17/04/2015

Upah Jahit Baju Raya - Overprice, Standard or Berpatutan?

Raya dan puasa dah semakin hampir bila mana kakak, adik dan makcik semua sibuk puasa ganti dan shopping online untuk baju raya. 

Rasa macam hampir sangat nak puasa bila kakak-kakak dan adik-adik kat office tu memasing berebut nak ganti puasa. Nasib baik lah Iolls dah ganti siap-siap lepas raya dulu. Kalau tak, mula lah gabra puasa tak habis ganti lagi. Puasa ganti dah settle, sekarang ni dalam usaha untuk menggigihkan diri untuk berpuasa sunat. Sebagai persediaan ke arah bulan puasa lah kaedahnya. Padahal puasa sunat, sepanjang tahun boleh buat. Itu namanya saja cari alasan. Baik punya perangai. Ish ish. 

Oh by the way, balik semula kepada topik baju raya. Sekarang ni pun masing-masing dah start stalk instagram, facebook, blogshop segala bagai tu cari baju raya. Ada yang beli baju siap terus dan ada jugak yang beli kain then baru lah cari tailor untuk jahit baju raya. Iolls lah yang termasuk dalam golongan kedua itu. 

Tiga pasang kain untuk tahun ini, satu pun tak hantar tailor lagi. Satu, kain baju raya yang tak menyempat nak hantar tailor tahun lepas. Dua, kain songket hantaran En. Barney tahun lepas jugak dan tiga, kain fresh baru beli masa family datang KL tempoh hari. 


Orang selalu tanya kat mana I beli kain untuk baju yang ini. Dan jawabnya, I is pun tak tahu. Bayangkan, ini baju raya masa I Form 5 kalau tak silap. Dah hampir 10 tahun dah kot. Mana nak ingat dah beli kain kat mana kan. 

Ingatkan nak buat baju kebaya begini untuk raya tahun ni. Agak-agak berapa lah tukang jahit ambik upah untuk jahit baju kebaya kan. Selalu hantar kat makcik di Sarawak je tolong jahitkan tapi kali ni takkan nak pos kain kat sana pulak kan. Baik upah tailor sini terus. 

Tapi cari tukang jahit ni satu hal jugak sebenarnya. Harga berpatutan dengan jahitan yang kemas dan elok. Masa tunang hari tu hantar kain kat tukang jahit jugak. RM90 upah untuk jahit sepasang kurung moden kosong. Tapi jahitan kemas dan puas hati cuma rasa macam overprice pulak. Kalau siap dengan sulam bagai, total RM120 kalau tak silap. Baju kurung moden pun dah RM90, apatah lagi baju kebaya. Takkan nak ambik RM150 kot. Tak berbaloi sungguh. Baik I stalk raya collection Jovian Mandagie kalau begitu. Dah alang-alang upah baju raya sepasang pun dah beratus. 

Selalunya kan kalau uolls hantar kain kat tailor tak kisah lah jahit baju kurung biasa or baju kurung moden ke, berapa upah yang tukang jahit ambik untuk jahit baju uolls? Rasa berbaloi tak harganya?

p/s : Ramai member cakap, nak hantar kain kat tailor baik hantar sekarang. Masuk bulan Mei tukang jahit tak nak terima dah. 

10 comments

4/17/2015 12:06:00 pm

Aah mmg nak kena beli Skrg.. tp x tau la nak.hantar mana.. hubby dah belikan kain,dia suruh hantar tukang jahit yg elok sikit.Mahal x pe,tp berbaloi.. tp mana nak cari yg elok dlm muadzam ni. Hantar nak jahit lain,dpt lain.. tension...

4/17/2015 02:08:00 pm

Betul dear..skrg tukang jahit 2 bulan sebelum puasa, ramai dah hantar kain..lagi2 puasa diorang x ambik bnyak dah..

4/17/2015 02:25:00 pm

saya selalunya buat baju kurung pahang or baju kurung biasa and tempah kat tailor kedai org cina. harga tk pernah lebih rm50 utk sepasang. tktawlah nk kata berpatutan or tak sbb skang suma still mak yg bayarkan..hahaha student lagi kann..hehehh

4/17/2015 02:48:00 pm

kalau ada saiz, baik beli siap je...

4/17/2015 03:23:00 pm

Wah murahnya upah jahit baju raya :-)

4/17/2015 04:31:00 pm

last saya hantar jahit 5 tahun lepas dalam RM30 satu baju, mmg cantik dia jahit.. so tak mustahil harga tu dah naik by time kan? huhuhu..

4/17/2015 09:37:00 pm

no komen. tak pernah anta kain utk jahit baju kurung. hehehe...

4/18/2015 02:14:00 pm

tak biasa ari tailor lain..baju kurung akak
..mak akak yang jahit :-))

4/18/2015 07:32:00 pm

sy pun termasuk golongan yg beli kan dan upah tailor jahit. range harga kat kedah takdelah mahal smp RM90 utk spsg kurung moden..murah dlm RM40++..depends jugak sebenarnya..mcm sy dh selalu upah jahit dekat org yg sama so hrga takdalah mahal sgt..

4/21/2015 06:41:00 pm

apepun yaya prefer beli je..nk anto jait mmg mkn mase n uet lagi..huuu..
ada pglmn.. >,<

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...