09/04/2015

Dinner & Karaoke Session @ Neway Karaoke Box, SS17 Subang Jaya

Cerita semalam, alkisahnya Big Boss nak belanja satu department kononnya untuk release stress dan tension yang bersarang di hati, kepala dan minda. Dua point utama untuk release stress. Satu, karaoke dan satu lagi melantak sampai lebam. Buffet pulak kan. 

Sebenarnya start pukul 7.00 malam, tapi weolls solat maghrib dulu kat office baru gerak ke destinasi yang dituju. Alah, office dengan SS17 bukan jauh mana pun. Rasa jauh sebab jammed mengarut. Kalau pergi after office hours pun confirm sangkut jammed orang balik kerja jugak. 

Sampai-sampai di Neway Karaoke Box, letak beg dan duduk kejap. Terus serbu makanan. Tapi kan, tak tau la kenapa rasa macam tak tergoda pun nak makan. Last sekali, ambik dessert je. Kek, ice cream, pudding dan yang sewaktu dengannya. Ada nasi goreng dan mee goreng juga tapi itu lah tak menggoda langsung je rasa. 


Dalam banyak-banyak I paling suka kek green tea. Siakap steamed pun sedap and salad not bad. Yang lain, biasa-biasa je. Banyak habiskan pudding dan kek je. Sushi kat sini pulak, I is tak minat. 

Itu cerita makan. Bab karaoke pulak, niat I cuma datang nak 'melawat' makanan. Tak ada intention pun nak pegang mic. Sebabnya, bagi chance kat orang-orang yang lebih berumur 'memanaskan' tekak. Ehem. 




Thank you big boss sebab belanja dinner siap karaoke lagi biarpun tak menyumbang suara langsung pun kan. Hilang sekejap stress baca email dan complaint bagai. By the way, yang belakang belah kanan tu lah big boss. Kalau berdiri sebelah dia dah macam berdiri sebelah tiang galah. 


Bila salah sorang boss kena paksa nyanyi. Boleh request lagu Man Bai lagi. And then, nak lagu Sheila Majid pulak. Yang lain semua bantai lagu orang putih siap Kpop pun ada, dia request lagu melayu. 

Yang tak pegang mic pulak main peranan pegang handphone memasing snap sana sini. Sumbangan besar jugak tu kan. Kalau semua dah ingat nak pegang mic siapa nak jadi photograper. Tak gitu?




Plan dari awal memang nak datang kejap tunjuk muka je sebenarnya. Tapi itu pun tak ada lah balik awal sangat, before 10.30 malam jugak lah baru masuk kereta balik ke rumah memasing. Itu pun ada lagi yang stay nak menyanyi sampai lebam. Katanya sampai pukul 12.00 tengah malam jugak. 



Tapi sebelum weolls berangkat balik tu, sempat jugak tengok Big Boss nombor dua nyanyi. Bukan main lagi Unchained Melody dia. Begini lah bila pergi karaoke dengan orang yang lagi tua bertahun-tahun dan tahun. Nasib baik lah Iolls ni jenis yang lagi prefer dengar lagu lama-lama dan evergreen. Tahu lah juga lagu apa yang memasing nyanyi. 

Sampai rumah pukul 11.00 malam. Balik rumah terus pengsan. Penat.

p/s : Dari hari tu lagi plan nak pergi Red Box kat Curve tu dengan member tapi entah jadi ke tidak.

08/04/2015

Wordless Wednesday : Selamat Empat Tahun


p/s : Teringat pulak blog yang lama dulu. Kalau tak delete mesti dah masuk tahun ke tujuh. Bak kata member Iolls, benda lepas usah dikenang. Kan?

07/04/2015

Keyword : Aidijuma Concept Store, Bukit Jelutong, Shah Alam

Keyword panas hot stuff yang setiap hari confirm orang cari. Biarpun tak ada lah hot mana pun kan. Lagi hot bila tiba hujung minggu, plus ada design baru dari Aidijuma mula lah menggelabah search dan google di mana letaknya concept store Aidijuma, pukul berapa buka dan et cetera.


Iolls? Bukan lah pengguna tudung bawal Aidijuma berlabel putih, hitam, ungu mahu pun pelangi. Bila mana office cuma sekangkang kera dari concept store Aidijuma, makanya dari mak orang sampai lah anak dara pingitan di office tu memang tak sah kalau tak ada tudung Aidijuma paling-paling sehelai. Nasib baik Iolls masih belum terpengaruh, kalau tak masaklah En. Barney tolong teman beratur dari pagi buta semata-mata nak membeli tudung. 

Menurut kakak office si pengguna tegar tudung Aidijuma, selalunya design baru akan keluar hari sabtu. Hari sabtu kononnya keluar rumah awal pagi nak OT, singgah sebentar menjengah Aidijuma Concept Store. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai longgokan tudung Aidijuma dalam beg plastik bawa balik rumah. Eh.

So these few days, since dua minggu lepas agaknya. Iolls terperasan satu bangunan baru on the way nak ke office. Toleh kiri, eh Aidijuma? Bila google rupanya concept store Bukit Jelutong yang sebelum ini tutup sebentar atas tujuan perpindahan ke bangunan baru. 


Dimana letaknya Concept Store Aidijuma Bukit Jelutong yang baru? Oh I pernah bagi direction secara ringkas di dalam entri INI, tapi itu untuk lokasi yang lama. Sebenarnya kan, concept store yang baru ni cuma selang berapa bangunan je pun dari yang sebelumnya. Tapi kali ini lebih senang nak cari. Try search Perindustrian Bukit Jelutong Seksyen U8 di Waze. Atau lebih tepat Jalan Astaka U8/84. Masuk simpang yang ada tertulis I-Parc Bukit Jelutong, tak sampai seminit dah nampak dah concept store Aidijuma di sebelah kiri anda. Concept Store Bukit Jelutong dah beroperasi semula belum? Oh itu I is tidak tahu. Boleh follow instagram Aidijuma untuk info lanjut or latest news. 

p/s : Bila tanya apa yang bestnya tudung Aidijuma, jawapan yang telinga dengar "Sebab senang bentuk", "Sebab selesa dipakai". 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...