sean kehilangan ahlinya sendiri kerana kekurangan duit untuk hidup di LA. Akan tetapi, satu rancangan The Vortex telah menawarkan hadiah yang lumayan menarik minat Sean.

Sean memanggil Moose (Adam G. Sevani) untuk mengumpulkan krew yang baru (LMNTRIX) untuk menyertai pertandingan tersebut. Di situ juga dia berjumpa dengan Andie (Brianna Evigan). Lebih menghangatkan kumpulannya yang lama, The Mob turut menyertai pertandingan tersebut. Apa agaknya yang jadi kalau ahli lamanya tahu Sean ada ahli baru? Boleh ke Sean menang pertandingan tersebut? Jawapannya korang kena tengoklah cerita ini.

Idea Moose?


Cerita ini bagi aku tariannya memang nampak kemas. Penuh dengan variasi dan juga pelik-pelik. Tambahan pula idea Moose untuk menghasilkan video tarian penyertaan yang unik memang gempak. Tetapi rasanya jalan cerita dia agak kurang menarik sedikit. Menarik itu menarik juga la. Takda lah korang bosan tengok. 

Ada juga unsur konflik yang menarik dalam cerita ini. Macam masalah Moose dengan kekasihnya, Sean dengan Andie dan lain-lain lagi. Selain itu, watak juga penuh variasi. Paling aku suka watak penari robot. Memang agak kelakar kat situ. Part tu korang kena tengok sendiri. Rating cerita ini bagi aku dalam 6.5/10.

The Mob vs LMNTRIX








Sumber : IMDb dan Google

04/08/2014

Satu Dua Tiga Punya Cerita

Apply cuti tiga hari untuk lengkapkan cuti raya seminggu, maka lama itu juga lah blog Iolls dalam mode senyap. Mode senyap katanya ye. Ingatkan cuti seminggu boleh tatap blog sampai lebam. Nak blogwalking, nak merapu merepek semua ikut suka lah. Tapi hampeh, sekali pun tak buka blog. Lama sangat blog bercuti sampai nak letak title entri apa pun boleh fikir sampai 20 kali. Tolak tambah darab bahagi mahu 150 kali jugak taip-taip, backspace sampai penghujung kiri. Okay, ini tipu. Sila abaikan. 

Entri raya belakang kira. Nanti Iolls cerita kemudian. Panjang lagi masa. Seminggu tak masuk office, mahunya berlambak keja dalam PC.  Oh, ayat "kerja berlambak atas meja" itu tidak praktikal untuk I sebab dalam PC itu lah semua jiwa raga. Sekali condemn mahu berjujuran air mata darah. Err, kalau PC nak guna apa? Dalam heh? Itu baru kerja office. Blog pulak lain cerita. Banyak lagi entri tertunggak. Dah draft dalam kepala. Baca dengan jelas, dalam kepala saja ye. Tangan masih belum digerakkan lagi untuk menaip apa-apa. Bloglist tak update lagi. Tak berkesempatan lagi nak buat kunjungan raya di blog rakan-rakan blogger yang lain dan komen pun almost 100 tak approve lagi. 



Kita beralih ke cerita yang seterusnya pula, Alhamdulillah tak update seminggu dapat juga dua ketul CPUV dari Mr. Nuffnang. Thank you! Thanks Dove dan juga Sony Xperia. Itu menjadikan empat iklan CPUV yang still on going lagi. Oh Mr. Nuffnang nak tambah lagi pun boleh saja. 

Cerita semalam lah. 

Oh semalam date dengan Blogger Sally sekejap. Sekejap je, tak lama. Dari pukul 12 tengahari sampai pukul 2 petang kot. Dear Sally's Smartphone, get well soon so that senang nak gosip-gosip dalam group whatsapp. Hash tag Kami Bukan Cadbury. Hash tag Blogger Gila Hashtag. Ehem.

p/s : Alert! Privasi dicerobohi sudah. Sigh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...