16/12/2014

Long Distance Friendship

Kalau google quotes tentang friendship, rasa macam nak letak semua dalam entri. Kadang-kadang, bila baca gedik pulak tetiba sebak. Padahal tak ada apa pun. Pfft, perempuan. Ingat orang bercinta je ada perhubungan jarak jauh? Eh, best friend forever and ever and ever and ever pun ada jugak lah. Er berapa kali nak taip 'ever' lah?

Macam I dengan le BFFs, haruslah jarang sungguh bersua muka. Yela, semuanya tinggal merata. Biarpun Sarawak tu bunyi je dekat sebab dalam negeri sendiri tapi jarak tetap jauh beribu batu. Tambah pulak I di bumi semenanjung. Yang dekat pulak, sibuk ber-outstation ke sana ke mari. Even whatsapp, FB dan yang sewaktu dengannya pun jarang dek kerana kesibukan itu dan ini. But still, sentiasa up-to-date dengan story memasing. 

sumber : google

So semalam boyfriend, eh best friend I ajak jumpa. Minggu depan Christmas pulak kan, haruslah dia terbang ke KL untuk shopping. Kononnya shopping raya dia lah. Tapi time raya I pun dia sakan shopping jugak. After kerja sempat jugak jumpa sekejap. Lepas ni entah bila pulak boleh jumpa.


"Aku nak cari suami orang kaya, boleh ikut dia outstation pergi overseas"
Alyn, 2014

Hampeh punya kawan. Mengata I nampak.

Masa tunang tempoh hari dia gedik tak ada kat Miri pulak. Itu lah padan muka I. Siapa suruh tak bagitau best friend sendiri. Tak apalah, kali ini dah bagi warning awal-awal, kau pergi offshore time aku kahwin nanti siap! Putus kawan tiga hari setengah. 

Sumber : Google

p/s : Plan untuk next year, Malaysian GP sesama okay? Tapi Singapore night race pun cam best jugak kan?

15/12/2014

Sample Percuma Sunich : Natural Fruit Juices

I sebenarnya nak story-story pasal hari sabtu yang busy dengan kenduri dan kisah singgah express di bandar Kuantan. Tapi sebab Iolls agak kurang rajin untuk menaip makanya buat entri simple untuk hari ini. Monday Blues untuk blog biru chipmunkandbarney. 

Semalam singgah sebentar di Giant Seksyen 13 Shah Alam. Biasalah nak topup barang dapur sikit. Lepas bayar, on the way nak keluar staff Giant hulur dua kotak minuman. Katanya free. Mula-mula En. Barney taknak ambik, tapi staff tersebut insist jugak siap tekankan lagi ianya free so ambik je lah. Rezeki jangan ditolak ye?


Tak pernah pulak tengok jenama ni. Ke Iolls yang tak perasan ada dijual di mana-mana? Ataupun produk baru sebab itu lah diagihkan kepada orang ramai. 


Bak kata En. Barney, mungkin Yusuf Taiyoob nak bawa masuk produk berkenaan tapi nak tengok dulu bagaimana penerimaan orang ramai. Berkemungkinan begitu. Sesuka hati je buat konklusi sendiri. 

Rasanya not bad juga. I suka sebab kurang manis. Katanya 30% jus buah sebenar. Tapi disebabkan Iolls tak berapa suka sangat buah mangga, I rasa sikit kemudian En. Barney bantai sorang dua-dua kotak. Dia kata sedap jugak. Lagi-lagi buah mangga tu favourite dia pulak. Cuma I tak sure pulak kalau ada perisa lain selain dari mangga. Tapi mesti ada kan, takkan pulak tak ada. 

p/s : Ini betul-betul monday blues ni lepas cuti 4 hari. Oh, stress. 

14/12/2014

Makan-Makan @ Warung Mak Mah Nasi Ayam 1, Port Dickson

Jumaat lepas, I cuti. Memandangkan duduk rumah habiskan drama korea terlalu sadis untuk dibuat semasa cuti lagi-lagi cuti direct empat hari dari khamis sampai ahad, jadi jumaat tu I pun ikut lah En. Barney pergi outstation. Plus balik hari je lagi senang lah nak ikut. Bangun awal pagi buatkan sandwich sardin sebagai bekalan perjalanan dan tunggu dijemput. Dalam beg campak masuk dua-tiga novel untuk dibaca semasa menunggu En. Barney kerja. 


Destinasi pertama, Hospital Port Dickson. Kata follow En. Barney kerja jadi tak ada maknanya nak berjalan bersiar-siar ke mana-mana. Menunggu lebih 2 jam sambil baca novel yang mana satu novel telah berjaya dikhatamkan. Sambil-sambil itu, google sana sini cari tempat makan best di Port Dickson.

Pada mulanya nak cuba Nasi Ayam Black Pepper yang dengar khabar boleh tahan sedapnya, tapi nasib tak menyebelahi bila kedai tu nampak macam seakan-akan buka tapi seolah-olah tutup. Mana taknya, pagar buka separuh nampak macam tutup, tapi bila tengok ada beberapa orang kat dalam. Last-last option kedua yang dipilih sebab malas nak membuang masa dah. En. Barney ada dua lagi destinasi untuk dituju. Lagipun menerusi pembacaan I macam banyak kedai yang buka malam dan nak pergi Teluk Kemang untuk makan macam jauh sangat pulak. 

sumber google

I google-google, terjumpa kedai ni. Warung Mak Mah Nasi Ayam. Tapi rasanya ada dua cawangan ya? Warung Mak Mah Nasi Ayam 1 dan 2? Terus set GPS ke sini dan iainya terletak berhampiran dengan Masjid Jamek, Port Dickson. 


Dah nama kedai nasi ayam jadi nasi ayam lah yang weolls order. Tapi maaflah, tak sempat nak susun elok-elok, snap gambar cantik sikit. Ini pun snap secara ekspres sebab perut dah kebuluran. Mana taknya, pukul 2 jugak baru lunch. 


Part yang paling best adalah supnya! Selalunya sup yang disediakan sekali dengan nasi ayam agak nan hado jugak bila sekadar tuang air, letak bawang dan garam sikit dan panaskan. Tapi di sini sup tu memang syok lah. Dengan rasa rempah ratusnya lagi. Ayam pulak not bad jugak. Cuma sos tak pedas sangat lah bagi orang yang makan pedas ni walaupun bagi I tetap pedas jugak. En. Barney kata, nasi ayamnya sedap cuma tak ada kicap je lah. Tapi bagi I, rasa nasi ayam tu dah dikaburi dengan sup yang sedap. Rasa sup pulak yang lebih diingati berbanding rasa nasi ayam.  Oh, I dengar lauk tengahari di sini pun boleh tahan sedap.

Warung Mak Mah Nasi Ayam 1
Address : No 1001 & 1002, KM 1, Kedai Jamek, 71000, Port Dickson, Negeri Sembilan

I tak tahu lah beza antara Warung Mak Mah 1 dan 2 ni. Next time kalau ke Port Dickson boleh try serbu Warung Mak Mah Nasi Ayam 2 pulak. 

p/s : Orang selalu pandang remeh dalam menyediakan sup. Tapi percayalah sup juga memainkan peranan penting. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...