30/06/2013

6 tahun sudah usianya.

Entah apa masalahnya. Mungkin sudah uzur. Tiba masanya untuk berehat. Tapi sebelum kamu menutup matamu, izinkan daku untuk menyelongkar isi hatimu.

 
Semua penat lelah, hasil kerja semua ada di situ. Salahkan diri sendiri. Dah tau benda penting, buat lah back up. Kenapa bijak sangat cik kak? Dah tau laptop tu laptop kuno, mahu lagi ambik risiko. Sekarang di mana sudah tesis mu? Ada di dalam itu! Mungkin inilah akibat bila cuba siapkan tesis sarjana dalam masa satu sem. Kelam kabut dan serabut hingga lupa perkara basic. Kesian kau perempuan. 


I is stress. Terima kasih buah hati sekalian. Seakan memahami. Supaya hati tidak terus berduka. Ye, positif. Jumpa nanti!
posted from Bloggeroid

29/06/2013

Loser



Rasa loser gila bila tak buat back up segala benda. Too much to handle. Ini lupa, itu lupa. Ya Allah.
posted from Bloggeroid

Part V : Thanks Mr. NUFFNANG

Alhamdulillah, murah hati betul Mr. Nuffnang kat I bulan ni. Syukur. Bulan June saja dah 6 CPUV Campaign Mr. Nuffnang bagi. Baru satu je yang credited. Yang lain still on going lagi. Rezeki kumpul duit kahwin kan. Ehhhhhh.


KL SOGO June 2013

Kali ni tentang SOGO Sale pulak. Jadi makcik-makcik, kakak-kakak, abang-abang sekalian boleh lah take note. Sesiapa yang ada membership card SOGO tu, boleh lah datang menerjah SOGO pada tarikh dan masa berikut :

Tarikh : 5 dan 6 Julai 2013
Hari : Jumaat dan Khamis
Masa : 9.00 a.m - 11.00 p.m

Memandangkan kita semakin menghampiri bulan ramadhan, itu menandakan Syawal pun semakin hampir. So, sementara SOGO ada sale ni boleh lah buat preparation untuk Raya sekali. Kot-kot nak beli baju/kasut/beg raya ke. Tapi dalam masa bershopping tu ingat-ingat lah jugak, jangan boros berbelanja. Raya, raya jugak tapi jangan sampai berbelanja melebihi kemampuan ye. 

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh lah klik iklan tersebut kalau anda ada nampak di mana-mana tu. Ada senarai harga dan berapa percent off. Boleh lah rancang perbelanjaan nanti.

p/s : Kakaotalk Campaign dah pun credited. Alhamdulillah. Thanks again Mr. Nuffnang.

28/06/2013

Haish, Autocorrect!

Benda yang paling I benci, Autocorrect! Taip perkataan lain, tapi sent perkataan lain. Kalau dengan member-member rapat tu okay jugak. Tapi kalau dengan lecturer misalnya. OMG! Malu gila okay! Rasa malu sama macam time kita tersalah sent mesej kat orang lain. Rasa macam nak sembunyikan muka kat bawah perut Cik TengTeng je. 

Cakap pasal Autocorrect ni, ada benda I nak share. Tak boleh nak halang diri daripada share benda ni. Kelakar okay. 50 Funniest Autocorrect of 2012. Tengok lah sendiri. 








Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi yang selebihnya tu, agak kurang elok bahasanya. I baca dari yang nombor 1 sampai lah nombor 50. Adoyai, tak mampu nak tahan gelak! Boleh klik sumber di bawah kalau nak tengok dari nombor 1 sampai 50 tu.

sumber : INI

Bawa Ku Terbang

Kamu yang bawa ku terbang,
Kamu lah yang jua membawa cinta,
Ke jalannya.
- Bawa Ku Terbang, The Fabulous Cats-

Ehhhhh.
Kononnya tengah menyanyi dengan riangnya sebab tu ada lirik lagu The Fabulous Cats sekali. By the way, Chipmunk dah sampai di UKM dengan selamatnya. Dalam pukul 6.00 petang sampai KLIA. Kali ni naik Malaysian Airlines sebab tiket lebih murah dari Air Asia. Nak try guna Malindo Air yang baru tu, tapi hanya ada flight pukul 11 pagi je dari Miri ke Kuala Lumpur. Bagi siapa-siapa yang nak terbang dalam masa terdekat ni boleh lah try Malindo Air. Dengar-dengar ada promotion. Nanti check balik lah, sebab I pun tak sure pasal ni. 

