Tiada manusia yang dilahirkan bodoh,
Yang ada kurang pandai sebab tak mahu belajar.
Cikgu Fizik Iolls masa sekolah dulu selalu ulang ayat tersebut. Ulang dan ulang dan ulang lagi dalam kelas. Kata-kata semangat kaedahnya. Supaya semua rajin-rajin buka buku buat ulangkaji. Fizik? Memang langsung bukan makanan I. Tapi nasib baik result okay biarpun mencacatkan sedikit abjad yang cantik terletak. Mungkin sebab Cikgu I balik-balik ulang benda yang sama. Rasa tercabar pulak bila dengar. Er, cantik ke masalahnya abjad tu?
Tapi pernah rasa? Bila uolls baru buka mukasurat pertama tetiba orang bagitau straight depan muka, "Eh bodoh lah kau ni! Semua benda nak tanya. Semua benda tak tahu." Sebenarnya siapa yang mengata siapa di sini?
Budak baru belajar VS budak dah lama belajar. Confirm lah yang lama lebih tahu. Tapi sebagai orang lama jangan lah kedekut untuk berkongsi ilmu. Lebih-lebih lagi siap merendah-rendahkan pulak. Kita pun pernah juga berada di situasi yang sama. Bermula dari mukasurat yang pertama juga. Jangan bila dah sampai chapter 5, dah mula bangga diri. Orang lain dikatanya bodoh sewenang-wenangnya.
Ilmu bukan macam emas. Emas bila disimpan takkan hilang, melainkan ada yang mencuri. Ilmu kalau tak dikongsi makin lama makin luput dari ingatan.
Nak jadi orang kaya ilmu mudah, jangan tamak.
p/s : Note to self. Malu bertanya sesat jalan tapi jangan jadi orang yang menyekat dan menyesatkan jalan orang lain.
7 comments
Pehh memang sakit rasa kalau orang selalu cakap kita bodoh T_T
Dia lupa..ilmu Allah punya..
akak tak suka kawan jenis mendabik dada...
kehidupan seperti roda..bila2 masa boleh kebawah
pernah masa sekolah menegah someone ckp mcm ni la kat saya..igt smp mati..well, alhamdulillah..sy yg tak pandai ni skrg dh pegang ijazah..bukan sy nak berlagak, tapi jgn sekali-kali memperkecilkan org lain..ilmu lagi dikongsi lagi bertambah...
Ilmu bukan untuk disimpan... ilmu perlu dikongsikan untuk manfaat bersama... Jika ilmu disimpan dan tidak di amalkan... ianya akan hilang...
matlamatnya bukan gunung atau langit. dapat ilmu secelup air pun dah rasa bangga manusia sekarang ni. hati dia yg berpenyakit cik Aisya, kena pada gurunya; tenang proses pembelajaran kita..
mmg xsk org yg suka sebut perkataan tu kat org lain..
mcmla yg bckp tu pndaiiiii sgtttt huuu