12/12/2015

[Novel] Sunan Cinta Nan Sakti - Ramlee Awang Murshid

Dah lama tak share tentang novel kan? Ada je beberapa novel yang I dah baca kebelakangan ini. Tapi terlupa pulak nak taip entri. Tak apa boleh dijadikan bahan time idea kontang. Masalahnya sekarang subject tu banyak, mood tu yang tak ada. 

By the way novel Sunan Cinta Nan Sakti ini memang novel yang I tunggu tunggu. Masa Jualan Gudang Karangkraf tempoh hari, sempat grab sebuah. Cuma tak berkesempatan untuk ditandatangani oleh penulisnya saja. Sebabnya hari yang sama Iolls nak hantar Oreo Si Kucing jumpa Vet, nak buat surgery. Tapi tak apalah. Next time pun boleh. Hiks. 


Sunan Cinta Nan Sakti
Ramlee Awang Murshid
Sinopsis Sunan Cinta Nan Sakti

Cinta menuntut seluruh pengertian. Saifudin dan Ratna Sang Ratu Sulaman menyulam cinta dalam kancah pertempuran, permusuhan dan perjuangan. Cinta - tidak terlafaz dalam lisan. Hanya suara hati yang melagukannya biar dilandai krisis paling parah. Cinta - bakal diakhiri dengan peperangan. Mengorbankan insan tersayang. Apakah semua ini mahar untuk sebuah pernikahan?

Wali Sufi - melarang cinta Saifudin dan Ratna Sang Ratu Sulaman atas alasan yang berbeza. Cintai Penciptamu terlebih dahulu nescaya cinta fitrah suci bakal dikurnia-Nya

Maharani - menegah cinta Sang Ratu atas sebab... cinta itu melumpuhkan sifat serikandi seorang pejuang. 

"Aku akan kembali mendapatkanmu, Saifudin. Akan ku hancurkan kau dalam gumpalan tanah negerimu sendiri. Akan aku pastikan kuburanmu tidak bertanda. Akan kupastikan kematianmu tidak diratapi... apatah lagi untuk dikenang. Seluruh marga negerimu akan ku seksa. Ku jadikan negerimu sebuah nereka dunia!" - Ratna Sang Ratu Sulaman

"Sebagai manusia.. aku sayang padamu." Saifudin dengan gelar Laksamana Sunan.

Dalam kancah peperangan dan permusuhan yang sedang rancak bergolak, maka...

Di sinilah... lahirnya seorang legenda. 
Di sini jugalah zahirnya sebuah cinta.
I ambik masa sebulan juga untuk habiskan novel yang satu ini. Sebabnya bulan lepas Iolls sibuk menguruskan Majlis Bertandang di pihak lelaki pulak.Tapi settle majlis,  I sambung baca dan beberapa hari kemudian tamat lah ia.  

Point utama dalam novel Sunan the Series yang kali ini adalah berkisar tentang cinta. Bukan sahaja antara Saifudin dan Ratna seperti yang terkandung dalam sinopis tapi banyak lagi. Cinta kepada Pencipta, kisah Megat dan Seroja. Dan juga cinta si Jaka yang kemudiannya terjebak dalam kancah kegelapan, lebih dikenali sebagai Raja Tambuakar yang bermaharajalela di Tanah Mati. Biarpun point utamanya tentang cinta. Aksi lawan itu ini tetap ada. 

Novel yang ini, sebenarnya adalah permulaan kisah Laksamana Sunan. Sebelum novel Bagaikan Puteri lagi. So siapa yang dah baca keenam-enam novel sebelum ini, automatik akan refresh balik, er apa yang jadi sebelum ini eh? Tapi best lah! Masa baca akan rasa macam "Oh, ini begini begitu rupanya kisah sebelum ini."

Siapa yang tak baca lagi enam buah novel terdahulu dalam Sunan The Series ini atau yang baru berjinak jinak untuk membaca karya Ramlee Awang Murshid, no worries. Uolls boleh baca novel Sunan Cinta Nan Sakti ni dulu. Tapi jangan cakap I tak bagi warning dulu, kisah Sunan ni addictive tau. Hiks

p/s : Ada lagi ke kisah Sunan selepas ini? Dah bertahun tahun kot follow cerita Laksamana Sunan ni. 

GIVEAWAY HUJUNG TAHUN 2015 NS


HADIAH
[]
4 x Diari Planner Tahun 2016
3 x Hadiah Saguhati

TARIKH BERLANGSUNG :
5 DIS 2015 hingga 20 DIS 2015

KLIK BANNER SEKARANG UNTUK MENYERTAI..!!! 
TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN..

11/12/2015

Kucing Dan Gaya Tidur

Sedia maklum, kucing dan tidur berpisah lah tiada. Macam kucing Ioll, si Caramel tu. Tidur sehari suntuk pun dia mampu. Dengan syarat, tak ada siapa yang kacau. Tapi kalau dah namanya manusia bukan boleh tengok haiwan bulus bulus yang comel begini buat aksi yang super duper comel especially time tidur. Confirm datang menganggu. Tak gitu? Hiks. 


Tidur dengan pelbagai aksi, dengan pelbagai gaya yang macam macam ada tu. Itu memang mengundang. Mengundang apa? Mengundang geram! Tapi uolls tau tak yang setiap gaya dan aksi tidur kucing tu ada maksudnya tersendiri? 


“Please stop playing with my toes while I’m asleep.”

Hiks. Betul jugak kot. I paling suka geletek geletek tapak kaki kucing time kucing tengah tidur. Macam best aje. 


“I trust you completely.”

Caramel paling suka tidur begini. Trust? Harapkan pagar, pagar makan padi lah. Time begini lah best untuk geletek dan gigit perut yang penuh lemak tepu itu. 


“I want you to think I love you, but I’m really just gross.”

Atas baju kotor tak pernah lagi lah, so maksudnya kucing Iolls bukan lah kucing pengotor. Ehem. Lagipun siapa yang campak baju kotor merata kan? Harus lah campak terus dalam laundry bag. Cuma satu je lah yang I hangin dengan Oreo. Paling suka melompat masuk dalam bakul baju bersih yang belum dilipat. Baru je lepas ambik baju kering di jemuran, sesaat kemudian sedap aje dia lompat masuk dalam bakul sambil jilat bulus bulus yang putih bersih itu. Kucing oh kucing!


“We love each other more than we love you.”

Time tidur Oreo dan Caramel sangat berbeza. Sebab tu lah I tak nampak lagi kejadian di atas ini berlaku. Mana taknya, Caramel yang sentiasa tidur manakala Orea pulak yang senantiasa berjaga. Kucing hyperaktif kan. 


Hei! Cekcinya awak.

Macam macam gaya, macam macam definisi dan macam macam cara untuk manusia menginterpretasikan gaya tidur seseekor kucing itu. Boleh jadi begini, boleh jadi begitu. 

Tapi kan kalau time kucing tidur ni, kita ready aje lah camera. Mesti boleh snap pelbagai aksi yang mencuit hati. Betul tak?

p/s : Nenek tanya, ada ke kucing pendek telinga. Oh adalah, tu Caramel. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...