UKM, here I come! Kononnya baru pertama kali lah?

Dah selesai ambik luggage dan jumpa En. Barney di luar Balai Ketibaan terus call mak nak bagitau anak perempuan dia ni dah sampai. Sekali mak bagitau kat sana blackout. Mak call adik dia di Bintulu pun blackout jugak, call adik bapa di Kuching pun bagitau benda yang sama. Satu Sarawak blackout! Dah lah pagi tadi kawasan perumahan I tak ada air! Nasib baik dalam sejam dua je. I dah lah belum mandi, nak hantar mak mengajar lagi. Nasib baik lah ada simpan air sebaldi dua. Mandi P. Ramlee sangat! Dah ada air tu, harus lah I pergi mandi lagi sekali.

sumber : INI

p/s : Ingat nak tengok movie semalam tapi tak ada masa yang sesuai. lewat sangat atau awal sangat pulak.

27/06/2013

Coklat (Yang Manis) - John Norafizan

Jom review novel pulak kali ni. By the way, ini adalah entri autopublish tau. Balik ke UKM semula hari ni. Dalam 6.30 petang tiba di KLIA. Takut tak sempat pulak nak buat entri. Lagipun En. Barney kata, dia ambik Chipmunk terus dari tempat kerja. Kot-kot lepas tu En. Barney ada nak bawa ke mana-mana ke. Tengok Man of Steel atau World War Z mungkin. Best tak eh? Tak payah nak prolog sangat eh perempuan.

Ingat tak hari tu masa Chipmunk balik kampung, Chipmunk ada bawa bekal, dalam entri INI. Dah lama dah habis baca novel ni. Tunggu mood nak review je ni.


Coklat (Yang Manis)
John Norafizan

Sinopsis Coklat (Yang Manis). Klik untuk lebih jelas.

Ini novel adik Chipmunk sebenarnya. Adik cakap best. Cerita tentang sekumpulan pelajar-pelajar Tingkatan 6 Rendah yang berkawan baik dalam mengharungi pahit manis kehidupan. Sedih, tawa semua complete. Penceritaan penulis buat Chipmunk rasa rindu nak jadi pelajar sekolah balik dan menyedarkan Chipmunk rupanya dah separuh dekad tinggalkan sekolah. Haish, tuanya rasa. Dalam novel ni ada watak sampingan yang comel, Koko si Kucing Gemuk yang punya kisah yang tersendiri. Dan penulis juga berjaya menyampaikan kepada pembaca bahawa pantai Mersing itu sangat cantik! Sampaikan Chipmunk geram nak pijak pasir pantai di sana. Seronoknya. Chipmunk suka jalan cerita dan gaya penulisan novel ni. Sweet dan santai je rasa. Seolah-olah macam bersantai di tepi pantai dengan novel di tangan sambil makan sekotak coklat dan ditemani angin laut yang bertiup lembut. Cewah! Tak heavy macam novel-novel biasa yang Chipmunk baca. Memang sangat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan remaja khususnya pelajar-pelajar sekolah.

p/s : Sekali sekala baca novel santai begini seronok jugak.

Spontaneous Thursday : Beli-belah? Shopping?

Pernah terfikir kenapa kita guna perkataan beli-belah? Kenapa tak beli-beli atau lain-lain?

Adik Chipmunk kata, lepas kita beli-beli barang. Kita blah lah. Kita nak tunggu apa lagi? Sebab tu kita panggil beli-belah. Errr...

Sikit-sikit Slurpee. Gila Slurpee betul dia ni.

