06/07/2014

Cik TengTeng, Bunga dan Dot Dot Dot

Sekarang nampaknya Cik TengTeng macam ada hobi baru. Semalam pagi Mak whatsapp dua gambar Cik TengTeng dengan keletahnya yang macam ragam. Hobi all time favourite dia memang gigit wayar, (Rujuk entri INI), Paket 3 in 1 tak kisah lah Milo ataupun 3 in 1 lain pun dia pernah suka gigit sampai bocor, (Rujuk entri INI) dan menggigit kulit novel Mak pun dia pernah tersuka gigit-gigit sampai nampak berlubang kulit novel tu (Rujuk entri INI). Kucing gatal gigi betul lah Cik TengTeng ni. 

Mangsa seterusnya : Bunga hiasan

Mesti Cik TengTeng kacau Mak kemas rumah time ni. Bukan main khusyuk lagi dia gigit bunga plastik tu kan. Habislah kalau letak atas meja sekarang, raya nanti pasu tu botak sebab bunga dah tak ada. Cik TengTeng dah gigit-gigit semuanya. 

Bercakap tentang bunga dan kucing ni kan, uolls tau tak selain dari pada menyebabkan gatal-gatal (rashes), certain species boleh menyebabkan kegagalan fungsi organ dalaman dan boleh membawa maut kepada kucing uolls?

Iolls ada lah google sikit. Dan surprisingly, ada species yang banyak ditanam di halaman-halaman rumah. Tapi dalam list yang Iolls bagi tu, google macam banyak yang tak ada di Malaysia je. Tapi apa-apapun kita ambik langkah berjaga-jaga demi menjamin keselamatan Si Comel.

Bunga dan Tumbuhan Hijau yang boleh menyebabkan kegagalan fungsi organ dalaman;
  1. Azalea (dalam kuantiti yang sedikit)
  2. Cardboard Plant
  3. Crocus
  4. Foxglove
  5. Juniper 
  6. Lily

Lily (Sumber : Google)

Bunga dan Tumbuhan Hijau yang boleh menyebabkan kematian;
  1. Agapanthus
  2. Azalea (dalam kuantiti yang banyak)
  3. Cyclamen
  4. Dephinium
  5. Dumb cane. Orang tempatan memanggilnya sebagai Pisang Tanah. Ada juga yang menamakan tumbuhan ini sebagai Pokok Keladi Hiasan.
  6. Foxglove
  7. Lantana. Ataupun tempatan mengenalinya sebagai Bunga Tahi Ayam
  8. Larkspur
  9. Mistleto
  10. Oleander
  11. Rhododendron. Berasal dari Hutan Gunung di Borneo. Species terbaru yang dijumpai di Malaysia adalah pada tahun 2010 di Gunung Chamah (sumber : INI)
  12. Sago Palms
Dumb Cane (Sumber : Google)

Lantana (Sumber : Google)

Ada juga tumbuhan di atas yang bukan sahaja membahayakan kucing uolls, tapi merbahaya kepada manusia. Berhati-hati dalam memilih tumbuhan dan bunga untuk mencantikkan kawasan rumah uolls. Takut pulak jenis kucing yang gatal gigi tu suka gigit-gigit dan kunyah-kunyah pulak. Susah-susah tanam Catnip je. 

Ini mesti baru lepas kena marah. Padan muka!

p/s : Jangan kata takut kucing makan je. Budak-budak kecil yang masih tak tahu apa-apa pun takut dia petik dan terus masuk mulut. Minta dijauhkan. 

sumber : INI

05/07/2014

Pengomen Tegar dan Bloglist July.

Bulan June adalah bulan tenggelam timbul. Agak slow sikit aktiviti blogging. Setiap weekend asyik busy saja, tak sempat nak bermanja-manja dengan blog. Ini pun Iolls baru selesai menjenguk rakan-rakan blogger yang singgah meninggalkan komen dalam bulan Jun. Sebab Iolls nak update bloglist untuk bulan ini. 

