07/12/2015

Shopping Pagi Buta di Big Bad Wolf Book Sale 2015

Kalau nak compare english novel dan novel melayu, I prefer english novel. Tapi itu tak bermaksud I tak baca pun novel-novel melayu. Cuma I rasa novel melayu ni pusing pusing situ jugak, tak berkembang ke mana. Tapi tak dinafikan ada lah jugak novel melayu yang best best. Kan?

Last I borong novel english, di Big Bad Wolf jugak lah. Beli sampai tujuh lapan buku. Tapi kini stock english novel dah semakin menipis biarpun sekarang masa agak terhad untuk diluangkan dengan membaca. Tak settle down lagi sampai sudah lepas kahwin. Mana tak nya, majlis belah I dan En. Barney gap nya jauh. Sekarang ni dah lepas semuanya, insyaAllah ada lah masa paling paling pun 15 minit sehari untuk baca satu dua bab. 

Stock novel yang ada sudah habis dibaca dan kebetulan jugak time Big Bad Wolf semakin menghampiri. Apa lagi, tak sabar sabar lah nak menyerbu Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC) untuk memborong.


Plan dengan officemate untuk pergi sama sama. Asalnya Iolls nak pergi ahad tapi bila cadangan diusulkan kepada husband merangkap driver, makanya terpaksa lah menurut juga untuk pergi hari jumaat tersebut. 

Set time, around pukul 10.30 malam masing masing dah start gerak. Member dari Shah Alam, I dan En. Barney pulak dari rumah mertua di Gombak. Sampai MIECC lebih kurang pukul 11 lebih kot. 

Before tu sempat pulak buat surprise untuk member yang birthday jatuh pada hari ahad. Nak buat isnin dah belated pulak. Tiup lilin ambik gambar dulu. Makan kek kemudian. Tunggu lepas habis borong buku. Hiks. 


Tengah malam jugak masuk exhibition hall. Ingatkan serbu tengah tengah malam pagi buta begini tak ramai orang. Tapi meleset sangkaan. Ramai jugak cuma tak lah bersesak macam waktu siang kan. Lagi lagi weekend. 


First time menyerbu BBW tengah tengah malam. Seronok jugak, lepas ni boleh lah pergi time begini ye En. Barney. Iolls pun tak lah hangin nak bersesak dengan orang ramai. 





First time jugak rasanya pergi BBW di awal awal begini. Selalunya hari keempat kelima baru ada kesempatan nak pergi tapi kali ini hari pertama. Wee!

And first time jumpa novel Cecelia Ahern. Berlambak pulak tu tapi sayang, Iolls dah ada lah novel yang itu. Sobs. 


Saringan yang pertama, rasa best je masuk dalam bakul. Gambar di atas ni pulak saringan kedua. Dah puas  campak campak buku novel dalam bakul, pilih betul betul yang mana nak dibeli pulak. Kalau tiada saringan kedua itu maka kopak lah jawabnya. 


Dari pukul 12.00 tengah malam sampai pukul tiga pagi. Kesian husband Iolls. Surrender taknak tengok buku dah. Plus dia dah mengantuk. Hiks. 

Memborong novel pagi buta, dekat pukul 6 jugak lah sampai rumah. Bukan apa, duduk melepak di McD dulu. Bergosip. Ehem.


Bajet RM100 cuma. Tapi lari seringgit sebab ada orang tu tetiba nak beli novel seketul. Alah RM101, lebih seringgit je pun. Kita tengok lah tahun bila dia nak baca novel tersebut. Mungkin tahun 2020 baru nak selak first page? Kekononnya seiring dengan wawasan 2020.

BBW kali ini banyak novel best best pulak lah. Tapi kenapa banyak yang harga RM10 eh? Dulu rata rata 8 hengget je. Paling best 5 hengget. Tambang pengangkutan naik so dia naikkan lah harga. Mungkin. Eh?

Jangan risau. Sempat lagi nak terjah sekarang ni. Asalkan uolls tak serbu MIECC lepas pukul 12.00 tengah malam 14 December nanti. Time tu Wolf dah lari bersembunyi. Kena lah tunggu next time pulak. 

p/s : Macam nak pergi lagi je rasa!

9 comments

12/07/2015 10:22:00 pm

kak yan suka novel yang ada ciri motivasi dan penyiasatan...

12/08/2015 12:27:00 am

Banyaknya beli bukkkuuuuuu.. >_< BBW memang murah kan

12/08/2015 10:29:00 am

lama dah tak pegi BBW ni..dulu rajin sebab dekat..

12/08/2015 10:38:00 am

tak dapat nak serbu BBW kali ini. next time insya'Allah

12/08/2015 01:37:00 pm

Banyaknya beli...hehe

12/09/2015 12:01:00 am

Untung lah pergi, untunglaaaaa. Jeles T_T

12/09/2015 12:52:00 am

Rajin betul aisya memborong novel..

12/09/2015 05:26:00 pm

ya Allah. best sangat nih. dulu pernah pergi sekali time study kat PJ. sekarang ni dah xleh g sbb duk kuantan. Nak pergi sgt, kalo ada orang nak tolong belikan pun I sanggup hahahaha. Asalkn sapat beli english novel.

12/15/2015 04:05:00 pm

untung la dapat pi

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...