17/03/2013

Oz the Great and Powerful

Semalam sempat jugak pergi The Mines nak tengok movie Oz the Great and Powerful. Plan asal nak pergi rabu lepas, terpaksa tangguh sebab Chipmunk last minute ada kolokium pulak. Dengan tak sihatnya lagi, batuk dan sakit tekak. Memang haru biru lah jadinya.

Balik ke topik asal ye cik kak. Chipmunk sebenarnya memang dari dulu lagi teringin nak tengok movie ni. Biasalah, perempuan umur 20++ yang masih lagi berjiwa kanak-kanak ribena memang begini. Tak padan dengan title pelajar sarjana sungguh. Maka En. Barney yang kurang dengan movie yang sebegini pun kita heret sekali. Tapi sekarang beliau pun dah terpengaruh dengan virus jiwa kanak-kanak ribena ni. Mission accomplished!


Cerita ni okay lah untuk tontonan seisi keluarga dan agak kelakar. Penuh dengan warna-warni. Yang Chipmunk tengok ni yang biasa-biasa je. Bukan yang 3D. Agaknya kalau yang 3D mesti lagi menarik kot. Tapi bahagian awal cerita jangan terkejut pulak macam tengok movie kat tv lama yang tak ada warna. Bila Oz (James Franco) mula memasuki The Land of Oz baru lah kita nampak betapa colourful nya dunia.

Oz the Great and Powerful ni mengisahkan tentang seorang ahli silap mata yang memasuki alam ajaib yang penuh magis. Kehadiran Oz ni sebenarnya dinanti-nantikan oleh penduduk di The Land of Oz kerana raja yang terdahulu telah meramalkan bahawa akan ada seorang ahli sihir yang mampu mengalahkan ahli sihir jahat. Tapi masalahnya, siapa sebenarnya ahli sihir jahat ni, Theodora (Mila Kunis), Evanora (Rachel Weisz) ataupun Glinda (Michelle Williams)? Dan mampukah Oz mengalahkan ahli sihir jahat yang sangat berkuasa tanpa menggunakan sebarang magis pun? Haaaa, Chipmunk dah tahu dah endingnya. Siapa-siapa yang tak tengok lagi tu pergi lah tengok. Dan yang dah tengok tu diam-diam tau, nanti spoil pulak endingnya. Hehe

Enchanted land, The Land of Oz

Oz dan monyet terbang bernama Finley

Oz dan China Girl yang diperbuat daripada seramik

Glinda

Evanora dan Theodora

Ha, yang ni cuba teka siapa?

Chipmunk bagi movie ni 8/10 lah. Tunggu apa lagi, cepat bawa adik-adik, abang-abang, dan kakak-kakak tengok Oz the Great and Powerful ni. Nak bawa datuk nenek pun boleh jugak. 

p/s : Susah betul nak cari casing phone ni. En. Barney kata "tu lah, beli lagi phone yang rare ni". Hmmm..

24 comments

3/17/2013 04:46:00 pm

perggghh..perghh..perghh lagi..nk p tgk la..jiwa rmja 20++ mcm kita mmg suka cerita cmni..haha sy pu suka! :D

3/17/2013 06:43:00 pm

Mesti bestttttt movie tok nakkkkk! ;D hee. Sik sempat ngga gik -,-

3/17/2013 07:12:00 pm

@Mime MF


haha.. kanak2 ribena mmg begitu. haha

3/17/2013 07:12:00 pm

@Sally Yatiey

bestttt! hehe.. download jak kelak..

3/17/2013 08:46:00 pm

tunggu keluar astro 1st la nampaknya. cikna memang minat citer2 fantasy & magic2 camni. hehe..

3/18/2013 05:12:00 am

mcm besh je..yya pla xtau bile nk g tgok..heeee

3/18/2013 09:11:00 am

Macam best citer ni...Hubby akak suka citer macam ni tapi akak kurang.. :)

3/18/2013 10:21:00 am

aritu nak tgk cerita ni tapi pakwe akak tak minat! hahaha.. then kitorg tgk warm bodies. not bad :)

3/18/2013 11:43:00 am

@Chic Na

yeay.. sama! hehe

3/18/2013 11:44:00 am

@Cik Yaya

insyaAllah ada peluang g la tengok.. :)

3/18/2013 11:44:00 am

@LiLy @ MaMaQiStInA

terbalik pulak kita ni kak.. kalau bawa Qis pergi tengok mesti dia excited tgk benda yg warna warni.. :)

3/18/2013 11:45:00 am

@Hanida Moss

tak minat tgk movie yg begitu.. tp tgk trailer not bad jugak.. hehe

3/18/2013 02:15:00 pm

Wahhh best juak rupa movie tok! Tapi.. Mesti 18++ jak dapat nak? Huhu

3/18/2013 05:14:00 pm

wah cter ni.. mlngnyer x tngok lagi. huhu.. tngk trailer dyer mcm mnarik.. x bole jadi ni.. XD

3/18/2013 05:56:00 pm

wahh dunia fantasi mesti seronok tengok ni...

3/18/2013 08:05:00 pm

@Nabeel Fikree

xjuak.. movie tok PG13.. :)

3/18/2013 08:05:00 pm

@Aina

ha, tnggu ape lg.. pawagam dah memanggil2 tu.. hehehe

3/18/2013 08:05:00 pm

@azizah :)

seronok kak.. jd kanak2 ribena kejap.. hehe

3/19/2013 10:14:00 pm

tak tengok lagi movie ni... tak sempatlah...

*ayat sebetulnya, tak ada orang nak teman.*

3/19/2013 11:31:00 pm

wahh bestnya cite ni aisya..cam nk tgk jer..

3/20/2013 11:34:00 am

@miz ruha

meh sy temankan kak ruha.. hehe

3/20/2013 11:38:00 am

@Shida Radzuan

cepat2 g tengok.. hehe

3/20/2013 12:38:00 pm

rmai ckp cite ni best..tp ayut tak tgk pon lg :)

3/25/2013 02:03:00 pm

@ayut

mmg best pun.. =)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...