25/06/2013

Review Ringkas

Straight to the point. Malas dengan mukadimah panjang-panjang yang mengarut dan merapu. Kita terus kepada blog yang pertama untuk hari ini. Dengan jawapan entri INI yang paling tepat sekali. Cik TengTeng memang sedang perhatikan Cik Kura yang sedang lincah bergerak. 


 
Dengan tagline 'So Full of Myself. I'm not that nerd'. Banyak kali masuk blog ni pun tetap tak boleh nak rungkaikan apa sebenarnya yang cuba disampaikan. Nak kata tuan tanah nerd, tengok gambar tak pun. Hehe. By the way, blog ni sangat-sangat ringan. Tu yang I suka. Warna gelap tapi tak rasa suram pun bila masuk blog ni. Unlike certain blog yang guna background warna gelap-gelap macam hitam, biru gelap etc. Cuma satu je yang jadi persoalan I, kenapa dinosaur?



Blog Cik Hana kita. Personally, I like colour combination dekat header. Pink and Purple. Nampak sangat-sangat lovely! Blog ni memang sangat-sangat kemas. Tak ada widget yang menyerabutkan dan loading pun cepat. Cuma satu je lah. Mula-mula I ingatkan Cik Hana dah buang kotak jerit. Rupanya ada di sebelah kiri. Sebab icon shout tu tak muncul. After kita klik baru muncul. Tu yang tak perasan.



Tengok header je dah tau. Confirm peminat K-Pop dan mesti suka warna pink ni kan. Tapi okay lah pemilihan warna, tulisan dan saiz tulisan. Masih lagi jelas untuk dilihat untuk Si Mata Empat macam I ni. Kemas dan tersusun dan cepat loading jugak. I like!



Blog berwarna pink yang ketiga. Dalam dunia kecil Kak Aiza ni banyak sangat info yang kita boleh dapat. Tak ada widget atau apa-apa pun menjadikan blog ni sangat ringan. Sedap je mata memandang sebab nampak kemas je semuanya. Ditambahkan lagi dengan isi penulisan yang ada. Terbaik lah.



Blog yang terakhir dan masih lagi dengan warna pink. Tengok header, tengok nama pun dah tau. Ini mesti geng pencinta kucing ni kan? Sama seperti blog yang lain, kemas dan ringan. Cuma widget lagu tu mungkin perlu letak di tempat yang lebih senang lagi orang nak nampak. Dan tulisan dekat kotak jerit tu mungkin patut guna warna yang lebih jelas kot sebab warna biru tu tak berapa nak nampak lah. 



Tentang Seseorang


Bukan sesuatu.
Seseorang mungkin.
Eh, bukan.
Bukan kekasih lama.
Jangan salah sangka.
Cuma,
Someone? Somebody?
Somebody that I used to know?
Eh, mungkin?

Errr, apa aku merepek ni?
Kusut? Serabut?

24/06/2013

Cik Kura

Ingat lagi entri INI? Chipmunk ada share satu video ni. Tengah kacau Cik TengTeng bersantai atas kerusi tiba-tiba ada sesuatu yang mencuri perhatian Cik TengTeng. Nak tau apa yang Cik TengTeng perhatikan sebenarnya? Ini......


Ini kura-kura Mak Chipmunk. Namanya Cik Kura. Bukan kura-kura Chipmunk Ken Si Otai dan anak-anaknya tu. Tiga ekor tu dah sama besar dah sekarang. Besar sikit dari tapak tangan Chipmunk lebih kurang. Cik Kura tengah berjalan-jalan mengelilingi ruang tamu katanya. Tu yang buat Cik TengTeng tertarik tengok dia bergerak-gerak. 

 Amboi, tajamnya jelingan.

Ada lima orang blogger bertuah yang dapat teka. Nanti Chipmunk buat review ye. Siapa agaknya ya. Hehe.

