06/07/2014

Cik TengTeng, Bunga dan Dot Dot Dot

Sekarang nampaknya Cik TengTeng macam ada hobi baru. Semalam pagi Mak whatsapp dua gambar Cik TengTeng dengan keletahnya yang macam ragam. Hobi all time favourite dia memang gigit wayar, (Rujuk entri INI), Paket 3 in 1 tak kisah lah Milo ataupun 3 in 1 lain pun dia pernah suka gigit sampai bocor, (Rujuk entri INI) dan menggigit kulit novel Mak pun dia pernah tersuka gigit-gigit sampai nampak berlubang kulit novel tu (Rujuk entri INI). Kucing gatal gigi betul lah Cik TengTeng ni. 

Mangsa seterusnya : Bunga hiasan

Mesti Cik TengTeng kacau Mak kemas rumah time ni. Bukan main khusyuk lagi dia gigit bunga plastik tu kan. Habislah kalau letak atas meja sekarang, raya nanti pasu tu botak sebab bunga dah tak ada. Cik TengTeng dah gigit-gigit semuanya. 

Bercakap tentang bunga dan kucing ni kan, uolls tau tak selain dari pada menyebabkan gatal-gatal (rashes), certain species boleh menyebabkan kegagalan fungsi organ dalaman dan boleh membawa maut kepada kucing uolls?

Iolls ada lah google sikit. Dan surprisingly, ada species yang banyak ditanam di halaman-halaman rumah. Tapi dalam list yang Iolls bagi tu, google macam banyak yang tak ada di Malaysia je. Tapi apa-apapun kita ambik langkah berjaga-jaga demi menjamin keselamatan Si Comel.

Bunga dan Tumbuhan Hijau yang boleh menyebabkan kegagalan fungsi organ dalaman;
  1. Azalea (dalam kuantiti yang sedikit)
  2. Cardboard Plant
  3. Crocus
  4. Foxglove
  5. Juniper 
  6. Lily

Lily (Sumber : Google)

Bunga dan Tumbuhan Hijau yang boleh menyebabkan kematian;
  1. Agapanthus
  2. Azalea (dalam kuantiti yang banyak)
  3. Cyclamen
  4. Dephinium
  5. Dumb cane. Orang tempatan memanggilnya sebagai Pisang Tanah. Ada juga yang menamakan tumbuhan ini sebagai Pokok Keladi Hiasan.
  6. Foxglove
  7. Lantana. Ataupun tempatan mengenalinya sebagai Bunga Tahi Ayam
  8. Larkspur
  9. Mistleto
  10. Oleander
  11. Rhododendron. Berasal dari Hutan Gunung di Borneo. Species terbaru yang dijumpai di Malaysia adalah pada tahun 2010 di Gunung Chamah (sumber : INI)
  12. Sago Palms
Dumb Cane (Sumber : Google)

Lantana (Sumber : Google)

Ada juga tumbuhan di atas yang bukan sahaja membahayakan kucing uolls, tapi merbahaya kepada manusia. Berhati-hati dalam memilih tumbuhan dan bunga untuk mencantikkan kawasan rumah uolls. Takut pulak jenis kucing yang gatal gigi tu suka gigit-gigit dan kunyah-kunyah pulak. Susah-susah tanam Catnip je. 

Ini mesti baru lepas kena marah. Padan muka!

p/s : Jangan kata takut kucing makan je. Budak-budak kecil yang masih tak tahu apa-apa pun takut dia petik dan terus masuk mulut. Minta dijauhkan. 

sumber : INI

10 comments

7/06/2014 09:29:00 am

good sharing

7/06/2014 09:36:00 am

hahaha..comel je kucing ni even dia gigit benda yang tak sepatutnya.

oh, nice sharing about the poisonous plants.

7/06/2014 10:41:00 am

tq for the info.. tpy kucing tu gebu and comel. mungkin dia bosan kot xthu nak bt ap, tu men gigit bunga plastik tu

7/06/2014 02:22:00 pm

makin berseri2 la cik teng teng makan bunga.. kekeke.. nasib baik bunga plastik, kalau bunga betul agaknya dia kunyah telan tak? hekkk..

7/06/2014 02:54:00 pm

pening kepala kalau kucing jenis kuat berjalan..takut dia gi rumah orang lain yang ada pokok-pokok ni.haish..

7/06/2014 09:22:00 pm

Kmk tauk dumb cane ya jak.. :)

7/06/2014 09:57:00 pm

baru tahuu.
atototo comelnya cik tengteng

7/06/2014 11:38:00 pm

GG TGH GATAL la tuuu hehe

7/07/2014 12:10:00 am

memang ada banyak tumbuhan yang berbahaya pada manusia apatah lagi pada haiwan macam kucing kan..tapi kat rumah sis ni ada macam-macam pokok bunga, mujurlah anak anak bulus semua ok :D

7/08/2014 02:46:00 am

bahaya jugak nih..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...