Biarpun mood blogging agak kelaut sedikit. Jarang sikit blogwalking tapi alhamdulillah. Terima kasih buat yang masih sudi untuk ringankan jari tinggalkan komen. So untuk yang masuk list pengomen tegar bulan lepas, Iolls dah masukkan dalam bloglist di ruangan kanan blog. 


Bloglist dah update dan buat uolls yang ada dalam senarai di atas boleh check link blog uolls ada tak dalam bloglist bulan July. I takut terlepas pandang pulak. Dah tertinggal blog uolls. Tak nak la macam tu kan. 


Jangan gaduh-gaduh, masing-masing dah I masukkan dalam bloglist. Kalau ada tertinggal tu, jangan segan silu bagitau I ye. Tahniah dan terima kasih diucapkan buat yang tersenarai di atas. Buat yang tak tersenarai, feel free to join pencalonan untuk bulan depan ya. 

p/s : Lagi tiga minggu lebih nak balik. Hari ini nak beli sikit apa yang patut lah. Tak sabarnya nak balik peluk-peluk si bulus gebus dua ekor tu!

04/07/2014

Rezeki di bulan Ramadhan

Pagi semalam I dengar masa on the way drive ke office, salah seorang pendengar Hot FM dihadiahkan tiket kapal terbang pergi dan balik beraya di kampung halaman oleh MAS. Betapa bertuahnya insan tersebut kan. Alhamdulillah, Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Rezeki, hadir dalam pelbagai-bagai cara dan bila-bila masa sahaja. 

Macam petang semalam, lagi setengah jam nak balik Boss hulurkan satu bekas. Ada kuih sepit, ada dua jenis. Satu dengan rasa pandan dan satu lagi peanut butter.

I memang panggil ini kuih sepit. Ada nama lain ke selain dari itu?

Semalam Boss bagi kuih sepit. Kunyah malam-malam sambil tengok World Cup. Nak kunyah siang-siang time buat report tak boleh lah pulak. Hari isnin lepas pulak, Boss bagi satu paket serunding yang dia bawa balik dari Kelantan. Alhamdulillah. Ramadhan kali ini Iolls memang tak berselera makan, kadang-kadang tak boleh masuk pun. Terima kasih Boss cantik lagi baik hati. Serunding itu lah yang membangkitkan selera I untuk bersahur. At least habis jugak nasi yang memang sudah sedia sikit. Kalau tak, cukup la dengan segelas Chocolate Drink Dutch Lady dan sebiji kurma.

Tiba-tiba I teringat satu ungkapan ini, "Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima". Peringatan untuk diri sendiri. Di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, apa kata kita ajar diri masing-masing untuk banyakkan lagi bersedekah. Paling-paling pun ajar diri untuk jadikan bersedekah itu satu amalan.

Sumber : Google

i) Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.


ii) Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.

iii) Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.

iv) Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.


Sememangnya bersedekah itu bukan lah dengan nilai wang ringgit semata-mata. Boleh jadi bersedekah dalam pelbagai cara sekalipun. Contoh paling mudah adalah sedekahkan senyuman. I memang suka bagi contoh senyum ni sebab itu paling simple dan tak memerlukan uolls untuk keluarkan satu sen pun. Siapa tahu senyuman uolls akan menyinari hari insan-insan yang sedang bersedih dan berduka? Secara tak langsung kita telah meniupkan semangat kepada insan tersebut untuk mengharungi hari-hari dengan penuh ceria dan positif. Jikalau bersedekah dalam bentuk wang ringgit mampu menyisihkan sifat kedekut, bersedekah dalam bentuk senyuman pulak membantu untuk menyingkirkan sifat sombong dan meninggi diri dalam hati seseorang. Jadi apa lagi, paling tidak pun mulakan hari anda dengan senyuman. Sedikit demi sedikit kita mampu mengajar diri untuk berubah menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Tak salah untu bermula dari perkara yang paling basic dahulu kan?

p/s : Hari-hari ceria, kerja banyak pun jadi mudah. Kan kan kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...