Wisteria Tunnel, Kawachi Fuji Gardens

Berangan nak jadi Fairytale Princess? Kononnya macam Princess Aurora dalam Sleeping Beauty? Menyanyi riang sambil ditemani burung-burung yang berkicauan. Cewah, ayat bukan main lagi. Bukan apa, tengok gambar-gambar Wisteria Tunnel di Kawachi Fuji Gardens di Jepun ni pun boleh buat I berangan, kalau jejak kaki kat sana apa lagi. Memang berangan berganda-ganda lah jawabnya

Apa itu Wisteria Tunnel? Mungkin ramai yang tak tau lagi atau mungkin ramai yang dah tau dan Chipmunk yang ketinggalan. Wisteria ni sebenarnya adalah species tumbuhan berbunga yang menjalar. Wisteria Tunnel ni bukan lah terowong dalam erti kata sebenar. Cuma 'terowong' yang ditutupi bunga-bunga wisteria yang cantik especially bila bunga-bunga tersebut kembang mekar. 


Ada lebih kurang 150 tumbuhan berbunga Wisteria dengan 20 species yang berlainan. Ada warna putih, biru, ungu, violet dan pink. Chipmunk baca kalau nak jumpa Wisteria Tunnel yang cantik kena datang dalam akhir bulan April sehingga hujung bulan May. Yela, kalau datang masa musim sejuk nak tengok apa lah kan? Kena datang masa musim bunga lah. Baru cantik bila bunga-bunga tersebut kembang dengan mekar dan berwarna-warni pulak. 





Tengok gambar je dah mampu imagine betapa tenangnya kalau lalu di bawah Wisteria Tunnel ni. Sambil imagine I ni Cinderella. See, berangan lagi. Haih, siapa lah yang tak berangan kalau berada di tempat cantik macam ni kan? Agak-agak kalau nak buat 'terowong' macam ni sendiri kat rumah lepas tu kita guna bunga orkid je jadi tak? Okay, ini sudah merepek.

sumber: INI

23/06/2013

Encik Udang yang gemuk dan sedap!

Nak confess something. Sebenarnya petang tadi I terpaksa menyamar jadi tikus kejap. Tak tahan godaan punya pasal. Lihat dalam pinggan itu, memang tempting sungguh. Memberi seribu kekuatan pada tangan untuk makan satu. Tak cukup satu, ambik lagi satu. Dua jadinya. Tak cukup lagi? Kita ambik lagi satu. Apalah agaknya yang perempuan ni merepek kan?

 Ha, ini punya pasal lah! Menggoda sangat. Grrrr

I alergik dengan udang sebenarnya. Tapi terliur, nak rasa satu. Masa mak I tengah leka bersantai bersama Abang Handsome dan Kakak Cantik di ruang tamu, I pun curi-curi lah pergi dapur. Taknak kena marah punya pasal. Niat hati nak rasa satu je, tapi last-last tak ada maknanya nak rasa satu.

Pilih yang besar-besar dan gemok-gemok.

Kononnya I pergi dapur nak ambik mee je. Nak makan sambil tengok tv. Tapi sebelum ke ruang tamu tu haruslah I ratah dulu hiasan kat atas tu kan. Ehem. Baru makan dua, dah rasa sesak nafas, tekak gatal dan rasa panas. Hambik! padan muka. Terus minum air banyak-banyak. Memang kalau makan udang akan jadi macam tu. Pernah dulu, makan seekor je pun. Tengok orang makan macam sedap je, I terliur lah nak merasa. Sekali sampai merah muka sebab sesak nafas. Memang time tu rasa nak pitam. Memang bergelen-gelen air I minum. Er, itu nampak sangat lah menipukan. Tu yang En. Barney cukup marah kalau I gatal jugak nak makan udang. Bukan tu je side effect kalau makan udang ni. Tangan nanti gatal-gatal jugak. Mula-mula keluar bintik-bintik berair yang gatal tu. Tak tau nak panggil apa benda tu. Last-last tapak tangan akan mengelupas. Ini pun dah start gatal-gatal. Tapi masih lagi perempuan ni gedik nak makan udang jugak kan?

