21/03/2017

Pregnancy Journey

Sebelum menyepi tempoh hari. Sebenarnya time tu dah berbadan dua dah pun. Ha, itu lah penyumbang utama kepada kemalasan yang melanda.

Actually, nak kata malas pun tak kot. Nak kata sibuk pun tak jugak. Cuma, tak larat lah nak menulis. Bukan tak larat nak menulis je, tak larat serba serbi.

Mana tak nya, pukul 9 malam dah tarik selimut. Okay lagi tu, ada waktu yang balik kerja tak menyempat nak mandi terus terbongkang atas katil. Kan dah kena bebel dengan husband. Kalau ye pun, mandi lah dulu kan. 

Masa mula mula tau Iolls pregnant. Time tu sentap tau dengan En. Barney. Mana taknya, bila kita tunjuk UPT tu kat dia, dia boleh pulak tengok then selamba je kata, "oh, okay". Dan terus sambung main game kat handphone. Yang kita ni pulak punyalah excited nak tengok reaksi dia. Sekalinya, sabar je lah kau cik kak oi. 

Even dia buat layan tak layan je time tu, alhamdulillah every time check up sentiasa ada temankan. Dia layankan aje perangai hangin wife dia. 

Sepanjang pregnancy, alhamdulillah semuanya okay. Cuma di awal kehamilan, mengalami keadaan placenta previa, atau bahasa kampungnya uri di bawah. 

So ada bleeding sikit. Tapi gatal lagi nak pergi melancong ke Langkawi. Join island hopping bagai kan. 

Morning sickness? Tak ada jugak cuma makanan western Iolls tak boleh nak telan. Carbonara? Itu memang keluar balik lah jawabnya. Yang lain, okay je. 

Part masuk dapur. Bila dah masuk third trimester baru okay sikit. Sebelum tu? Jejak kaki masuk dapur pun I dah nak pitam, apatah lagi kalau memasak. Maka hadaplah si suami makan kat luar memanjang. 


Ni masa buat detailed scan, mengalir air mata tengok anak sendiri. Jangan cakap time detailed scanning, tiap kali scan pun mata ni berair tapi kekonon cool aje. Padahal dalam hati tiada yang tau. 


Time raya, antara week 32 hingga 34. Iolls pun dah tak ingat. Tapi week 35, I dah balik Sarawak. Dan Week 39, selamat melahirkan. 

39 weeks, 13 kg. Tapi even after deliver, sampai sudah proses menurunkan berat badan tu still ongoing lagi.

Last timbang sikit lagi nak ke berat asal before pregnant. Sikit lagi, sikit. 


17 comments

3/21/2017 08:28:00 am

Saya pregnant hari tu pon tak boleh masuk dapur. Ramai rupanya orang pregnant tak boleh masuk dapur 😄

3/21/2017 09:16:00 am

tahniah pregnant. take care dear

3/21/2017 03:03:00 pm

Samalah! Tp fara bru 2bulan skg.. nak membasuh atau masak mmg xblh lagsg... Mkn luar je...

3/21/2017 06:06:00 pm

Alhamdulillah. Tahniah..
dah ada bentuk dah tu =)

3/21/2017 10:15:00 pm

Hahah. Kesian si suami, mmg tak la wife dia nk masak kan. Hehe

3/21/2017 10:15:00 pm

Hehe. Tq.

3/21/2017 10:16:00 pm

Mkn luar pulak satu hal. Melampau2 cerewetnye. Haha

3/21/2017 10:16:00 pm

Dah keluar dah pun budaknye. Hehe

3/22/2017 07:09:00 am

Tahniah sis selamat melahirkan..😊😊

3/22/2017 08:36:00 am

Tahniah

3/22/2017 11:38:00 am

tahniah selamat melahirkan �� babygirl ka babyboy? semoga membesar dengan sihat ��

3/22/2017 01:29:00 pm

jaga diri lek lok k...

3/24/2017 11:59:00 am

lea skrg ni pown tak boleh nk masuk dapur.. makan luar jerk la jwbnye..

3/26/2017 08:46:00 am

Tq.. Hehe

3/26/2017 08:47:00 am

Tq. :)

3/26/2017 08:47:00 am

Baby girl. Aminnn. Hehe

3/26/2017 08:47:00 am

Terima kasih. Hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...