03/11/2012

Si Merah ku Sayang!

Tajuk karangan : Si Merah Saya
tak payah nak budak sekolah rendah sangat eh!

Kisah Satu
Petang tadi Si Merah Chipmunk meragam. Gara-gara En. Barney terlupa nak tutup lampu masa kitorang balik dari lunch tengahari tadi. Hujan lebat sangat tengahari tu. Biasalah sekarang musim hujan kan. Hujan yang turun tu bukan sekadar cucu cicit hujan, moyang hujan yang jatuh tu.

Chipmunk baru je lepas solat asar bila En. Barney call, bagitau tak boleh nak masuk kereta. Tekan-tekan alarm, tapi tetap terkunci jugak. Yang peliknya alarm Si Merah yang ditekan, kunci pintu kereta Myvi putih kat sebelah pulak yang terbuka! Bahaya betul lah, kalau orang jahat mesti dah bawa lari kereta tu. Nasib baik ada sorang abang tu tolong tolak kereta, nak hidupkan enjin Si Merah. Nasib baik kereta kecik. Tak perlu ramai-ramai yang tolak. Macam biasa I sebagai Lady Boss haruslah berdiri di tepi tengok sahaja kan. Elok sangat lah tu.

Elok je enjin Si Merah dapat start, ada lagi adegan tolak-tolak kereta ni. Tak lama lepas tu, ada lagi sorang mamat ni tanya ada jumper kereta tak? Dah sudah, ada lagi rupanya. (Kalau tak tau apa itu jumper dan kegunaannya boleh lah google. Nak terang satu hal pulak). Pengajaran di sini before tinggalkan kereta tu, sila pastikan yang lampu semua tu dah tutup. Jangan cari pasal biarkan lampu kereta terbuka. 


Kisah Dua
Ni sebenarnya Isnin lepas, kena pergi bengkel untuk repair Si Merah. Dah buat appointment dengan 'doktor peribadi' Si Merah ni siap-siap. Benda apa entah yang perlu ditukar. Biasalah, kereta lama. Umur pun lebih satu dekad dah. Mesti banyak yang kena tukar. Kebetulan isnin tu Chipmunk tak ada kelas. En. Barney pun ada satu kelas je pagi tu. Maka setelah itu, gigih lah kami berdua ke bengkel bersama Si Merah. Bengkel tu pulak kat area yang tak jauh dari rumah En. Barney, Taman Melati kot. Kalau salah, ada la nanti En. Barney tegur tu. 

Tapi on the way, tengah seronok nyanyi-nyanyi lagu baru Sharifah Zarina tu tiba-tiba radio boleh terpadam pulak. Tak kisah lah, ada lah tu wayar longgar ke apa. Tapiiiiiiii, tak lama lepas tu signal pulak tak berfungsi! Macam tau-tau je yang memang kitorang nak ke bengkel.

Sampai-sampai je, terkejut tiba-tiba En. Barney bagitau nampak kereta ayah beliau. Memang ayah mertua I ada kat situ pun. Eh! Bengkel tu bengkel kawan ayah En. Barney. Apa-apa hal, memang akan hantar Si Merah kat situ. Kalau nak tau, bengkel tu berdepan dengan station LRT Taman Melati. Tak lah betul-betul berdepan, tapi dekat-dekat je lah. Memandangkan dah berdepan dengan station LRT tu, memang tak lah kitorang nak menunggu lama-lama kat situ. En. Barney bawa lah pergi Jusco Wangsa Maju, nak tunjuk tempat beliau kerja dulu lah kononnya. Padahal before ni pernah je beliau bawa ke situ.  Setelah sekian lama tak naik public transport, rasa jakun sekejap! First time guna sistem token tu tau. Macam seronok je. Excited sekejap. Nampak tak betapa jakunnya perempuan ni? Sampai En. Barney geleng kepala dan gelak je. Kfine.

Perempuan ni memang memalukan tau. Excited tak bertempat!

Si Merah ni sakit tenat sebenarnya. Huhu.

