30/06/2011

Info : Adenovirus



Adenovirus adalah sejenis virus yang boleh menjangkiti sisitem pernafasan. Jangkitan Adenovirus senang berlaku kat tempat2 yang kadar kepadatan manusia tinggi macam sekolah asrama, pusat latihan, pusat jagaan harian dan kem-kem. Walaubagaimanapun, golongan yang selalu kena jangkitan nie banyak dari golongan kanak2. Gejala virus :



Sakit mata



Demam



Batuk



Pneumonia


Virus nie boleh berjangkit bila pesakit batuk atau bersin. Titisan air pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit. Orang lain boleh berjangkit kalau bersentuh dengan pesakit, melalui pernafasan dan sentuh permukaan yang tercemar dengan titisan air pesakit. Siapa pulak golongan yang senang dapat virus nie? Jawapannya semua orang berisiko.Tapi orang yang ada penyakit nie mungkin akan dapat kesan yang seperti berikut :
  • Tahap imuniti yang rendah
  • Masalah sistem pernafasan
  • Masalah jantung


Just share the information. ^^



Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar : Google

28/06/2011

Nak pergi Sungai dalam Laut.. Boleh tak?

Tadi masa tengah menjalankan aktiviti masak-memasak padi, saja mengganggu Cik Bainun yang leka mengadap Youtube memandangkan padi dalam periuk tu tak masak lagi. Tergamam kejap tengok video tersebut sampai lupa apa yang Chipmunk buat.

Video tu pasal orang jumpa sungai kat dasat laut. Time tu terus ingat cerita favourite zaman kuat nangis dulu, The Little Mermaid. Dulu-dulu selalu nak jadi macam Ariel. Hidup dalam laut yang sangat besar dan bebas. Biasalah, dah nama pun budak-budak. Mana la nak tau, benda-benda macam tu just kisah dongeng semata-mata. 

Okay, berbalik kepada cerita asal kita. (Asal bunyi macam skema sangat ni. Alah, peduli la kan). First time tengok rasa macam terpegun pulak. Ni la bukti betapa hebatnya kuasa Tuhan sampai boleh diciptakan kejadian-kejadian yang macam ni. Bawah ni gambar-gambar yang Chipmunk ambik dari Encik Google. Nak tau lebih lanjut pasal sungai ni, just search je. Macam banyak je.








Kalau nak tengok video-video yang menarik pasal sungai ni boleh tengok kat bawah ni. Kalau tak pun search je kat Youtube.






p/s : Ini lah kekuasaan Allah.. Subhanallah.. =)

26/06/2011

Jalan-jalan jumpa I-City

Jumaat yang lepas..
Chipmunk, En. Barney dan Cik Syikin keluar merayau-rayau tanpa arah dan tujuan. Plan asal Chipmunk dan En. Barney mulanya nak habiskan masa tengok movie yang banyak dalam waiting list movie-movie yang perlu kitorang tengok. Tapi memandangkan Cik Syikin nak balik esoknya, keluar la idea untuk keluar merayau entah ke mana.

Pergi I-City ni semua En. Barney punya idea. En. Barney pernah janji nak bawa Chipmunk pergi I-City dan memandangkan ada Cik Syikin yang tau jalan (sikit la), just go on je la. Even masing-masing tak berapa sure sampai ada one time tu pusing bulatan 2 kali untuk make sure jalan mana yang betul.

Honestly, sampai-sampai je rasa excited sangat. Sebab before this memang teringin sangat nak pergi. And at last, sampai jugak. Nasib baik malam tu terbawa kamera sekali. Kalau tak rugi je datang, tak boleh nak ambik gambar banyak-banyak.





Chipmunk suka gambar ni. Cantik!









En. Barney dan chipmunk warna oren
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...