06/05/2014

Thanks Mr. Nuffnang : Olay AQ Lighthouse

Alhamdulilllah, bila check account Nuffnang dapat satu CPUV baru. Ni yang lagi bersemangat untuk kembali aktif blogging. Sekarang rasa dua tiga pulak sama ada nak cash out atau nak tunggu earning beranak pinak lagi banyak. Tak adalah nak kata earning sekarang ni dah banyak tapi boleh lah top up sikit kumpul duit kahwin kan. Eh?


Olay AQ Lighthouse

Terima kasih Mr. Nuffnang and terima kasih juga buat Olay. Iolls selalu nampak iklan Olay ni tapi tak sure pulak mengenai apa. Adalah tu produk terbaru Olay kan. Agaknya apa lah produk terbaru Olay kali ini ye?

Terima kasih! 

p/s : banyak sangat nak cerita sampai blur tak tahu nak story-story tentang apa dulu. 

05/05/2014

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014

Sabtu lepas berkesempatan juga ke PWTC bersempena PBAKL 2014. Pada mulanya plan lepas Mini Gathering @ Flora Kafe. Tapi memandangkan dengar cerita banyak jalan ditutup, terpaksa tangguh dulu. Lagipun based on pengalaman tahun lepas, ramai yang ambil peluang cuti Hari Pekerja untuk ke PWTC. Tak larat lah nak bersesak-sesak dengan orang ramai. Iolls ni mana tahan tempat sesak sangat, kejap lagi ada jugak yang buat drama, pengsan di pesta buku. 

Sampai di PWTC around 12.00 tengahari. Dengan cuaca panas lagi, migrain gedik pulak nak datang time tu. Tak cukup tidur punya pasal. Ini semua salah drama Korea 3 Days. Tak pasal-pasal pagi-pagi buta baru I lelapkan mata. 

Disebabkan migrain datang menyerang, tak mampu nak fikir ke mana dan nak beli novel apa. I cuma cakap kat En. Barney, hala tuju kita adalah Karangkraf. Sampai-sampai je di dewan Karangkraf tu, tak main dah nak pilih-pilih novel mana cantik, novel mana yang sinopsis best, I terus capai novel yang promotion beli 3-4 novel dengan harga sekian dan sekian. Lagipun bukan Iolls yang baca, Mak yang pesan suruh beli. Time tu cuma fikir sampai kereta nak pejam mata. Kepala dah berdenyut-denyut. 



So total semua dengan harga RM125. En. Barney kata, ini adalah masa yang paling pantas dalam sejarah membeli novel. Kebiasaannya even nak beli satu novel di MPH dan dah tau nak beli novel apa pun selalunya berjam-jam dalam kedai buku. Ini tak sampai sejam pun. En. Barney hari tu urut dada tarik nafas lega. Memang I tak dengar complaint langsung lah kata kaki lenguh sebab teman I pilih novel. 

Maaflah kepada insan terpilih yang kena sound setepek kat sebelah I time tu. Lain kali kalau dah tahu berdiri tengah jalan, berdiri betul-betul depan pintu jadi jangan lah sibuk terkinja-kinja dan tergedik-gedik dengan kawan sebelah. Orang lain nak lalu. Tambah pulak manusia tengah ramai. Jadi jangan buat perangai yang menjengkelkan orang lain. 

p/s : Oh emosi pulak tiba-tiba di penghujung entri. 

04/05/2014

Bloggers' Mini Gathering @ Flora Kafe, Ampwalk

Entri ini mungkin agak panjang dan mungkin juga penuh gambar. Alamak, cermin mata lupa pakai. Nak taip entri panjang-panjang, mata spare harus ada. Nanti berpinar-pinar biji mata ni tak sempat pulak nak taip sampai habis. Takut bising pulak adik comel Qila sebab tak update entri lagi. 

Memandang kalau nak cerita part by part tu tak syok pulak rasa sebab rasa macam tengok cerita korea, bila part best je sedar-sedar dah habis dan kena tunggu episod lain so kita rangkumkan semua cerita untuk Mini Gathering ini dalam satu entri sahaja. Oh, sila baca ayat tersebut dengan hanya satu nafas. Boleh? Dan memandangkan Iolls ni kalau dah menyimpang jalan cerita tu lupa daratan sekejap, jadi harus bahagikan mengikut subtopik siap-siap dalam entri ini. Gaya dah macam tengah writing thesis pulak cik akak ni kan. 


1.1 FLORA KAFE, AMPWALK

Sebenarnya I pernah berurusan sekejap dengan Flora Etcetera masa I kerja di company lama dulu. Sekejap je lah sebab I kerja situ pun sekejap je. Langkah kaki masuk Flora Etcetera tergamam tengok dekorasi yang sangat cantik! Bila Qila kata Mini Gathering akan diadakan di Flora Kafe, terus terlintas di fikiran I tempat tu memang bombastik punya cantik lah. Penuh dengan bunga-bungaan gitu. 