By the way, kawan pernah bagitau. Ada pill alergik apa entah namanya. Boleh dapat kat pharmacy. Makan pill tu before makan. Nak suppress side effect tu la kot. Entah lah. Ada yang makan pill ni tak? Dan lagi satu, kawan ada share petua nak makan udang bagi yang alergik tu. Kena makan dengan kulitnya sekali. Sebab penawar alergik tu ada pada kulit udang. Tapi entah lah. Tak pernah try lah pulak.

p/s : Kadang-kadang jealous tengok orang lain sedap-sedap je makan. Kita pun sekali sekala nak rasa.

Cik TengTeng Ternampak 'Sesuatu'??

Hari ni nak bagi uolls teka teki. Bukan lah teka-teki pun actually. Nak suruh uolls teka apa yang menarik perhatian Cik TengTeng sampai begitu sekali dia tengok berdasarkan video 30 saat di bawah ini.

Maaf lah video tu senget pulak, tapi tak perasan sangat kot.

Dah lama rasanya tak buat review ringkas. Ha, cepat jawab. Before 12 tengah malam ini. Hint nya ada pada gambar di bawah. 





22/06/2013

Hatiku Sudah Patah

Haip, jangan salah faham pulak eh. I okay-okay saja. Tak ada kena mengena pun entri ini dengan hidup I. Bajet retis. Sila lempang perempuan ni sekarang. By the way, cuaca panas berjerebu dan menyakitkan hidung dan kepala ni baiklah kita duduk di rumah je hujung minggu macam ni. Kurangkan aktiviti-aktiviti luar dan banyakkan minum air. Jaga kesihatan ye. Oleh sebab itu lah, Chipmunk duduk bilik sambil melayan lagu-lagu evergreen. I prefer lagu-lagu lama, lagu-lagu baru sekarang ni macam tak tau lah nak kata apa. Kurang menyengat lah berbanding lagu-lagu lama ni. 

Hari ini dah berulang kali mainkan satu lagu Datuk Sharifah Aini ni. Syok pulak dengar sambil baca novel dan ditemani secawan teh hijau panas.


Hatiku Sudah Patah
Datuk Sharifah Aini

Sudah menjadi abu kasihku padamu
Dan tak perlu merayu
Dalam erti kata lain
Kasih tak mungkin terjalin
Walau tangisan darah
Hatiku sudah patah oleh perbuatanmu
Yang di luar dugaanku
Jangan kau harap
Aku akan berubah sikap
Sudah terlewat

Bukan kerna diri ini sudah dihampiri
Waktu terdekat ini
Aku mahu sendiri buat seketika
Tanpa ada sesiapa
Dan buat pengetahuanmu
Kasih dan sayangku
Tertutup untukmu
Ku tahu kau kecewa
Begitu juga aku
Kesal dengan sikapmu

Kalau engkau menjadi aku
Begitu juga engkau lakukan padaku
Jangan kau fikir hatiku
Senang diluka senang disembuhkan
Dengan rayuan maafmu
Setelaj hatiku dicalar seribu
Sayang simpan saja kenangan
Kenangilah bila engkau ingin mengenang
Atau cari saja insan lain
Yang memahami hatimu dan sayangimu

Sudah menjadi abu
Kasihku padamu tak perlu dirayu
Kasihku padamu telah aku campak
jauh...

________________________________

Dah ada video dan lirik. Boleh lah kalau uolls nak join I karaoke. Hehe

Papadome

Semalam cerita tentang perjalanan (entri INI), hari ni cerita pasal makan-makan pulak. Disebabkan busy shopping barang-barang yang adik Chipmunk perlukan memang tak sempat lah memasak di rumah. Makcik Chipmunk pun ambil peluang untuk keluar memborong barang-barang keperluan untuk buat kuih. Tepung siap beli satu kotak terus, nampak macam orang merajuk je beli tepung banyak-banyak. Biasalah, orang berniaga kan. 

