Petang semalam, janji dengan le gelprens untuk merayau-rayau sambil snap sana sini di Putrajaya. Ada lah tu tempat yang weolls terjah. Tapi yang itu kita cerita kemudian lah. Ada banyak gambar dan Iolls tak menyempat lagi ni belek gambar satu-satu. Letak watermark lagi satu hal. So kisahnya hold lah dulu.
Balik dari Putrajaya, hajatnya nak lepak minum dulu. Nak dinner, perut kenyang lagi. Lunch lewat pulak kan. Cari-cari dan fikir-fikir tempat minum, teringat pulak ada member pernah share pasal Chemistry Cafe+Lab yang baru buka di Bandar Baru Bangi. So situ lah destinasi yang dituju.
I pernah pergi Chemistry Cafe+Lab di Seksyen 7 Shah Alam. Boleh rujuk entri INI. Kali ni try cawangan Bangi pulak lah. I tak sure lah bila cawangan yang ini buka tapi rasanya baru-baru lagi kot.
Interior lebih kurang je dengan cawangan Shah Alam. Cuma tak ada lah rasa suasana chemistry lab sangat pun macam di Shah Alam.
Cawangan Chemistry Cafe+Lab di Bangi, masa weolls datang tu banyak jugak menu yang Not Available. Plus I rasa macam menu di sini tak sebanyak di cawangan Shah Alam je. Masa I pergi semalam, ada satu pilihan kek saja. Kalau yang heavy sedikit macam spagetti ada lah. Itu pun Iolls dengar staff yang bagitau. Tapi yang lain, tak sure ada ke tidak.
Chemistry Cafe+Lab di Bangi siap ada live perfomances tau. Kalau tak silap setiap jumaat dan sabtu agaknya. Pukul berapa tu Iolls tak ingat pulak. Dalam pukul 9.00 malam kot. Rasanya yang itu lah membezakan cawangan Shah Alam dan Bangi kot.
Nak dibandingkan dengan Chemistry Cafe+Lab Shah Alam dan Bangi, I lagi suka cawangan Shah Alam. Dari segi menu mahupun staff and even surrounding jugak. Senang cerita semua aspek lah. Tak apalah, yang ini pun baru je buka. Biasalah lah tu kan. Bila baru-baru lagi, ada lah tu cacat cela sedikit sana sini.
p/s : Kali ni try Vanilla Junkies pulak dan Mango Banana untuk En. Barney. Satu conical flask pun full oh perut.
7 comments
ooo..cafe rupanya... ingatkan lab betu;..hehe
nanti boleh pegi! hehehe
mungkin baru buka kot tu sbb menu x complete lagi ...
Salam, wah dh ade cawangan kat Bangi ek...tu lah, tgk member g yg SA punya, siap dgn staff2 dia sekali pakai baju lab kat makmal tu haa..haha nice concept..entah bile aku nak g sana ni.. :D
salam cik aisya..
pe khabar...?
chmstry lab ni kt bngi pun ada? yg sblm ni cik aisya citer kt sek7 s.alam pun yaya xpegi lagi..pdhl dekat da dgn ofc..huhu
tringin nak try....
nampak rare!
kat bangi pun dah ada ek. aku pun pernah gi yg dekat shah alam je.