23/06/2015

#CountingDays : Wedding Shoes

Kisah sabtu lepas. Seharian berjalan ke sana dan ke mari dan ganjarannya on the way balik rumah, kena bebel itu ini dengan En. Barney. Alkisahnya I dan En. Barney memang dah plan dah awal-awal sabtu tu nak keluar cari wedding shoes. So nanti masa fitting baju boleh lah berangan kejap dengan kasut tu kan. 

Sebenarnya dah start survey dah dulu. Masa jalan-jalan cuci mata di Setia City Mall dua tiga minggu lepas rasanya, I berkenan kat satu kasut ni. Nak dijadikan cerita, gara-gara kasut tu lah jugak terciptanya entri INI

Dah nasib badan tak ada rezeki nak pakai kasut yang itu, bila I datang balik kasut tu dah tak ada! Dengan pasrah lah masuk satu kedai ke satu kedai. Setia City Mall? Tak ada yang berkenan pulak. Fikir lah kat mana lah pulak nak cari kasut kahwin ni. Midvalley? En. Barney memang tak mahu lah jawabnya kalau ke situ. Sunway Pyramid, taubat cari parking owh. Daripada kena bebel dengan En. Barney, mari lah kita serbu Times Square pulak. 

Pusing dari aras paling bawah sehingga lah level yang atas-atas. Ada satu kasut yang Iolls jumpa hampir sama dengan kasut dalam entri Wedding Shoes I tempoh hari. Dan memang tepat jugak lah sangkaan I, perempuan ni memang adik beradik dengan Cinderella! Sekecil-kecil saiz kasut pun still besar jugak. Bayangkan satu Times Square tu I pusing tapi kasut yang I berkenan semuanya tak ada saiz. Paling kecik semua saiz 5, kaki I pulak jenis yang muat kasut saiz 4.

 Puas En. Barney pujuk, tu namanya tak ada rezeki cik kak. 

Memandangkan dah hampir waktu berbuka, makanya balik lah ke rumah En. Barney. Bakal mak mertua dah tunggu anak menantu balik bawa barang-barang untuk sesi masak-masak juadah berbuka puasa.

Malam tu before En. Barney hantar Iolls balik, memang hajat hati nak singgah uptown Danau Kota. Dah alang-alang tu singgah la KL Festival City sebentar. Kot lah jumpa kasut yang I berkenan kan. 

And at last... Jumpa jugak kasut yang I suka bersaiz 4. 

teaser kononnya.

Objektif hari sabtu lepas tercapai. Wedding Shoes? Okay, checked. 

Cerita lah kisah susah senang mencari kasut ni dengan kakak office. Sekali dia kenakan pulak Iolls balik. 

"Kaki Aisya tu pesen kaki budak sekolah. Budak sekolah mana pakai kasut kahwin cantik-cantik macam tu."

Kfine. Kena setepek.

p/s : Kesian En. Barney complaint yang tunang dia ni over sangat cerewetnya. Sowieeeee..

10 comments

6/23/2015 08:32:00 am

ehhh eh, sama la size kasut kita :)

6/23/2015 09:35:00 am

hihi..biasa la tu..nama pun gugirl kan.. saya dulu nasib dah ada kasut hantaran. tapi simple je la.. tak de lace bagai. yang penting, selesa...:) baru la ada mood masa hari kahwin.

6/23/2015 09:54:00 am

Hahaha. Cantik nampaknyaa kasut tu. Hihi

6/23/2015 09:59:00 am

tahniah..jumpa jgk kasut wedding..:)

6/23/2015 11:43:00 am

ooo... nak kahwin yer... Mana kad invitation nya...

6/23/2015 09:56:00 pm

nasib baik jumpa jugak yang berkenan.

6/23/2015 10:39:00 pm

macam kaki akak pulak..jenis kembang ..lafi payah nak cari...huhu

6/23/2015 11:40:00 pm

salam...
oh cri jgk wedding shoes jgk la ye...
beli ke sewa?hihihihi
kalo beli baik beli yg kita akan guna bkali2..bru bbaloi..
lau beli utk wedding je, beli pkai utk weding je..pastu??cmpak lam almari..? lol ^,^
jgn mare ye.gurau jek lol ^o^

6/24/2015 07:19:00 am

kihkihkih.. kaki budak sekolah.. mmg limited la saiznya tu kan.. tp okay la jumpa jugak..

6/24/2015 09:59:00 am

mesti cantik kan kasut tu..mak aih, keciknya kaki saiz 4..saya last saiz 4 masa darjah 4 kot

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...