Jadi bila tak makan di rumah ni, memang ke kedai makan lah tujunya. Mulanya nak makan di Ket's Kitchen. Sebab cousin cakap situ memang sedap. Tapi disebabkan malam tu memang ramai gila orang, tak ada meja kosong maka terpaksa lah mencari kedai makan lain. Jangan tanya kat mana, yang I tau di area Matang berdekatan dengan E-mart. Last-last makan di Papadome Islamic Cafe and Restaurant. Interior kedai nampak kemas, cantik dan bersih. Cuma kurang orang lah. Tapi cousin I cakap Nasi Briyani sini memang boleh tahan dan banyak lagi tu cuma masa kitorang datang tu Nasi Briyani habis lah pulak.

Cousin dan makcik tengah confuse memilih menu lah tu.

 Serius, memang tak tau nak makan apa sebenarnya.


Cousin a.k.a bodyguard I dari dulu sampai sekarang. 

Cousin Chipmunk order Nasi Goreng Jakarta dan air Lassi. First time pulak dengar kedua-duanya. Rasa macam ketinggalan je bila first time dengar air tu. Haha. Bila I google, Lassi ni minuman berasaskan yogurt. Boleh juga ditambah buah-buahan. Tapi yang cousin I order ni yang biasa je. Sedap!

Nasi Goreng Jakarta
 
Cousin cakap sedap, cuma nasinya dimasak terlebih air. Tak tau apa term nya, kalau kitorang panggil Nasi Licak. Licak tu maksudnya macam lembik. Errr, kalau bahasa melayu biasa apa eh? Bukan cousin je cakap macam tu. Mak yang order Nasi Goreng Tomyam dan Bapa yang order Nasi Goreng Pattaya pun tak puas hati dengan nasinya. Chipmunk, adik dan makcik pulak order Mee Goreng biasa. Punya lah lama pandang menu tapi hasilnya itu je. Mee Goreng tu sedap cuma agak masin lah. Tak sanggup nak makan sampai habis, setengah pinggan dah berhenti. Tak mampu nak menelan kemasinan begitu.

Disebabkan I yang paling awal habis, buang masa menunggu yang lain dengan check in foursquare. Baca tips yang ditinggalkan pun, memang ramai yang tak puas hati especially nasinya. Lepas ni better cari kedai makan lain je.

21/06/2013

Cantik Sehijau Epal - Intan Ardina

Ini salah satu entri yang tertangguh. Hasrat hati I nak review satu novel ni tapi biasalah, macam-macam yang nak disiapkan terpaksa lah hold dulu. Novel kali ni Chipmunk beli masa Pesta Buku Antarabangsa itu hari. Dah lama dah baca, baru sempat nak review.

Intan Arnida

Cantik Sehijau Epal
Intan Arnida

Sebab malas nak taip balik sinopsis novel ni, Chipmunk letak gambar je terus. Boleh klik untuk lebih jelas. Tak lah mata uolss sakit nak membaca tulisan kecik-kecik macam tu. 

Klik untuk lebih jelas.

Bagi Chipmunk novel ni best. Ada kelainan di situ. Tak payah jauh-jauh, basically jalan cerita hanya berkisar di Villa tu je. Biasa lah, ujian saringan nak pilih menantu. Agak santai dan kelakar especially gelagat dua beradik yang turut berebut takhta sebagai menantu Puan Meisa. Twist di pengakhiran cerita memang tak disangka-sangka disebabkan oleh rahsia yang tersimpan dalam proses memilih menantu ni. Siapa yang akhirnya menjadi Firouz Iman tu agaknya kan? Nak tau jawapannya kena lah baca sendiri novel ni. Hehe.

Ini bukan Camar Yang Pulang lah!

Dah berapa hari di rumah baru hari ni mood nak bercerita tentang perjalanan balik kampung hari tu sampai. 3 tahun tak balik, bila balik kali ni tak excited mana pun sempat tak sempat nak pergi mana-mana, tak sempat nak jumpa saudara mara yang lain. Pergi semata-mata nak settle kan pendaftaran adik masuk politeknik.