Dalam pukul 2 lebih macam tu, Si Merah siap 'dirawat' dan kitorang pun nak gerak balik UKM. Tapi, secara tiba-tibanya enjin mati lagi. Nasib baik mati kat bengkel tu jugak, kalau tengah jalan macam mana? Dah settle satu, satu hal lagi yang timbul. 

Masuk wad lagi. Haish.

Rupanya alternator yang rosak! Kena tukar on the spot. Kalau tak, nak balik UKM macam mana? Enjin tak boleh start, wiper problem, radio pun tak hidup, signal tak berfungsi. (Chipmunk dah tolong cari apa tu alternator, boleh baca kat SINI). Satu tu dah RM200+. Dah tu nak kena menunggu lagi. 

Lelaki ini penat sebenarnya. Bukan penat apa, penat melayan karenah perempuan gedik ni.

weeeeeee... *masukkan lagu tema angry bird di sini*

Last-last dekat pukul 6 jugak Chipmunk dan En. Barney balik. Satu hari tu je pun RM600+ habis untuk Si Merah saja. Cuba imagine, kalau Chipmunk beli kasut agaknya berapa pasang yang Chipmunk boleh beli?

p/s : Kak Jijah yang manis lagi ayu buat entry pasal kereta di SINI, jadi perempuan ni pun gedik nak buat entry pasal kereta jugak. Lagi ada yang nak ikut jejak langkah kami berdua? Anyone? =P

01/11/2012

Blog Review : Lezza De Blog

Ini adalah yang terakhir. Sorry ye sayangs sekalian, busy sangat ni. Tu pun luangkan masa sedikit untuk menaip entry, membalas komen dan jejak, dan blogwalking setakat mana yang mampu. 

Jadi nak sambung lah dengan review blog setelah beberapa hari 'berfoya-foya'. Dan hari ini, blogger yang bertuah adalah....



Chipmunk rasa mesti Cik Lezza pun ada jugak file yang macam Chipmunk kan or pernah nampak somewhere atau coursemate/adik/abang/kakak guna atau yang sewaktu dengannya lah. Nak tau lebih lanjut tentang siapa Cik Lezza ni, nama siapa, study kat mana, ambik course apa boleh lah rujuk kat SINI. Chipmunk dah bagi link terus dah tu. Atau nak follow twitter ke semua dah tertera di situ.


Yang itu namanya header. Macam biasa lah, nak terus sergah Cik Lezza boleh klik saje banner itu ye. Dari apa yang Chipmunk observe lah kan, blog ni bertemakan purple dan merah. Highlight perkataan observe di situ. Hasil daripada assignment dan projek semuanya berbentuk tesis mini. Betul lah kan warna purple merah-merah gitu? Chipmunk punya mata ni tak boleh nak percaya sangat. Kawan cakap biru Chipmunk kata warna kelabu. Rabun warna lah agaknya. Tapi tak jugak, bagi ujian yang rabun/buta warna tu lulus dengan jayanya.

Apa yang Chipmunk sempat selongkar-selongkar, ada banyak tutorial. Entri-entri menarik pun banyak. Nak senang cari boleh klik tab "Ohsem" pada bahagian atas blog sebelah kanan. Paham tak? Tak pun klik aje la SINI. Rasa susah pulak nak explain. 

Chipmunk pun tak sempat nak selongkar lagi ni. Tengok-tengok mana yang sempat ni sebelum bergelumang semula dengan artikel-artikel dan jurnal-jurnal yang ada.

Selain tu, nak promote la sikit. Ada satu segmen menarik kat blog Cik Lezza ni. Segmen Cubit-cubit Manja. Nama pun dah menarik kan? Klik SINI kalau nak jenguk-jenguk segmen Cik Leeza ni. Tapi Chipmunk tak jumpa pulak tarikh tutup segmen ni. Mungkin Cik Lezza tak umumkan lagi kot. Apa-apapun boleh tanya beliau terus.


p/s : Ini yang terakhir tapi ada lagi selepas ini. Ha, macam mana tu? Tunggu ye.

Spontaneous Thursday : November sudah.


Begini rupanya hidup seorang pelajar sarjana.
Pengsan!

Sila semak sekiranya blog anda tersenarai. Terima kasih! =) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...