10/09/2012

Kotak Komen Yang Comel!

Mula-mula sekali nak minta maaf sebab tak boleh nak online sangat beberapa hari ni. Busy uruskan hal pendaftaran master kat UKM. Macam yang Chipmunk ceritakan kat SINI. Plus line internet yang lagi lembab dari kura-kura Chipmunk berjalan dari penjuru bilik ke penjuru bilik yang lagi satu! Penat pun penat jugak. Tak ada rehat sangat. Dan sekarang, alhamdulillah sebab kelas semua start minggu depan. Jadi ada seminggu free. Boleh la nak online puas-puas dulu. 

Jadi macam yang dijanjikan, nak bagitau Cik Michelle macam mana nak buat kotak komen yang comel-comel macam ni. Yang I punya ni tak la comel mana pun, korang mesti boleh buat yang lagi grand dari tu kan? Ala, kotak komen yang macam ni tuuuu...


Sebenarnya bukan nak ajar satu-satu, tapi cakap bukan main banyak lagi. Sebenarnya Chipmunk jumpa tutorial tu dekat SINI. Jadi kalau nak buat kotak komen macam yang Chipmunk buat ni boleh lah rujuk tutorial tersebut. Kalau ada apa-apa yang tak faham boleh tanya terus pada tuan punya tutorial. Nak tanya Chipmunk pun boleh jugak, tapi tak lah pandai sangat. Yang simple and yang basic tu reti lah.

Cara-cara nak Highlight Author Comment!

08/09/2012

Terbang.. Terbang pergi mana?

Alhamdulillah, selamat sampai di bumi UKM dengan selamat. Malam semalam flight pukul 10.40 malam, sampai-sampai LCCT pukul 12.45 tengah malam. Thanks En. Barney, susah-susah je ambik kita kat airport dengan perut yang lapar. Ke alasan nak makan sama-sama ni? Hehe

 Semalam perasan pakai kapal terbang Air Asia yang tertulis Semangat Harimau Muda, kalau tak pun Semangat Harimau Malaya. Nampak macam warna biru malam semalam. Malam jadi tak perasan sangat. (Sumber gambar : google)

Around pukul 3 pagi kot sampai Gombak, then singgah McD sebab masing-masing kelaparan. Habis makan kemudian terus balik rumah En. Barney then terus tido dengan perut yang penuh. Bijak sangat. Mana tak bangun pagi tu rasa nak termuntah. Terasa rugi pulak bila mak En. Barney masak sedap-sedap. Mak En. Barney masak memang sedap sampai termimpi-mimpi teringin nak makan masakan mak En. Barney. Mengarut betul mimpi tu.

So, pagi tadi dari rumah En. Barney terus ke UKM untuk sesi pendaftaran. Bukan main lagi ramai orang dan Chipmunk sempat pergi ambik borang yang pihak pengurusan siswazah bagi. Memandangkan ada lagi yang tak complete jadi Chipmunk decide nak sambung settle hal pendaftaran pada hari ahad. Lagipun En. Barney nak pergi kenduri kahwin kawan dia pulak pada petangnya. 

 Door Gift sangat comel dan kat dalam tu ada something sweet yang Chipmunk tak tau nama benda tu. Apa-apapun, Selamat Pengantin Baru!

Serius memang sangat penat tapi gigih jugak nak meng'online'kan diri. 

p/s : Cik Michelle ada tanya something, kelak next entry kamek tunjok. Sik terkabey mok mencarik tutorial yang kamek pakey ya hari tok. =) (Nanti saya tunjuk. Tak larat nak cari tutorial yang saya guna tu hari ni).

06/09/2012

Review : Venom Suria oleh Mazni Aznita

Hari ni nak buat review satu novel yang dah lama tertangguh. Dah lama Chipmunk baca novel ni tapi baru hari ni tergedik-gedik nak buat review. 


Venom Suria oleh Mazni Aznita

Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyeksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan untuk membunuhnya. Kedua-duanya sering muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan yang mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!

Novel yang ni bukanlah novel yang jiwang-jiwang macam Adam & Hawa atau Ombak Rindu tapi berunsurkan thriller. Tapi yang ni bukan thriller sebarang thriller tapi supernatural thriller. Pendek cerita ala-ala drama seram Waris tu lah. Lebih kurang je kisahnya. Watak Marisa tu lebih kurang je dengan watak Suria. Tapi yang bezanya drama Waris ada Rashad tapi Venom Suria ada Izwan dan Nazrul. Tapi apa kaitan mereka berdua ni dengan Suria? Dan sebenarnya Izwan dan Nazrul ni memang ada kaitan pun tapi apa? Pertalian antara Suria dan Mahira pulak tak sama dengan pertalian di antara keluarga Marisa dengan Waris. Kisah sumpahan Suria ni jauh lagi complicated. Chipmunk pun tak tau nak terang macam mana. Tapi yang penting best lah, sampaikan Chipmunk tak berani nak baca malam-malam. Kalau nak tau, kena lah baca sendiri kan.

Kalau jenis yang tak suka baca novel yang jiwang-jiwang boleh lah try baca novel yang ini. Dan kalau minat baca karya-karya Ramlee Awang Murshid pun sila lah baca novel yang ni. Genre lebih kurang je. Macam Chipmunk, Chipmunk ni sebenarnya prefer novel yang macam ni compare dengan novel yang jiwang-jiwang. Tapi kalau nak try baca novel yang berunsurkan thriller ni boleh jugak try baca novel ni. Tapi bagi Chipmunk agak seram jugak lah. 


Kalau nak baca review sebuah lagi novel karya Mazni Aznita iaitu Sayangku Casper boleh klik SINI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...