19/10/2014

[ Movie ] Kristy

Semalam, I keluar date dengan le GFs pulak. Tinggalkan personal bodyguard a.k.a pak supir, duduk diam-diam kat rumah. Dah alang-alang keluar dating bertiga sambil tukar-tukar cerita dan melantak itu ini, haruslah tengok wayang termasuk sekali dalam jadual aktiviti. Punyalah lama berdiskusi depan kaunter tiket wayang di Cathay Cineplex, E-Curve. Setelah mengambil kira faktor cerita dan masa, akhirnya filem Kristy yang dipilih. BFF I nak tengok sebab Ashley Green. Minah mana pulak yang nama Ashley Green ni, memang Iolls tak kenal. BFF lah bagitau, yang berlakon dalam movie Twilight. Oh I tak tengok cerita yang agak mengarut bagi I tu. Maaf ye peminat-peminat Twilight.



Mengisahkan seorang pelajar perempuan, Justine (Haley Bennet) yang tinggal berseorangan di kampus semasa rakan-rakan yang lain semuanya pulang ke pangkuan keluarga masing-masing sempena cuti Thanksgiving. Pada suatu malam, dia bertemu dengan seorang perempuan aneh di Gas Station yang kemudian mengekorinya sehingga ke kampus. Tanpa disedari, dia telah menjadi target oleh perempuan aneh dan rakan-rakannya yang terlibat dengan sebuah kultus ajaran sesat, menjadikan gadis sebagai mangsa buruan mereka. 


Dah lama sebenarnya I tak tengok filem bergenre Horror / Thriller seperti ini. Dulu suka jugak. Cuma jangan horror / thriller yang jenis kerat kaki kerat tangan macam Final Destination dan yang sewaktu dengannya. Yang tu I cukup tak suka, sangat, tak menyihatkan minda sungguh. Mula-mula risau jugak Filem Kristy ni jenis yang begitu. Fuh, nasib baik tak. Kalau tak main game Candy Crush je lah jawabnya dalam panggung. 


So-so je lah cerita ni. Nak kata best tak ada lah best sangat. Suspens tu tak ada lah jugak. Cuma ada satu part yang mengejutkan. Satu je. Yang lain macam kureng sikit. Biarpun cerita biasa-biasa je, tapi menarik dan tak membosankan. Mata macam melekat je kat skrin panggung sebab eager nak tau apa yang akan terjadi pada Justine. Mati ke nanti di penghujung cerita? Boleh ke Justine melepaskan diri daripada empat orang pembunuh yang sedang memburunya? Movie nak kata best tak adalah, tapi menarik biarpun jalan cerita biasa-biasa je. Bagi I, movie Kristy ni seolah macam movie Horror / Thriller yang santai. I bagi Filem Kristy ini dalam 6.3 / 10. 


Bila tengok movie Kristy ni, I teringat zaman study dulu. I pun pernah jugak tinggal sorang-sorang macam ni. Tapi bukan whole campus kosong begini. Masa cuti raya haji selalunya ataupun esoknya hari puasa yang pertama. Orang lain semua balik kampung, I tinggal sorang di kolej kediaman. Sunyi sepi je bila tak ada manusia. Memang tenang tapi malam-malam agak scary jugak. Bila dah tau tinggal sorang, phone memang tak jauh dari tangan. Nak pergi mandi, nak pergi toilet pun bawa juga. Dah save siap-siap number unit keselamatan, kalau ada apa-apa terus call. Lepas tengok movie ni, rasa bersyukur sangat-sangat tak ada apa-apa yang jadi. Meremang tetiba bila ingat balik. Berani betul lah perempuan ni. 

p/s : Kill the Messenger or The Equalizer. Mana lagi best? Hmm

18/10/2014

[ English Novel ] How to Fall In Love by Cecelia Ahern

Novel ini adalah salah satu novel yang I beli dengan harga yang rendah di Debook Room (boleh rujuk entri INI). Beli online jadi tunggu abang courier service hantar dekat receptionist office. Tapi bila novel ni sampai, I tengah baca novel lain jadi novel baru terpaksa hold dulu.

Sekarang dalam process untuk mengumpul novel-novel Cecelia Ahern. Kalau dulu pinjam library je tapi rasa rugi pulak kalau tak dijadikan simpanan. Senang untuk baca lagi di kemudian hari. Sebab novel-novel Cecelia Ahern tiada pun mengecewakan, semuanya best-best. Memang confirm jadi novel ulang baca. Dan ini adalah novel beliau yang latest.


How To Fall In Love
Cecelia Ahern

Sinopsis How to Fall in Love

Christine Rose is crossing the Ha'penny Bridge in Dublin late one night when she sees a stranger. Adam, poised to jump. Desperate to help, she talks him into a reckless deal : If he gives her two weeks - till his 35th birthday - she'll prove life is worth living.

But as the clock ticks and the two of them embark on late-night escapades and romantic adventures, what Christine has really promised seems impossible.
Habis baca novel ni masa cuti Raya Haji yang lepas. Sebabnya orang lain sakan raya, Iolls raya atas katil sebab demam. Tapi bila dah start selak helaian demi helaian, tak ingat dah demam, lapar dan segala bagai. Sebab dah terbuai dengan cerita-cerita Christine dan Adam. 

Mula-mula I beli, baca sinopsis I rasa macam betul ke novel ni best? Sebab sinopsis belakang macam cliche je dan macam biasa-biasa. Kalau novelis lain tinggi kebarangkalian I tak kan beli. Tapi Cecelia Ahern, novel beliau ada yang tak best ke?

Buat peminat novel dan filem P.S I Love You, How to Fall in Love akan mengingatkan uolls dengan cerita tersebut. Habis je baca novel ni, I rasa macam nak download je filem tu dan nak cari je novelnya. How to Fall in Love memang sangat-sangat best dengan sugar level yang melampau tingginya. Baca novel ini sure uolls akan over-dosed sugar. Sweet oh! 

Kalau uolls sedang mencari-cari novel english atau jenis yang macam I suka baca english novel, ini adalah novel wajib baca. I ambik masa 4 hari untuk habiskan novel ni biarpun sedang busy dengan itu dan ini, sebab tak boleh nak berhenti selak muka surat. Nak tau apa yang akan terjadi dengan Christine dan Adam seterusnya. Alahai so sweet!

p/s : Ada lagi novel Cecelia Ahern latest, The Year I Met You. Tapi mahal lagi lah. 

17/10/2014

Top Best Games Untuk Pengguna Android

Sekarang ini mesti ramai yang dah ada telefon pintar kan? Rasanya boleh dikatakan semua la yang pakai. Pernah tak korang muat turun games dari Google Play? Siapa cakap tak penah main game kat smartphone itu tipu lah kan.

Jadi aku nak kongsikan sedikit antara game yang mungkin menarik minat korang. Yela, kadang-kadang tunggu girlfriend/boyfriend lama sangat, boleh lah main game dulu ke. Tak adalah bosan.

Asphalt 8 : Airbone

Dead Trigger 2

Dots

Dumb Ways to Die

Dungeon Hunter 4

Plague Inc.

Plant Vs. Zombie 2

Lain orang mesti lain genre game yang dimainkannya. Kot-kot korang boleh share apps/game yang menarik kat sini. Boleh jugak aku nak cuba-cuba. Tu pun kalau smartphone aku boleh support la.


Sumber : androidcentral
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...