Sejak I buat
Entry INI berkenaan dengan bahaya game
Candy Crush Saga ni, setiap hari mesti ada je keyword berkenaan
Candy Crush Saga. Macam-macam. Jadi nak share lah pengalaman main game ni kan.
Pengalaman tau, konon hebat lah tu. Tapi nan hado jugak.
Soalan Pertama : Cara Main Candy Crush Saga?
Nak main Candy Crush Saga ni senang je. Kena pandai main dengan Combo dan pandai atur strategy macam mana untuk complete task yang diberikan. Contoh :
- Clearkan jelly : Fokuskan lah tempat yang ada jelly tu. Sebab task nak clearkan jelly je kan?
- Turunkan Ingredient : Fokuskan lah kat line menegak di mana ingredient tu berada.
- Complete order : Yang ini kalau task yang kita kena buat cuma berkaitan dengan warna je senang. Fokus je kat warna yang dia nak. Kalau combo pulak, kena pandai-pandai atur strategy macam mana nak dapatkan combo yang dikehendaki tu.
Setakat yang Chipmunk ingat dan level yang Chipmunk main ini je lah task yang ada. Ada yang Chipmunk tertinggal tak? Untuk Combo pulak :
- Nak dapatkan Striped Candy kena matchkan 4 candy.
- Nak dapatkan Wrapped Candy kena matchkan 6 Candy sama ada berbentuk L ataupun T
- Nak dapatkan Bomb matchkan 5 Candy.
Jangan lupa untuk cuba
combination ini juga :
- Striped Candy + Striped Candy
- Striped Candy+ Wrapped Candy
- Striped Candy + Bomb
- Wrapped Candy +Wrapped Candy
- Wrapped Candy + Bomb
- Bomb + Bomb
Tapi yang Chipmunk paling suka Combination No. 2, No. 3 dan No. 6. Kesannya, fuhhhhhh. Hebat! Lagi satu, kalau dah habis lives tu boleh lah request kat kawan-kawan yang gila main Candy Crush Saga ni jugak. Jangan request kat kawan-kawan FB yang tak main game ini pulak. Dah menimbulkan rasa annoying dan menyampah di situ. Satu lagi tips bagi yang main game ni kat phone, bila dah habis lives kat phone tu boleh lah kita bergerak ke FB pulak. Link kan Candy Crush Saga di phone anda tu dengan FB. Masa main tu, mesti ada je kita nampak "Connect to Facebook". Jangan lupa klik pulak.
Klik Ask Friends dan pilih lah kawan yang mana kita boleh minta nyawa. Minta nyawa oiii!
Soalan Kedua : Macam mana nak main game Candy Crush Saga dalam PC?
Yang ini Chipmunk cakap pasal link kan ke FB tadi tu. Tak ada smartphone? Siapa cakap tak boleh main Candy Crush Saga. Facebook kan ada.
I selalu main kat phone je. Lagi senang.
Soalan Ketiga : Bagaimana cara mudah untuk dapatkan tiket Candy Crush Saga?
Request kat kawan-kawan FB. Salah satu function "Connect to Facebook" selain daripada boleh minta nyawa kat kawan-kawan. Cara paling mudah dah tu. Chipmunk tak tau lah kalau ada cheat bagai ni. I ni jujur orangnya. Tak main la cara-cara begini. Tiket ini sangat perlu ye untuk ke level seterusnya.
Level 208
Baru berapa jam stuck kat level di atas. Menyampah pulak rasa task yang nak combination combo ni. Grrrrr
p/s : Dah tengok gwiyomi comel versi wig? Kalau belum boleh tengok SINI. Si Gwiyomi 3 itu adalah Cinderella yang sedang mencari Prince Charming nya. Kalau ada sesiapa yang berminat boleh hantar resume anda pada saya dan akan diserahkan kepada yang berkenaan.