22/03/2015

Family Fun Time #1 - Nilai 3, Here We Come!

Dah ada kisah prologue (SINI) tempoh hari, so sekarang I start dengan chapter yang sebenarnya. Family terbang ke KL dari Miri, hari jumaat. Sampai hari sabtu. Sekali baca macam ambik masa sehari flight KL-Miri kan? Tapi sebenarnya, berlepas menaiki last flight hari jumaat lebih kurang pukul 10.30 malam. Perjalanan ambik masa dalam 2 jam dan 15 minit so touch down around pukul 12.45 pagi, hari sabtu. 

Day 1 - Hari sabtu tak ada ke mana-mana sangat. Cuma parents En. Barney jemput family I datang rumah. Dah alang-alang berkumpul, boleh lah bincang sikit hal-hal untuk majlis nanti kan. Biasa lah kalau dah kena terbang ke sana ke mari ni, planning kena sehabis baik. 

Day 2 - Ini baru point entri yang sebenarnya. Di atas itu, macam biasa mukadimah yang termelencong sedikit. Hari ahad, parents ajak ke Nilai 3. Pagi tu, singgah di Kenanga Wholesale Centre sekejap. Rasa macam tak best sangat pulak, tak macam dulu. Orang pun tak ramai sangat. Kalau dulu, nak cari parking kemain azab!

Tak puas hati bershopping di Kenanga Wholesale Centre, family ajak ke Nilai 3 pulak. Nak beli kain untuk itu, nak beli kain untuk ini lah. Oh family Iolls kalau nak shopping raya, memang akan terbang ke KL. Kalau tak mengukur jarak dan saiz kedai kat Jalan TAR tu, Nilai 3 lah jadi destinasi seterusnya. Nak shopping raya kat Miri? Hmm, dah lah choice tak banyak. Harga blink-blink cantik sangat pulak tu. Mahukan kepuasan dalam bershopping raya, KL lah destinasinya. 


Dah ada dah tema warna untuk raya tahun ni. Kain pun dah beli. Boleh terus hantar pergi tailor buat baju raya. Awal gila kan? Baik buat awal daripada kelam kabut tunggu nak dekat raya, nanti kalau lambat pening pulak nak cari tukang jahit untuk jahitkan baju raya. Amboi, puasa pun tak lagi dah bersemangat nak raya. Oh puasa dah habis ganti lepas raya tahun lepas lagi. So tak payah lah nak risau puasa ganti tak habis lagi. Hiks. 


Sebenarnya bapa Iolls memang nak memborong banyak dan banyak dan banyak kain untuk majlis nanti. Kain baju melayu sahaja beli untuk 40 pasang. Untuk baju kurung pulak belas-belas pasang jugak lah. Sebabnya untuk majlis nanti, I sendiri yang tak nak panggil katering. Biasa lah perempuan old school yang lagi suka cara konvensional. Bapa dan geng-geng masjid serta isteri memasing lah yang akan jadi orang kuat nanti. Itu yang beli kain berpuluh-puluh pasang. 


Bapa Iolls ni kalau dah bab menyembang tu memang tip top! Tawar menawar serahkan aje kepada yang pakar. Kalau ada PhD untuk tawar menawar, dah ada title Dr dah kat depan agaknya,


Cuaca tak usah cakap lah! Panas melampau. Masuk kedai je, cepat-cepat cari kipas. Bila dah kena angin kipas tu, tak nak berganjak ke mana-mana dah. 


Hentian terakhir. Memasing dah give up tak nak masuk tengok kain dah. Mak sorang je yang masih bertahan lagi. Yang lain semua duduk di kaki lima kedai. Sakit kaki oi!

Nilai 3 ni banyak jugak kedai-kedai barang kahwin. Tapi I tak pernah pulak masuk tengok dan survey. Tapi member ada cakap, kat Nilai 3 pun dah mahal dah sekarang. Tak macam dulu. Betul ke?

p/s : Next time family datang sini memang confirm diajaknya ke mari lagi. Memasing rambang mata tengok kain. 

21/03/2015

Virus M Yang Semakin Menular!

Weekend datang lagi. Dengan senang hati tak perlu beratkan kepala fikir tentang workload yang menimbun kat office. Boleh bermalas-malasan di hujung minggu. Oh tak payah nak bermalas-malasan sangat lah sebab ada banyak benda lagi nak kena buat. 

Tapi rasa macam malas nak buat apa-apa. Nak makan tidur pun rasa malas. Bila makan dan tidur malas apatah lagi nak update blog and blogwalking. Ganda 12 lagi sifat malas. Lain kali lah I story panjang, lain kali lah singgah blog rakan. Sebab sekarang I is malas. 

Nampak tak betapa malas nya di situ?

Bila malas novel pun tak tersentuh dah sekarang. Rasa macam nak marathon tengok drama korea berjam-jam je. Eh, tengok drama korea tak malas pulak kan.

p/s : Negatif sungguh lah entri ini. Sana sini perkataan malas. Ish ish. 

20/03/2015

Family Fun Time #Prologue


No amount of money or success,
 can take the place of time spent with your family.
(Anonymous)

Merujuk perkara di atas, I rasa semua setuju. Betul tak? Lebih-lebih lagi buat Si Perantau yang selalu berdendang macam Iolls ni. Balik jumpa family pun jarang-jarang. Tambah sekarang, nak kumpul duit kahwin. Duit untuk Si Merah yang merajuk pulak. Berkorban kononnya. Nak balik harus fikir ongkos beli tiket flight lagi. Jangan kata jarang balik, dalam setahun dua-tiga kali je pulang ke kampung halaman. Kadang-kadang rindu tu kan, sampai dah tak tercakap macam mana rasanya. Sampai dah tak terkeluar air mata dah. Tapi Iolls kan cool je, apa barang nak nangis-nangis bagai kan. Eh. 

Buka kisah bertahun lamanya. Masa Form 1 masuk sekolah berasrama penuh. Tapi cuma bertahan berapa bulan je, dengan alasan Miri - Kuching terlalu jauh jaraknya. Nama je satu negeri, kalau naik kereta paling-paling 12 jam. Naik flight zaman dulu mana mampu. Air Asia belum wujud lagi katakan.

Sekarang baru faham, hikmah di sebalik apa yang jadi berpuluh tahun lalu. Mungkin Dia nak bagi I masa lama sikit dengan family. Bila besar, belajar jauh-jauh. Rezeki pun jauh di seberang Laut China Selatan dan InsyaAllah jodoh pun dengan orang jauh juga. Lepas kahwin tak tahu sama ada senang atau susah nak balik tempat jauh lagi dikenang, jumpa wajah-wajah yang sentiasa ada 'depan' mata. 

Cool tak cool, mata tetap semakin bergenang juga. Haish, perempuan.

Ingat dalam teater je elemen leveling tu penting? Gambar family pun penting juga. Hiks

Family berkampung di KL beberapa hari. Memang sungguh padat jadual. Ke sana dan ke mari. Nasib baik ada En. Barney jadi driver untuk beberapa hari ni. Pergi mana je? Nanti lah I cerita. Dah nama pun entri prologue kan. Kekonon nak buat macam novel lah siap ada prologue bagai. 

p/s : Hoi homesick tetiba pulak dah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...