Sampai-sampai je, sembang kejap baru buka menu. Masing-masing pening tak tau nak makan apa. Pagi tu I memang dah melantak one and a half Egg Tart. Half tu datangnya dari I culik sikit En. Barney punya bahagian. So lunch tu perut still kenyang lagi sebenarnya. Cari juga something yang tak heavy sangat dan tak lah ringan sangat. Itu pun pening jugak tak tau nak makan apa. Last sekali pilih Chicken Chop. 

Chicken Chop with Mushroom Gravy

En. Barney pulak pilih Black Pepper instead of Mushroom

Melengkapkan hidangan lunch weolls untuk tengahari itu adalah Watermelon dan Orange Juice. Yang I paling suka tentang Chicken Chop di Flora Kafe ni adalah gravy nya. Black Pepper mahupun Mushroom. Sedap! Sekejap-sekejap I culik sikit Black Pepper dari pinggan orang sebelah. 

Dessert

Yang ini adalah surprise dari Flora Kafe. Thank you, thank you! Disebabkan weolls syok sangat berlari-lari anak ke sana dan ke mari hanya kerana bergambar, tak perasan dengan kehadiran ini di atas meja. Aiskrim vanilla dengan pisang sira, touch up sikit dengan buah ceri dan juga kacang almond. Oh, sangat manis! Bagi penggemar makanan-makanan yang manis mesti suka! Disebabkan Iolls ni bukan lah penggemar makanan yang manis, jadi I mampu kutip kacang almond je. 


Flora Kafe memang sesuai sangat untuk sebarang event macam birthday party, bachelorette party atau segala macam party ataupun gathering. Dengan dekorasi yang sangat cantik dan sangat sesuai untuk uolls selfie berjuta-juta lemon kali. Bunga-bunga cinta di mana-mana. 


1.2 BLOGGERS' MINI GATHERING 

Supposedly start pukul 12.00 tengahari. Tapi memandangkan I dan En. Barney pergi somewhere kejap before tu, sampai di Ampwalk around 12.30 tengahari jugak. Tapi yang lain-lain pun tak sampai lagi. Masuk toilet kejap, tak lama kemudian dapat WhatsApp dari Sally bagitau dah sampai. 

Mula-mula agak segan lah jugak sebenarnya. Sebab tak tau siapa lagi yang akan datang. Cuma tau Qila dan Sally je. Tapi bila dah ramai-ramai sampai, baru nampak Asha Hana dan dapat tau yang Kak Farah Bubblynotes dan juga Ayue Jean Blogger Retis pun ada jugak. 


Bertemu jua kita akhirnya wahai adik comel! Oh, Qila yang comel jangan lupa janji nak belanja tengok Mockingjay Part 1 nanti ye. Hiks. 


Mengikut perkiraan ini adalah pertemuan yang ketiga dengan Sally. Oh, Iolls memang suka kacau Sally tengah selfie. Jangan marah. 


Personally suka sangat dengan gambar ni. Sebab kita semua nampak sangat comel. And by the way Ayue Jean Blogger Retis comel sangat lah. Terima kasih kepada Cik Monopod anda ye Sally. 


Dapat jumpa Kak Farah Bubblynotes and Ash the Bubbly Baby. Biarpun tak sempat nak beramah mesra, tak apalah. InsyaAllah next time boleh jumpa lagi. 


Tak sangka boleh jumpa Cik Misi Asha Hana time ni sebenarnya. And cerita lawak yang tak berapa nak lawak sangat lah dengan Niesa Lovecrew. Bukan main lagi masing-masing cakap KL gitu padahal dua-dua asal Sarawak. Sebab masing-masing takut salah orang. Kalau nenek Iolls tahu ni, mahu kena bebel. Tak pasal-pasal kena cop lupa daratan pulak nanti dengan nenek. 


Terima kasih buat Bella selaku organizer dan Qila yang jemput Iolls untuk datang. Seriously sangat-sangat seronok okay! Iolls rasa pipi ni dah macam kena cucuk botox. Lenguh sebab gelak je memanjang. Biarpun ada yang Iolls macam tak pernah singgah lagi blog diorang tambah-tambah pulak sekarang ni dah tenggelam timbul blogging. Tapi first time jumpa rasa macam reunion pulak. 

Mini Gathering @ Flora Kafe

Reminder buat semua, Mockingjay Part 1 nanti masing-masing jangan lupa tuntut tiket dari Qila seperti yang telah dijanjikan ya.

#SesiBahanQilaTakHabisLagi #QilaMestiBelanja #QilaJanganSentap #SayangQila

p/s : Disebabkan ada banyak sangat gambar, Iolls tak tau gambar mana dari siapa. Sesiapa yang berkenaan, pinjam gambar ye. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...