04/01/2016

Australia's Souvenirs Giveaway By SitiYangMenaip & SalbiahM


Tag : Cik Yaya

1/1/2015 - 3/1/2015

03/01/2016

Raja Sekalian Alam

Ini adalah entri autopublish sebenarnya. Kan dalam entri semalam I ada mention yang weekend ni nak pergi cuti cuti Malaysia kejap. Alah, tak jauh pun. En. Barney kata lebih kurang 2 jam je naik kereta.

Itu kisah entri autopublish. Tapi Iolls sebenarnya nak cerita benda lain. Biasalah, menyimpang. 

Pernah I ceritakan dalam entri yang INI. I dan En. Barney belikan cage untuk Oreo dan Caramel. Kalau dah nakal sangat panjat sana dan sini, masukkan aje dalam cage sejam dua. Denda yang tak makan saman. 

Tapi lain lah pulak ceritanya dengan Si Oreo ini. Dia tak masuk dalam cage tapi dia panjat naik atas cage! Kucing nakal sungguh.

Konon raja di atas singgahsana lah tu. Pfft.

Nak panjat atas cage pun panjat lah Oreo. Asalkan jangan panjat naik Fridge, Microwave dan kabinet dapur. Yang ini Oreo nak tunggang terbalikkan pun sila sila. Tiada halangan. 

Oh by the way, I kan pernah buat entri tentang Menangani Kucing Yang Hyperactive. Alah macam Oreo tu. I dah jumpa satu jalan penyelesaian bagi menangani masalah kucing nakal seperti Oreo ni. Cari satu kotak kosong. Letak lah di tengah tengah ruang tamu. Ikut suka lah si bulus tu nak main macam mana. Asalkan tissue roll Iolls selamat!

p/s : Dah hampir hancur dah kotak tu bulus berdua ni kerja kan. Kena rajin sikit menyapu lah tapinya. Tak apa, jangan habis musnah barang yang lain. 

02/01/2016

Cuti-cuti Malaysia di Tahun Baru

Orang lain sedang bergumbira sakan bercuti, Iolls baru nak bertolak. By the way tak lah cuti sangat pun. Dah alang berkereta merentas sempadan negeri sebab nak menghadiri kenduri cousin En. Barney so apa lagi sambil menyelam minum air lah ye. 

Stay semalam, jalan jalan sekejap mana yang sempat diterjah. Ke mana? Alah, nanti lah story ye. Hiks.


p/s : Hint dalam gambar di atas. Agak agak ke mana eh? Ehem.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...