Hari sabtu tu, bapa dan adik lelaki Chipmunk ada Pertandingan Lalu Lintas di Taman Bulatan, Miri. Disebabkan adik perempuan tu kena mendaftar esok harinya maka terpaksa la kitorang memulakan perjalanan tengahari tu selepas pertandingan. Alhamdulillah, sekolah adik lelaki Chipmunk berjaya mendapat Johan untuk kategori Sekolah Menengah dan sekolah bapa Chipmunk pulak berjaya mendapat Naib Johan untuk kategori Sekolah Rendah. 

Bila dah gerak tengahari tu, memang tak akan direct terus Miri-Kuching lah. Sebab bapa Chipmunk tak nak drive malam-malam. Sakit mata dengan lampu-lampu kereta katanya. Jalan kat sini kalau nak compare dengan di Semenanjung sana memang bagai langit dengan bumi lah. Sana ada highway yang besar-besar dan terang di malam hari. Di sini jalan kecik 2 lane saja yang ada. Paling gerun kalau terpaksa potong lori-lori balak. Kalau terpaksa bermalam tu, family Chipmunk biasanya akan singgah sama ada di Sibu ataupun Sarikei dulu dan kali ini kami singgah di Sarikei. So perjalanan esok taklah lama sangat. 

Bertolak pukul 6 pagi dari Sarikei dan terus menghala ke kampung I di kawasan Simunjan. Sekarang bapa cakap dah ada jalan pintas nak ke kampung. Jadi boleh terus ke sana tanpa melalui Kuching terlebih dahulu. Memang ada simpang ke Simunjan, tapi last time Chipmunk guna jalan memang teruk gila. Lubang besar di tengah jalan. Kalau lembu nak berkubang pun lebih dari muat. Sekarang di tak tau lah macam mana. 



Ini di Feri Saribas dan feri pertama. Ini merentas sungai, bukan laut ye. Tapi I is tak sure ini muara sungai ke apa. First time jugak lalu sini. Ini pun bapa Chipmunk yang jadi tour guide cakap ini kat mana dan macam-macam lah.




Ini pulak Feri Triso-Sebuyau. Berdasarkan apa yang bapa bagitau lah. Feri baru lagi ni dan ini di muara Batang Lupar dan perjalanan menaiki feri lama sikit berbanding feri yang sebelumnya. Chipmunk suka yang ni, sebab akan lalu satu pulau kecik ni. Dan di sebalik pulau tu adalah Laut China Selatan. Bapa cakap lah. Ada satu lagi pulau yang bapa tunjuk. Tapi yang tu agak jauh dan nampak samar-samar je. Pulau Burung, tempat arwah datuk Chipmunk dikebumikan. Bapa cakap memang susah nak pergi sana. Dia sendiri pun berapa kali je pernah sampai. 


Gambar di atas pulak masa dalam feri terakhir iaitu Feri Sg. Buloh di Batang Sadong. Kampung I before feri ni sebenarnya kalau nak menghala ke Kuching. In fact, dari rumah nak ke feri boleh jalan kaki lagi. Sangat dekat. Gambar ni sebenarnya gambar masa kitorang dalam perjalanan balik dari Kuching lepas hantar adik perempuan Chipmunk.

Mak dan adik before nak bertolak balik.

One thing yang I is tak puas hati adalah masalah air. FYI, masalah air ni dah bertahun-tahun tapi masih tak settle lagi. Entah apa lah masalahnya. Tanpa ada notis pemberitahuan atau apa-apa, kita tak tau bila bekalan air tu akan ada dan bila tak ada. Kesian makcik Chipmunk. Kadang-kadang terpaksa bangun awal-awal pagi nak tadah air paip. Tu pun air yang keluar macam hidup segan mati tak mahu. Bapa Chipmunk dah call operator untuk minta nombor syarikat bekalan air yang in charge di kawasan tu, tapi jawapan yang bapa I dapat "Tiada nombor". Last-last, masih lagi menggunakan cara konvensional dengan tadah air hujan, tak pun dengan menggunakan air telaga. Tu pun kalau hujan, kalau dah musim kemarau macam mana?

Sunrise.

p/s : Entah bila boleh balik sini lagi.