Alhamdulillah, sudah boleh duduk goyang kaki mengadap laptop sambil minum secawan teh panas walaupun di tengahari. Berakhir sudah segala program yang Chipmunk promote dalam entri INI sempena Festival Sanjungan Satria (Fessat) 2013. Dan boleh lah Chipmunk story-story tentang apa yang Chipmunk nak story. Er, kenapa ayat pelik sangat ni?
Sabtu lepas berlangsungnya program Bual Bicara bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dan haruslah Chipmunk dengan rela hati menghadirkan diri. Idola tuuuuuu!!!
Ni Chipmunk snap dari skrin besar sambil menunggu Tun Dr. Mahathir dan isteri tiba.
Jujur Chipmunk cakap, saat Tun Dr. Mahathir dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah masuk ke dalam dewan dan melalui karpet merah menuju ke pentas, airmata macam nak gugur je. Sebak yang teramat. Yela, dapat duduk satu dewan dengan Tun berdua pun dah rasa bangga sangat-sangat!
Membahaskan topik "Mahasiswa dan Kedaulatan Negara"
Kalau akal fikiran kita bebas, baru la kebebasan dan kedaulatan negara kita bermakna.Tun Dr. Mahathir MohamadDewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM22 Mac 2013
Tun bersama isteri dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UKM.
Dan yang paling penting, Chipmunk berkesempatan untuk berdiri di sebelah Tun Dr. Mahathir dan isteri, bercakap sendiri dengan Tun Dr. Mahathir walaupun soalan Tun hanyalah "Nama siapa?" dan bersalam dengan Tun Dr. Siti Hasmah. Perasaan tu memang Chipmunk tak dapat nak gambarkan. Macam tak berpijak di bumi yang nyata pun ada. Gembira tak terkata!
Buku Chipmunk yang ditandatangani oleh Tun Dr. Mahathir sendiri. Bangga!!
Di sini, Chipmunk mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang terlibat, AJK Fessat khususnya kerana telah merealisasikan impian Chipmunk untuk bertemu sendiri dengan seorang tokoh hebat seperti beliau. Tun Dr. Mahathir sememangnya idola Chipmunk sejak Chipmunk sekolah lagi tau. Chipmunk masih ingat lagi masa sekolah dulu, esei Chipmunk pernah dibaca semasa perhimpunan khas sempena persaraan Tun Dr. Mahathir. Itupun dah bangga, ini kan pulak bertemu sendiri. Berganda-ganda bangganya!
p/s : Tapi sayang, tak sempat nak ambil gambar. Tun nak balik dah. Tu pun alhamdulillah sempat minta beliau sign buku tu, rezeki. (^_^)
26 comments
Bestnya dapat bersemuka & bersalam dengan Tun.Dr Mahathir & isteri..siap dapat sign tu..jeles.. :)
Untunggg! Mesti rasa best giler sbb bjumpa dgn idola. Kan kan kan!
@LiLy @ MaMaQiStInA
mcm mimpi je kak.. hehe
@Vee Lea
best gilak2!!! hehehe
bangganya..:)
wahhh bestnya dapat jumpa tun M. tak snap pict berdua ke? :)
dulu sy pun ada gak join simposium kt PWTC..Tun jugak yg dtg..bangga sgt..kagum giler dgn Tun..:D
bestnyer dapat bertemu dan bersalaman dengan tun. Idola sis juga tu. Mesti malam tu ada yang tak dapat tidur kan...hehe
waah bestnye bestnye bestnye! jelesnye aisya dpt ckp dgn dr m n autograph skali! hehe
salam cik aisya =)
owhh ni yg event yg disebut ari tu ea..ade ex-pm..hehe
beshnyer..^_^
bertuah sbb berpeluang bersama Tun...bkn senang kan :)
untungnya... dapat jumpa realiti!
nama saya xde dalam entri ni.. :P
seronoknya aisya dapat jumpa idola.... ^_^
@Normi Nieza
=)
@Chic Na
syg.. tak sempat.. tp kawan ade gmbr candid.. hehehe
@Mime MF
kan kan kan! hehe
@puteri kasih
mmg takleh tido pun sis.. exciteddddd sgt!! hehe
@haz
alhamdulillah... impian jadi kenyataan.. XD
@Cik Yaya
best sgt! =)
@ayut
tu la.. mmg berangan nak jumpa sendiri dgn Tun.. Alhamdulillah, bukan angan2 mat jenin.. angan2 jadi kenyataan.. XD
@azizah :)
alhamdulillah kak jijah.. rezeki sy dapat bertemu 4 mata dgn Tun.. =)
@iEdYa AbDuLLaH
Gedik.. tu ha, ada kat entry yg satu lagi tu.. =P
@miz ruha
seronok seronok! hehe
aisyah btuahnya :)
@Shida Radzuan
bertuah sgt rasanya sis.. =)