Alkisahnya semalam kan public holiday untuk negeri Selangor. Iye lah susulan dari kemenangan pasukan bola sepak Selangor yang berjaya menggondol Piala Malaysia itu.
Tapi sayang seribu kali sayang, I dan En. Barney dua dua tak cuti. Kononnya due to company critical operational needs. Makanya terpaksa lah bekerja seperti biasa.
Pagi pagi mulakan rutin hari bekerja seperti biasa. Dan bila nak start enjin kereta, kereta tak boleh start pulak. Ini kes mogok tak nak pergi kerja la ni. Bukan I yang malas nak pergi kerja tapi Si Merah ni ha!
Tak memasal lah orang yang kena outstation ke JB itu balik hari saja. Nak settle kan kereta kesayangan wife tersayang. Pandai eh Merah mogok time public holiday. Kalau tak ada meeting memang awal awal lagi whatsapp boss mintak EL. Tapi semua itu terpaksa lah dilupakan begitu sahaja. Sekali bila masuk office, meeting cancelled sebab ramai yang EL. Menyirap oi, menyirap!
Monday Blues berganda tatkala hari isnin adalah hari cuti. Office kiri kanan semua cuti tetiba office Iolls je kereta keluar masuk dengan aktifnya. Tambah lagi menyirap nya.
Balik dari office, mencoklat sebentar lepas geram sebelum ke bengkel. Terus sejuk sekejap. Sekejap je, sekejap.
p/s : Dear Merah, please be nice okay.




