Makin hari makin tak sabar pulak nak raya. Oh jangan salah faham pulak. Iolls bukan lah tak sabar nak meraikan aidilfitri tapi tak sabar nak pulang ke kampung halaman. Jumpa keluarga, jumpa kucing dan jumpa sahabat handai. Almost setahun jugak tak balik. So bila makin dekat hari nak terbang balik kampung, harus lah level ketidaksabaran itu memuncak-muncak.
Bila jarang-jarang ni, setiap kali terbang pulang haruslah ada buah tangan yang dibawa bersama. Lagi-lagi hari raya ni kan. Untuk family ada, dan untuk si bulus Cik TengTeng dan Abang E'el pun ada jugak.
Nail caps for cat or bahasa mudahnya kuku palsu. Officemate I lah yang memperkenalkan benda alah ni. Satu plastik ni ada dua set, meaning total ada dua puluh kuku palsu dengan harga RM15. Tapi jangan tanya Iolls mana nak beli sebab I is tidak tahu jugak lah. Ini pun officemate yang order kan.
Contohnya begini lah.
Motif nak pakaikan si bulus kuku palsu begini? Yang pertama untuk mengelakkan excessive scratching. Tak ada lah si manja uolls tu luka sana sini kat badan sebab melampau sangat scratching tu. Yang kedua, selamat jugak lah perabot uolls. Ehem.
Dikhabarkan benda ni tak menganggu gugat aktiviti harian si kucing. Sebab nail caps senang kata macam getah lah tapi mempunyai fungsi yang sama dengan kuku kucing yang sebenarnya cuma kurang tajam.
Kawan I lah yang ajar, potong kuku kucing tu sikit and then letak gam sedikit dan baru lah pasang kuku warna warni tersebut. Tapi yang ini pasangkan di kuku bahagian kaki depan je. Kaki belakang jangan pulak uolls letak sama.
Nanti bila kuku kucing dah panjang, pandai lah benda ni tanggal sendiri. So tak lah risau kot-kot lah benda ni permanently attached di kuku kucing. Masak lah kalau begitu kan. Kesian si bulus. Kuku palsu tak tanggal-tanggal. Hiks
Untuk Abang E'el dan Cik TengTeng, kena tunggu Iolls balik dulu lah baru pakai kuku liplap warna warni. Kuku raya tuuuu.
p/s : Bulu panjang takut tenggelam je kuku tu nanti.
8 comments
errr.....macam nak jugak...tapi kucing byk sangat...rabak nak beli ni..hahahaha
comel la pulak tengok kuku calerpul gituuuuu..
salam...
ohohoh alolo omeinyer..kucin pun nak cntikkan kku jgk kann..hehe
cmni lg selamat kan..so xde la org takut kucin takut lagi nk dekat ngn kucin,lau kucin 'main kuku' pun relax je... lol =p hiks!
Hai. Abe We blogwalking kat sini.
Exchange Feed Group ada menganjurkan GIVEAWAY MEGA RAYA Dengan hadiah bernilai RM 3100.00.
http://www.wayneharraz.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015.html
Jemput join tau. Boleh buat duit raya. Terima Kasih.
Salam, hahaha adoi, kuku kucing pun ada yg palsu ye...comel sbb colorful..jgn lupa update pic lepas dah 'kerjakan' si bulus tu dgn kuku2 ni ye~ hahaha
kucing pun pandai bergaya...huhu..
kucing2 AA tak dok sama AA ke
salam ramadhan, hee sayangnya kat kucing tuuu., ;p
persoalannya, cmane nak pakaikan benda alah tu kat kucing.tapi menarik gak, nak cari untuk kucing I.