30/03/2013

5th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2013

Bermula 28th March sehingga 31st March 2013 berlangsungnya Pesta Belon Udara Panas yang ke-5 di Presint 2, Putrajaya. Mesti ramai yang dah pergi kan? Chipmunk dan En. Barney pun sempat lah pergi sekejap petang tadi. Memandangkan esok nak pergi Pesta Kasut kat PWTC pulak, jadi sempat pergi hari ini je lah.

Tapi yang tak bestnya disebabkan cuaca yang tak mengizinkan tak boleh la tengok Hot Air Balloon. Sampai-sampai je kat tapak Hot Air Balloon tu para pekerja tengah lipat-lipat balloon tu. Tak tau nak panggil benda tu apa. Suka hati je perempuan ni nak panggil apa kan.

Disebabkan tak berpeluang nak tengok balloon yang macam-macam rupa bentuk tu, Chipmunk dan En. Barney pun pusing-pusing lah di sekitar tapak pesta. Itupun sebelum hujan turun macam coklat yang tumpah mencurah-curah ke ladang gandum dalam iklan Koko Krunch tu. Apa punya ayat lah perempuan ni guna. Tengok gambar kawan-kawan Chipmunk, ada yang bentuk sim card, bentuk smurf pun ada. Apakan daya, tak berkesempatan nak tengok sendiri. 

Time ni dah start hujan dah tapi masih lagi rintik-rintik.

Chipmunk suruh En. Barney try. Banyak je alasan dia bagi. Tak pakai kasut lah, kaki tak kuat lah. Padahal gayat.

Ini pun setelah sesi pujuk memujuk suruh En. Barney try. 

Akak tangan tu jangan nak lebih-lebih ye. Ada jugak yang transform jadi naga nanti. Haha

Abang ni hebat gila! Chipmunk dan En. Barney yang berdiri belakang tu terpegun tengok. 

Nampak pelik tiba-tiba En. Barney sorang yang kidal di sini.


Nak cover macam mana pun perut itu tetap nampak ye. 

Ada orang tu minta hadiah sebab dapat strike sekali. 

Lepas tunggu En. Barney selesai tu ingatkan nak pusing-pusing tengok tempat lain pulak. Sekali hujan lebat. Terpaksa la balik. Lagipun En. Barney pun nak masuk kerja jugak. So, bagi sesiapa yang berdekatan dan tak pergi lagi tu boleh lah ke Presint 2, Putrajaya. Tengok belon-belon udara panas yang bermacam-macam bentuk. Yang dah pergi nak pergi lagi pun boleh! ^_^

p/s : Esok pergi Pesta Kasut mesti lagi penat. Harap-harap lah dah cukup sihat dan larat.

22 comments

3/30/2013 08:26:00 pm

warghhhh... cadang nk pergi hari ni, tapi xdok rezeki lg T___T

3/30/2013 08:35:00 pm

en barney aje yang try memanah...
chipmunk tak tunjuk bakat terpendam ke...? ;p

nak gi pesta kasut ye... amek gambar banyak2 ye... ^_^

3/30/2013 08:50:00 pm

wah kan best kalau dpt g tgk hot air balloon ni...dlu masa duduk KL tak pergi skunk duk jauh baru nk g kan..hiksss:p takpe next time kalau ada chance nt nk g la tgk..:D

3/31/2013 12:09:00 am

wahh..akak dh gi sne...whuaa.. esok mmg kne sdiekn kekuatan nk gi round2 kt pwtc tu..ppe pon..soh abg mail cover prot tu..hiksss!

3/31/2013 04:11:00 am

alaa. tak sempat nak pergi. balik sana 8/4 ni. aduii :(

3/31/2013 10:19:00 am

owh..bestnya..:)

3/31/2013 10:29:00 am

bestnye...kalau dekat nak juga pergi..

4/01/2013 11:11:00 am

@Shaqir Ir Manz

ahad tu pergi tak? =)

4/01/2013 11:12:00 am

@miz ruha

taknak lah kak ruha.. nnti semua terpegun tengok kehebatan I..
hahahaha!

4/01/2013 11:14:00 am

@Noura Qifays

dia cover mcm mana pun tetap nampak jugak jijah.. al maklumlah, dah 8 bulan.. hahahahaha!

4/01/2013 11:15:00 am

@mysarah.

ada rezeki tahun depan boleh pergi. InsyaAllah.. =)

4/01/2013 11:15:00 am

@Normi Nieza

tp syg takleh tengok hot air balloon. =(

4/01/2013 11:16:00 am

@LiLy @ MaMaQiStInA

mesti Qis orang paling excited sekali. byk game utk budak2 kak lily. =)

4/01/2013 11:16:00 am

@Mime MF

tahun depan ade lagi. hehe

4/01/2013 02:34:00 pm

ayu pun ada pergi tgk balloon jugak.. ^_~

4/01/2013 08:16:00 pm

seronoknya kalau berada di sekita KL-Selangor macam2 tempat menarik leh g..huhuhu

4/01/2013 09:57:00 pm

beshnyer..nakk pergi...
jao laa...

4/02/2013 11:40:00 pm

@~ayusleeping~

hehe.. syg time sy pergi tu hujan lebat.. tak dpt jalan2 sgt.. hot air balloon pun takde.. =(

4/02/2013 11:42:00 pm

@azizah :)

tu la kak jijah.. sementara masih ada kat sini lg ni nak pergi la klau ada event2 begini.. =)

4/02/2013 11:43:00 pm

@Cik Yaya

tak jauh mane pun kalau pergi sekali sekala.. dlm 45 minit kot kalau tak jammed, tak sesat.. hahaha

4/03/2013 12:54:00 am

seronoknye aisya ..shida suka gak mmanah tu slp2 tpanah org hahaa ^_^

4/05/2013 10:21:00 am

@Shida Radzuan

itu bahaya! haha

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...